Pages

Saturday, June 26, 2010

MERAH

Di mana-mana Terbayang wajahnya
Mencari
-cari Tapi entah di mana
Aku mengenalimu
Hanya pada nama

Kau cengkam hatiku Bagai helang di rimba
Mengalir darahku Darah merah cintamu
Jangan biar hatiku luka
Kau pengubat duka

Namamu merah Bagai lang merah
Membara kurasa di jiwa


Namamu merah Bagai lang merah
Manisnya cintamu di kalbu

Oh merah… Namamu mashyur di ruang angkasa
Hilangkan segala
-gala Kesengsaraan selama ini

Oh merah… Namamu menerangi ruang angkasa
Hilanglah kegelapan
Hidup kita untuk bersama

Helang melayang
-layang Helang, helang hei…


=PEACE=

Thursday, June 24, 2010

TERBARU...

Owh takde catatan baru dari aku... Aku bz dengan kerja dan demam dengan bola...

=PEACE=

Wednesday, June 16, 2010

SUATU KETIKA - Part 3...

Setibanya aku di pantai Klebang aku terus duduk di banting mengadap ombak pantai yang menderu... Lauk ku lihat sedang membeli burger dengan peniaga burger yang berniaga berhampiran tempat aku lepak... Ku biarkan saja Lauk dengan urusannya... Lalu aku memetik gitar dengan lagu yang pertama dari ku...

"Jurusan hari hari
Indah bersama mu Kamalia.
Tak peduli kan ku terjah
Biar pun harus ku tempuh padang ilalang"

"Apa barang Rock layan lagu Kamalia... Tukar lagu lain la Rock..."

Ntah bila pulak si Lauk ni ada kat belakang aku... Potong betul la... Aku baru nak sesuaikan diri ngan deruan ombak yang menghempas... Rasanya jiwa yang sedang cool berubah jadi ombak tsunami serta merta...

"Ok la ni lauk Kamalia pun cara apa?"

"Ntah hapa hapa la lu Rock... Nama je Rock_kapak tapi jiwa halus... Wa ajak lu datang sini nak buat ikan lumba-lumba rock bersama kita... Setakat lagu kamalia ikan bilis pun lari brader... Nah lu punya benjo, tukar lagu lain ah..."

"Cayalah Lauk, Perhh benjo ni... Ini macam baru boleh Rock..."

Dengan berbekalkan semangat benjo yang Lauk payung ni, aku meletakkan gitar aku ke sisi dan terus melahap... Bukan main sedap lagi benjo ni di tekak aku... Free la katakan... hahaha... Setelah selesai aku melahap baru ku capai gitar aku...

"Hah apa lagi!, Order la lagu..."

"Cromok 1 Rock"

"Macam la lu pandai nyanyi lagu mat saleh Lauk... hahaha"

Serta merta jariku memetik sebuah lagu instrumental dendangan Cromok Another You... Khas buat Lauk yang baru belanja aku makan benjo dan juga buat semua hidupan yang ada di pantai klebang ni... Sebenarnya lagu ni akan jadi tak cukup sifat bila di mainkan dengan satu gitar sahaja... Tapi apa boleh buat ini sahaja gitar yang aku ada dan ini sahaja lagu Cromok yang aku tau main... hahaha...



p/s :- Bersambung lagi...





=PEACE=

Tuesday, June 8, 2010

GADIS BERTUDUNG PUTIH

Wajah seri yang memukau
Pesona kau dipandang
Tersenyum dan terkhayal sejenak
Matamu gemilang
Bagaikan ada syurga
Di dalamnya

Aku ingin bersama
Memilik sebuah kota
Bersamamu aku diyakinkan
Ku berada di tengah-tengah
Persimpangan tak ke mana

Bawalah ku pergi
Ke mana saja
Bawalah ku lari
Dari sengsara
Manalah berhenti
Di situ terhenti
Mana kembara terselit kita

Capai tanganku
Kita berganding berdua
Genggam tanganku kita nyanyikan
Lagu yang seirama


=PEACE=

Wednesday, June 2, 2010

SUATU KETIKA - part 2...

Dalam asyik aku terkhayal melayan perasaan, sebatang rokok ku nyalakan. Lalu kemudiannya ku capai pula sebuah gitar tua yang setia menunggu ku di hujung penjuru. Tanpa sedar jari jemari ku memetik tali gitar mengalunkan sebuah lagu tanpa suara dari ku. Argh bosan. Aku tersentak dari lamunan sebentar tadi lalu ku pasang lagu dari pc ajaib di hadapan mata. Maka berkumandanglah sebuah lagu yang cukup keras menggegarkan gegendang telinga aku. Lagu ciptaan M.Nasir dan liriknya oleh Bob..

Oh hinggut hinggut lah kepala
Kasi relex lu punya jiwa
Keras muzik keras kepala
Apa lu nak jadi.. jadilah

Hey
Gua jerit sampai perit
Pasal tiket sepuluh ringgit
Asyik yo yo yo asyik ye ye ye
Lu menari nari nari nari
Dan sama sama penat
Janji sama sama puas

Hei hei hei hei hei
Asyik hei hei hei hei hei
Mari kawan ku mencari
Menilai lu punya suka...

Jiwa Rock n Roll
Apa Rock n Roll
Mana Rock n Roll
Siapa Rock n Roll

Ini Rock n Roll
Inilah penyakit
Ramai yang tak reti
Konon Rock tapi berjiwa

Seluar koyak main cinta
Menangis dengan lagu cinta...



Lagu yang cukup layan. Suara Awie yang mantap diselang pula dengan petikan gitar dari Joe Wings. Rock n Roll Lu Punya suka amat bermakna pada aku. Tiba tiba pintu bilik aku kena ketuk. Dan suara ijat yang sumbang tu pun jelas kedengaran.

''Wei Rock_kapak lauk datang cari ko ni. Dia tunggu kat luar"

Argh potong stim betul la lauk ni. Apa pulak yang dia nak malam malam buta ni. Aku terus keluar bersama gitar kesayangan ku.

"Apa hal lauk?" "Rock jom ar kita lepak kat tempat biasa.. Apa barang dok rumah cam anak dara... Lipat kain ke?"

Bergegar jugak darah muda aku bila dituduh lipat kain. dengan langkah yang layu aku keluar rumah dan mengikut lauk ke pantai klebang. Di pantai ini lah tempat aku melepaskan tekanan. Dan di pantai inilah aku mengenal diri ku. Dan di pantai ini jua lah tempat yang selalu kena dengan jiwa ku.



p/s : nanti aku sambung lagi...


=PEACE=