Pages

Thursday, April 30, 2009

PRODUK TERBARU KFC...

Satu kemalangan telah berlaku ke atas seorang pekerja KFC di Kota Damansara, di mana pekerja tersebut terjatuh ke dalam kuali panas.... Daripada kemalangan tersebut, ibu pejabat KFC telah menghasilkan produk baru seperti dalam gambar bagi mengenang jasa dan pengorbanan pekerja tersebut... Selain daripada rasanya yang sedap, produk ini juga mampu membuat pengunjung KFC ketawa sebelum makan... hehehe... apa yang korang ketawa...???

Apa Bikin?: PERINGATAN !!!!

Apa Bikin?: PERINGATAN !!!!

Monday, April 27, 2009

KERETA KEBAL MODEN

Isi atau Kulit [SEARCH]

Yang mana berharga
Isi atau kulit
Kertas bungkusan yang indah coraknya
Membungkus benda tak kira nilainya

Yang mana kau pilih
Isi atau kulit
Kulit yang cantik hiasan mata
Isi yang baik santapan jiwa

Ada orang lihat kulit
Ada orang suka isinya
Kulit dan isi menjadi erti
Jikalau tahu menilainya....

Yang aku maksudkan dengan kereta kebal moden ialah gambar di atas.... lirik lagu tuh saja jer nak naikkan suasana Rock skit... hehehe maklumlah aku membesar dengan lagu2 dendangan Amy Search... berbalik pada kereta kebal ni, luarannya nampak seperti van yang biasa tapi sebenarnya keseluruhan bahagian dalam telahpun diubah suai supaya menjadi kalis peluru termasuk cermin tingkap dan cermin hadapan... bahagian dalam van dijadikan 3 bahagian.... bahagian hadapan adalah untuk driver dan officer, bahagian tengah adalah office aku merangkap rumah aku no 2 dan bahagian belakang adalah peti kebal untuk simpanan cash kurang daripada 10m... so kerja aku dalam ni adalah untuk tidur sambil jaga peti kebal tu je lah... hehehehe... kereta kebal moden ni dilengkapi dengan GPS supaya senang dikesan ke mana sahaja team work aku pergi.... selain tu semua pintu hanya boleh dibuka dengan menggunakan system komputer yang canggih.... bagi yang tak pernah masuk kereta kebal ini mesti terkurung... so jelas di sini kereta kebal moden ini juga berfungsi sebagai lokap sementara bagi penceroboh... hehehehe kalau rasa2 nak rompak ... LU PIKIR LAH SENDIRI...

Sunday, April 26, 2009

MERPATI 2 SEJOLI


Inilah dia gambar sepasang kekasih yang mula berkenalan pada 1991 bersempena peristiwa perang telok suatu ketika dahulu..... pasangan ini telah pun berjaya diijapkabulkan pada petang jumaat 28/11/2008 yang lalu... pasangan ni kelihatan agak cool... pengantin lelaki seorang yang hensem tapi perangai mak ai... susah nak bela masa kecik2 ni... manakala pengantin pompuan agak low profile... hehehe... Doakan pasangan ni bahagia di dunia dan di akhirat, dimurahkan rezeki n cepat dapat baby k.... mudah mudahan pasangan ini dijauhkan dari perang telok dan sebarang perang di alam fana ini... peace no war.... k cau


PEACE

Saturday, April 25, 2009

PANDAIKAH AKU??

Untuk kali ni dkama posting blog ni dengn sedikit n3 ringan... so enjoy this n3 k...

Ada dua sahabat karib tetapi berlainan tingkat ilmu pengetahuan, seorang pandai n seorang lagi bodoh... nak dijadikan cerita mereka berdua pergi ke temuduga untuk mencari orang bodoh... kedua2nya diterima bekerja...

si pandai : Alhamdullillah, dapat 
gak aku kerja ni... 
si bidoh : alah soalan temuduga 
yang diorang bagi
tadi tu kacang 
jer hehehehe....
setelah bekerja dalam sebulan mereka mendapat tawaran untuk ditemuduga dengan gaji yang lebih lumayan... tawaran ini adalah untuk mencari orang yang pandai.. si pandai kompom ar dapat tapi yang si bodoh ni cam tak puas ati pulak... hehehe...

si bodoh : macam mana ko boleh 
lulus pulak yer???..
ko pasang kabel ye?? 
pelik tol aku! padaahal
aku da jawap soalan
temuduga diorang dengan 
jawapan yang bernas da...
Si pandai : eh ko ni! mana ade aku 
pakai kabel... aku pun tak
jangka aku boleh diterima... 
nasib2 je tu...

Dan mereka pun berjalan pulang kerumah masing2 dengan seribu satu tanda tanya di fikiran mereka...

hehehe agaknyer apa kesimpulan yang kita boleh buat dari n3 ni yer??

Senyum Kambing

Gambar ni aku kidnap dari blog Asa... memula aku kidnap ngan Asa sekali tapi dia berjaya meloloskan diri... tq Asa kasi aku kidnap heheh... so aku letak ar gambar 2 orang Officer aku tengah buat collection utk Cash Diposit (CDM)... Duit kat dalam cdm ni lum banyak lagi tapi ntah makhluk mana ntah yang tak reti nak guna... ade ke patut die letak duit dlm envlope pastu ngan envlope2 sekali dia masuk dalam CDM... apa lagi jadi pekerjaan la kat kami untuk clearkan cash jam tuh.... pelik jugak kenapalah ade makhluk camni yang tak pikir pasal keselamatan duit yang dia nak simpan... kalau la ade makhluk camni dalam 10 orang mau kurus badan aku kerja tak renti2...hampeh@makhluktu.com....

Tu lah dia sedikit sebanyak pasal kerja aku... berbalik pada senyum kambing!!! 2 orang Officer ni kalau masuk blog ni kompom senyum kambing jugak... hehehehe... ceritanya camni... pasaran saham dunia tengah merundum, Leman adalah seorang broker saham telah jatuh sakit sebab darah tinggi, demam, dan tesion yang amat sangat... dia rasa macam nak kene strok... Lalu leman dikejarkan ke hospital... Seorang doktor yang memeriksa tekanan darah Leman terkejut badak....

Leman    : Berapa doktor??
Doktor    : 220... atas...
Leman   : tak pe doktor,, bertahan dulu, nanti dah naik jadi 221 baru kita                                        jual...

Sekian, terima kasih... Assalamualaikum....

Thursday, April 23, 2009

TRAFIC LIGHT

Assalamualaikum semua dan terima kasih kerana sudi datang melawat aku dalam blog ni... Rasanya aku dah lama tak update blog ni... bukan aku sengaja tapi sebab aku tak dapat cerita2 yang menarik kat genting ni untuk dikongsikan bersama... so untuk ari ni aku nak cerita mengenai Trafic Light atau pun Lampu Isyarat.... sekali lagi aku minta maaf kerana tajuk yang aku nak keutarakan ni takde kena mengena ngan Genting...

Lampu Isyarat merupakan sesuatu yang dicipta oleh manusia, bertujuan untuk mengawal lalu lintas jalan raya sekali gus mengurangkan kemalangan jalan raya. kebiasaannya lampu isyarat diletakkan di simpang2, bulatan dan juga di tempat2 lintasan pejalan kaki... hanya menggunakan 3 warna iaitu hijau untuk jalan, kuning untuk bersedia berhenti dan merah untuk berhenti... Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna jalan raya yang rabun warna, maka warna hijau dicampurkan sedikit dengan warna biru dan warna merah dicampurkan sedikit dengan warna jingga.... 

Yang menariknya di sini adalah mengenai penggunaan lampu isyarat ini.... Ini kerana dengan adanya lampu isyarat yang merupakan sebatang tiang yang mempunyai lampu bewarna hijau kuning dan merah sahaja mampu memberi arahan kepada semua pengguna jalan raya... kebanyakan pengguna jalan raya patuh dan akur dengan arahan tersebut termasuk pencipta asal lampu isyarat itu atas tujuan keselamatan... Serata dunia mengakui bahawa bertapa besarnya kesalahan jika kita melanggar peraturan jalan raya yang diaturkan oleh sebatang tiang lampu di tepi jalan ini... hahaha (termasuk orang yang mencipta lampu isyarat).... Ini adalah kerana arahan dan larangannya bersifat Logik dan mudah difahami...   

Apa yang ingin aku ketengahkan di sini bukanlah bermaksud untuk memperlekehkan pengguna jalan raya yang mematuhi peraturan jalan raya apatah lagi undang2 yang dicipta oleh manusia... Yang menjadi persoalan di sini ialah mengapa manusia sanggup patuh dan akur dengan ciptaan manusia sendiri sedangkan lampu isyarat itu hanyalah sebatang tiang lampu yang tidak bernyawa dan tidak berkuasa memberi bencana kepada kita... Sementara itu manusia jarang sekali hendak patuh dengan Kehendak ALLAH yang maha berkuasa kepada alam ini... ALLAH menciptakan manusia untuk tunduk dan patuh kepadaNya namun manusia lebih patuh kepada ciptaan manusia sendiri dan sentiasa ingkar dengan perintah ALLAH...

Lampu isyarat hanya bersifat logik sedangkan isyarat yang ALLAH telah tunjukkan kepada sekalian manusia bukan hanya logik malah lebih besar daripada itu... ALLAH mengutuskan RasulNya untuk kesejahteraan manusia sedangkan lampu isyarat tidak pun mampu mengelakkan kemalangan jalan raya... ALLAH menurunkan Al Quran sebagai rujukan dan panduan yang bersesuaian dengan fitrah manusia... Adakan ini semua bukan isyarat2 dari ALLAH untuk keselamatan manusia di dunia dan di akhirat...??? Bukan lah aku menunding jari di sini... Aku sekadar memperingatkan diri aku sendiri dan semua sahabat aku di sini tentang bertapa besarnya isyarat ALLAH kepada kita melalui kaum2 yang telah dibinasakan dahulu....  sama2 lah kita mengambil iktibar bahawa isyarat ALLAH tentang bala Nya amat pedih dan mengerikan...

Aku sama dengan jugak!!!... jadi kita pikirlah sama2... Assalamualaikum....

(rujukan: MASTIKA tapi aku dah lupa keluaran abad bila)

Saturday, April 11, 2009

Thai Songkran Festival

Festival ni berlangsung selama dua hari jer iaitu 11/04/09 hingga 12/04/09. berlangsung secara live kat betul2 depan Hotel Hihgland n Hotel Genting. Pengunjung yang datang ke Festival ni dihiburkan dengan Live Band yang datang dari Thai... aku tabit tol kat pemain gitar base die... mmg rock abis... bayak lagu2 rock tanah air diorang, lagu hit dari gun n roses n lagu cina diorang perform... lagi yang menarik kat sini ada kolam buih sabun... seronok pulak aku tengok anak mat saleh main buih kat dalam tu... rase gak nak joint tapi aku still dalam tugas... so dapat tengok jer la.... pastu ader la sikit game ala2 fun fair... bayak jugak barangan buatan thai yang diorang jual kat Festival ni... kalau tengok gambar tu bebetul nampak la gajah tu tengah jeling kat aku.. dia nak berkenalan ngan aku ar tu... lupa lak nak tanya tambang naik gajah tu berapa... k lah kalau sempat korang tengok lah sendiri kat genting.... kepada warga genting harap korang jangan buli sangat gajah tu... cian beb! penat dia bejalan tak renti renti... tapi tadi aku bekongsi tebu ngan gajah... dia makan tebu yang aku dah makan sikit... pheeeeeeeeeewheeeeeeeeeeeet....