Di tepian mandi danau ku hijau yang cantik selalu dan di situ tempat ku bertemu aku dan dia... Perh sadis giler aku mengenangkan satu syawal yang bakal tiba... Di iringi pula dengan lagu dendang perantau... Sebenarnya bermula ramadhan lagi aku dah tau yang aku takkan dapat beraya tahun ni dengan keluarga... Namun aku cukup kuat mengharungi hidup... Tapi menjelang hari-hari terakhir Ramadhan nih lain macam sikit rasanya... Arrrrhhhhhhhh Blues mencengkam perasaan.... Namun inilah dia habuan yang aku terima pabila bekerja dengan agensi keselamatan yang melibatkan RINGGIT... Hari raya semua orang nak beraya di kampung, semua orang nak pakai duit dan semua ATM mesti kena ada duit...Untuk tujuan itu, aku dan orang-orang macam aku bertungkus-lumus demi Syarikat dan pelanggan... Yang terpaksa adalah aku... bagaikan perintah rasanya... Perintahmu adalah belenggu, mencengkam ku dengan kuasamu, membuat aku menjadi layu, dalam suasana yang masih baru... hah kan dah keluar lirik lagu Belenggu Irama dendangan WINGS... Tahun-tahun yang lepas pun aku tak dapat beraya jugak tapi aku tak kesah sangat sebab aku bujang lagi... Kali nih aku dah bergelar suami orang... Rasa cam tak cukup sifat lak kalau isteri tersayang balik kampung sesorang dengan pelangi di matanya... Terharu aku beb!... Walau apa pun aku bersyukur kerana aku masih lagi mempunyai kerja, aku masih lagi mampu mencari nafkah dalam situasi sekarang yang amat memerlukan pengorbanan dan yang paling penting aku masih lagi mampu untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat sahabat-sahabat aku sama ada di sekeliling aku atau pun yang ada di dalam blog... Buat semua sahabat aku di sini Ampunkan aku kalau ada tersalah bicara, mengguris perasaan atau apa jua salah silap aku kat korang... Bagi mereka yang sudi harap ambilah KAD RAYA ini dan pakukan kat blog korang.... sesungguhnya aku akan rasa dihargai kalau aku nampak kad raya yang tak cun nih ada kat blog korang walaupun aku tak beraya tahun nih... Salam Dendang Perantau dari Dkama buat semua...PEACE