Pages

Monday, May 31, 2010

TERBANG...

Bias sinar di matamu
Indah tebarkan cinta
Semerbak kasihmu
Luluhkan relung hitam

Oh melati mekar mewangi
Menebarkan seri
Masa indah masa biru
Masa bersemi

Ku ingin terbang bersamamu
Dan gapai mentari
Tak ingin lepas
Tak menentu
Jiwa dan batinku
Terangi rasa hatiku yang membeku
Tebari bunga jalanku yang lugu
Untuk diriku

Tak’kan sedih kumenangis
Tak’kan pula tertawa
Bayangmu kan s’lalu bersinar
Walau waktu berjalan
Oh melati mekar mewangi
Menebarkan seri
Masa indah, masa biru
Masa bersemi



=PEACE=

Thursday, May 27, 2010

RAYUAN TERAKHIR

Dinginku rasakan dingin
Seperti ditelusuk angin
Ribut hujan bersalji
Dihujung malamku yang sepi

Tuhan..
Kucuba nyalakan api..
Tuhan..
Api ku mati..

Dinginku rasakan dingin
Seperti terapung dilaut
Garam bercampur salji
Tawakalku memaut erat

Tuhan..
Sebilah papah dari sisa
Bahtera yang tenggelam

Direjam kilat yang kejam
Ditelan mata pusaran taufan
Hanya tinggal nyawa ikan
Bersama sekalung harapan
Rayuan terakhir....

Wednesday, May 26, 2010

ANDAI KU MILIKI SEMALAM...

Andai ku miliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan ku ubah apa pun
Kerana aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa dan ku bahagia
Seadanya

Takdir ini tanda kasih ku
Bukan yang dulu bukan yang semalam
Kerana engkau mengasihi ku
Tiada sendu lagi dunia ku ini

Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang akan ku tanggung
Jika kau pilih perpisahan
Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar mencari cinta mu

Andai...
Terhentinya masa dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap ku cinta.. Kasih sayang mu
Adalah kekuatan untuk menempuh segala

Dugaan yang yang tak terbayangkan
Oleh insan yang lemah seperti kita
Sekali pun ku miliki esok
Takkan ku menolak.... Ketentuan...



=PEACE=

Thursday, May 20, 2010

MUSNAH...

Apa yang telah terjadi terjadi
Pada dunia hari ini
Gagak gempita ku dengar
Sana dan juga hari hari

Boleh kah kita bersama
Hidup bagai insan
Yang dapat menghargai
Damai dan kebebasan

Atau haruskah kita
Terbujur tak bernyawa
Baru sampai temui nirwana

Nun di satu sudut bumi bertuah
Yang tak berhak berkuasa
Kerana lupa bumi ini akan musnah
Akhirnya akan musnah


p/s:- Kedamaian milik semua...




=PEACE=

Wednesday, May 19, 2010

SUATU KETIKA...

Di suatu malam nan hening sedang aku terkulat kulat menyiapkan Asigment Programming C++, Kebuntuan aku terhenti kerana bunyi sumbang yang hadir dari suara member serumah aku... " wei Rock_kapak ada awek call ko nih... Rock la sangat hahaha"... Perh bisa tol bahasa dia... menusuk kalbu tuh... Kalau tak mengenangkan kawan dah lama aku baling kepala dia dengan harddisk terpakai yang bersepah kat bilik aku nih... Aku pun keluar dari bilik... Rasanya merah padam jugak muka aku masa tuh... Pastuh aku buat buat selamber dan bertanya... " Sapa pulak yang call aku malam malam nih??"... Tapi hampeh pertanyaan aku dijawap dengan senyuman sinis... Rasa nak lepuk jer pala dia 2-3 das... Ganggang telefun aku lekap di telinga... Ku mulakan dengan ungkapan " Hello"... " Hello kama saya nih... kama tengah sebok ke?" Aku terpukau seketika sebab suara ini adalah suara yang telah lama tersemat di hati ini tanpa pernah sesekali terlerai rahsianya... " Tak la sebok sangat... tengah buat Program... mana dapat no ni??"... Dengan lemah lembut dia menjawap.. " Saya mintak dari Ijat petang tadi"... Perh menyirap darah aku dengan budak sekor tu... Dia yang bagi rupanya lepas tu kutuk kutuk aku... "Kama pc saya rosak... Boleh tolong tengok tengok kan tak...?" "Rosak? Kenapa?" Aku buat buat tanya pulak... "tiba tiba blank screen... assigment banyak tak siap lagi nih..." Ehm takkan aku tak tolong kan... Sebenarnya aku bukan pakar sangat untuk repair pc nih... tapi aku pun tak paham kenapa aku jadi pilihan dia... "ok esok lepas abis kelas kama datang umah k..." Aku rasa jawapan aku sudah cukup buat dia senang hati... " ok lepas kelas esok saya tunggu kama tau... bye..." Lepas aku letak ganggang telefun aku terus belalu dan masuk balik dalam bilik ngadap pc buruk aku... Masalah pc aku aku pun belum aku selesaikan lagi... Dengan organ dalaman pc aku dan semua cable berselirat semuanya terbentang atas sejadah... Bila aku pasang kat casing tak nyala la pulak dia... Nak tak nak biarkan la dia terbarai atas sejadah tu.... apa yang terjadi ke atas aku masa nih bukan berfokuskan program C++ lagi... Aku dah mula ayik masyuk terbayangkan seseorang...


Bersambung...

=PEACE=

Sunday, May 16, 2010

MENCARI ASAL USUL...

Dimanakah padang yang hijau
Dan berhentilah kau di sana
Cari-cari tanya mereka
Adakah kita kan bersama

Dari manakah asal-usul
Tanya pada diri sendiri
Apabila kau mengerti......hiduplah

Asal usul sendiri
Tak perlu takut lagi
Hadapi dengan tabah
Nur sakti dalam doa

Dalam dada berdebar rasa
Sukarnya melangkahkan kaki
Melihat di dunia nyata
Di mana asal usul kita

--------------------

p/s :- Selamat hari guru buat semua yang pernah mengajar daku walau sedikit ilmu...




=PEACE=

Friday, May 14, 2010

MENTAH...

Hari ini aku sungguh kecewa dengan kemampuan aku...
Terasa diri ini begitu kerdil...
Hakikatnya aku masih mentah...
ALLAH jua yang maha mengetahui...
PilihanNya adalah yang terbaik untuk aku...
Ku sedar aku masih mentah...
Namun perjalanan masih jauh...
InsyaAllah kaki ini masih berdaya untuk melangkah...


=PEACE=

Thursday, May 13, 2010

tuya oh tuya

aku terbaca tag dari blog tuya... hehehe aku rasa macam mencabar sikit tag nih... tak macam yang biasa aku jawap sebelum nih... so nak la jugak menguji minda...



syarat:
1- mesti menggunakan huruf pertama dari nama blog anda.. ~akan diusahakan~
2- jawapan x boleh berulang. ~aku cuba try test~


1. nama anda :
Sama macam dalam IC

2. perkataan 4 huruf :
Sama

3. nama budak laki :
Seman

4. nama budak perempuan :
Shila

5. pekerjaan :
Salesman

6. warna :
Sawo matang

7. sesuatu yang anda pakai :
Seluar

8. makanan :
Sambal belacan

9. Sesuatu yang boleh dijumpai di tandas :
Sabun

10. tempat :
Selangor Darul Takzim... hahaha ada ke?

11. alasan bila terlewat :
Sesat la tadi...

12. sesuatu yang anda jeritkan :
Sioottt ko!!!

13. tajuk filem :
Susuk

14. minuman :
Sirap

15. kumpulan muzik :
Search

16. haiwan :
Semut

17. nama jalan :
Sirotulmustakim..(Jalan yang lurus hahaha)

18. jenis kereta :
Savy


kalau tak lulus jangan marah ye!!

=PEACE=


Tuesday, May 11, 2010

SENGAL...

Kerana kesengalan aku seketul kunci pun aku tak boleh nak handle...
Dan oleh kerana kunci itu aku tak boleh kerja ari ni...
EL lagi hari ni...
sib baik bos ok...



Aku Yang Sengal...
=PEACE=

Sunday, May 9, 2010

ROCK 'N' ROLL PIE

Mama anakmu sibiri-biri hitam ini

Ingin sampaikan

Terima kasih sekejuri

Berilah tunjuk ajar

Galakan mu yang memahami

Hingga anakmu

Berani nyanyi


Kalau bukan kerna

Rock ‘n’ roll pie mu

Kalau bukan kerna

Rock ‘n’ roll pie mu

Pasti aku tidak

Bisa berlari….


mengejar yang ku dambakan

kejar oh! Dunia

hingga aku bisa lewati gerbang silam

menawan yang ku impikan

tawan oh! Impian

hingga aku pula yang menerajui zaman




P/S:- SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU

=PEACE=