Pages

Wednesday, June 10, 2009

TEKA_TEKI

Seekor binatang yang memiliki Potongan badan seperti Seekor kambing tetapi bersaiz Agak kecil sedikit... Namun Begitu, wajah binatang tersebut seperti Labah-labah... Kalau terer teka ar...

Jawab jangan tak jawab.. hadiah misteri menanti anda

Jawapannya ialah... Jeng jeng jeng...
ANAK KAMBING PAKAI TOPENG SPIDERMAN
haha PEACE..

Saturday, June 6, 2009

DIARI ABIL & QABIL



Ku lihat api di ufuk sana
Ku dengar jeritan mengundang tangisan
Anak-anak tak berdosa..

Ku dengar manusia hina manusia 
Kerana kelainan adat dan bahasa
Buta mata! buta hati! semarakkan nafsu serakah 
Masing-masing tak nak mengaku bersalah 
Dan berdosa bagai tuhan bukan esa...

Ku lihat manusia bunuh manusia
Kerana perbezaan bangsa dan agama
Buta mata! buta hati! Menuruti bisikan syaitan
Masing-masing tak nak mengambil iktibar atau hikmah
Dari kisah.... ABIL QABIL...

Ya ALLAH sematkanlah KEDAMAIAN di hati setiap insan..
...PEACE...

Tuesday, June 2, 2009

BUAT PENYOKONG KEDAMAIAN

Kedamaian yang ku cari
Masih belum terbukti.. Jauh lagi perjalanan ini
Jiwa tak pernah tenteram... Kasih lama tenggelam
Di lubuk hati yang paling dalam... Terlubuklah ukiran di jiwa
Setelah berapa lama...

Award nih adalah untuk semua pengunjung2 Blog ni "Seekor Unta Di Puncak Genting"... Apa yang korang perlu buat ialah Copy dan lekatkan kat blog korang... Buat tuan punya blog ...SharHanah... Tq untuk award anda... Jangan lupa Award nih pun untuk anda jugak... Pn. Sharifah yang juga merupakan "Extra Ordinary Woman" adalah tuan punya bloh tersebut... dan Award yang beliau kasi aku dah tampal kat belah kanan blog aku... hehehe gambar Vespa lagi... ok beliau berusia 29 tahun<--kire sebaya ar ngan aku... mempunyai 2 orang cahaya EYE... beliau bertugas dalam bidang komunikasi atau media... Ok abis cite pasal pasal die... sekarang n Now aku nak cerita pasal aku pulak... Aku adalah seorang yang agak kasar tapi mudah mesra ngan orang leh... Maka dengan itu ramailah orang2 macam aku di sekeliling aku... Jadi buat orang2 macam aku dan lain macam daripada aku terimalah award nih daripada aku seadanya aku... jangan segan silu...

P/s: aku teringin sangat nak tengok award nih ada dalam blog Cekgu Tuya, Cekgu Wiween, Niza, Lina, Eiza, Afzan, 

Sunday, May 31, 2009

TERTEKAN+SERABUT=BOTAKKAN KEPALA



Dahaga kasih pada mu tiada lah akhirnya
Dalam kepekatan malam, Kau lah bintang
Ku gapai jauh untuk kau sentuh Namun 
Begitu hadirmu seminit menjadi penawar

Sampai bilakah kita ini asyiknya merindu sendiri
Ada kasih dan ada cinta tapi terhalang lah
Oleh insan alpa meterialistik yang mehukum
Kita sebegini....

Bebaskan lah kita ini dari belenggu dunia..
Andai hanyut bahtera kita renangi lautan gelora
itu lah rela kita berdua...

Hadir lah kau kasih yatakan cintamu doaku yang lama...
Ingin ku bawamu bersama hasratku meniti suratan
agar kenal kebahagiaan... 
Tapi kitar kasih Tuhan menentukan
Serah keimanan pasti bersinar kebahagiaan..

Jua kau lah insan suci wangian syurgawi
Pekat malam yang berlabuh aku teguh di jiwa
Kau tiba jua...




Saturday, May 30, 2009

KEYCHAIN

Sebenarnya aku nak jawap Tag-Keychain dari seorang sahabat blog... Tag nih aku amik dari blog SharHanah... So korang nilai lah KeyChain aku nih beshh ke tak beshh.... Janji Rock...

1) Ambil gambar keychain yang ada pada kunci kereta/motor/van/lori atau apa-apa sahaja kenderaan. (kunci rumah/office tak aci ok)...
Hah macam gambar di atas... Ade 4 kesemuanya cun2 belaka

2)Buat ulasan lanjut tentang keychain korang.
Yang pertama terpahat nama Shila (Nama Panggilan Wife) adalah kunci seekor UNTA kesayangan aku... Tengok kat Header Jeng jeng jeng... yang kedua pulak ade gambar simbolik EGYPT adalah kunci kereta kesayangan aku yang aku panaskan enjinnyer setiap 4 hari... Aku bekerja menggunakan motor modenas kriss kat genting nih... tapi motor nih dah tak berapa larat naik bukit... so motor aku nih khas untuk kegunaan aku kat puncak genting je la dan keychain yang digunakan ialah kad pengenalan aku yang kedua hehehe... Hah yang paling besar tuh adalah kunci umah kediaman aku kat genting nih kat Pangsapuri RIA menara Selangor...  aci tak aci yang tuh paling Rock hahaha... PEACE SharHanah...

3)Nyatakan juga jika ada memori atau kenangan indah pada keychain tersebut.
Memori Indah adalah pada Keychain UNTA aku tuh... Masa tu aku ternampak ade jual kat kedai so aku beli ar sebab ade nama Shila... Ingatkan nak kasi kat Wife... Tapi rupanya dia pun ade beli keychain yang serupa ade nama Man... Kesudahannyer aku pakai yang nama die n dia pakai yang nama aku....  keychain yang lelain tuh malas nak cerita...

4)Nak tag kawan-kawan ni .. nak tengok gak keychain depa camner la pulak.
semua yang baca Tag nih kalau boleh... Tapi kalau tak boleh buat2 boleh jer lah... Malaysia boleh takkan korang tak boleh... hehehe... Terutama kalau korang ade Keychain yang pelik2...


Friday, May 29, 2009

ROCK...

Aku memang suka batu-batuan ciptaan tuhan... dan aku sekali-kali tak pasti apa kan jadi pada ku kalau seketul batu tergolek menghempap aku... hehehe ngeri dan amat mengerikan... Aku tahu yang batu itu keras... Keraskah batu?? tidak ku nafikan yang batu itu keras... Akal manusia terlalu lemah dan hanya mampu minilai pada zahir yang tersurat... Mungkin akan ada yang bertanya pada ku, lembutkah batu? Haruskah aku menjawap atau diam membatu... 

Bagi aku dan mungkin juga orang-orang macam aku menganggap sekeras-keras batu masih ada nilai kelembutannya yang tersirat... Batu dicitakan Tuhan sebagai objek yang pegun... Dan disebalik pegun itu terlihatlah akan nilai-nilai kedamaian... Mungkin hanya aku dan orang-orang macam aku sahaja yang yang merasa bahagia dengan kedamaian batu... Apabila batu yang pegun berubah menjadi seperti tanah runtuh di mana kelihatan banyak golekan batu... Tampak ada unsur-unsur keganasan dan kekecohan... namun ade juga tersirat nilai-nilai seni golekan tak sekata dan bunyian yang sukar sekali ditiru di situ... Adakah ini dinamakan Rock n Roll??

Setiap batu mempunyai corak pada permukaannya yang sungguh unik...Inilah the real Rock... sungguh unik... Uniknya ciptaan Tuhan takkan sama dengan hasil karya seni tangan manusia... Apabila batu diselaputi oleh lumut, maka terlihatlah gabungan seni yang ada pada batu dan lumut.... Gabungan sebeginilah yang menjadi ilham sebenar kepada sentimental rock... Bagaimana pula jika batu digabungkan dengan unsur-unsur lainnyer seperti air terjun, pasir, tanah, dan sebagainya... Sudah tentulah nilai seninya juga berbeza-beza...

Dan pada ketika ini banyak jenis batu yang telah dibentukkan seperti batu-bata, jalan-raya, mar-mar dan sebagainya.... Jadi tidak hairanlah jika ketika ini terdapat istilah Rock modern dan Indie Rock.... Walau apa pun istilah yang digunakan berasaskan batu, ia tetap menarik bagi aku dan orang-orang macam aku.... Knowing Me As A Sign Of Rock_Kapak.... di sebalik batu ada kedamaian... Mungkin hanya orang-orang macam aku yang memahami aku... Aku bahagia di situ... PEACE...

BERJIWA BATU BUKAN BERMAKSUD BERHATI BATU

Thursday, May 28, 2009

Si Kuning...

Siapa sangka binatang nih berbangsa melayu... hahaha aku pun tak sangka, tak pernah menyangka dan tak akan sesekali nak sangka... Tapi tak tau la kalau korang menyangka beliau berbangsa melayu... Jikalau beliau berbangsa mat saleh mungkin namanya Frog hahaha... Semasa aku pergi bertapa ilmu haiwan di blog Saat Kau Sentuh Hati Ku make ternampak lah akan daku beberapa ekor katak bewarna kuning.... comel kan?? Jadi aku menyingkap semula album gamba aku dan upload gamba nih buat tatapan korang... Katak ni aku kasi nama Kuning dan beliau mungkin berketurunan pisang... Maybe lah!! hehehe... kebiasaannyer katak pisang bewarna hijau tapi beliau nih maybe menyerupai pisang yang dah masak... Tu pasal la kuning...

Ada pepatah mengenai katak iaitu " seperti katak di bawah tempurung" yang bermaksud seseorang yang tak tau apa2 pun mengenai dunianye sendiri mahupun dunia luar.... Tapi hari ini cukup sukar untuk kita menemui insan2 seperti ini... Kerana tika dan saat ini manusia lebih busy  n busybody sibuk dan menyebuk akan dunia sekeliling mereka... Walaupun begitu masih ade lagi insan2 mempunyai knowlage mengenai dunia sekelilingnya namun tak berupaya mencapai apa2 pun... 

ini adalah kerana mereka dok kat takok lama n tak mo berganjak... Jadi di sini aku membena pepatah baru khas untuk mereka2 yang sedemikian iaitu "Seperti Katak Di Dalam Gelas"... Bersesuaian sekali dengan situasi mereka yang mampu melihat bertapa banyak pintu rezeki yang ALLAH turunkan di sekelilingnye namun tak sedikitpun dapat dikecapi... Persoalannya, adakah gelas yang menjadi penghalang utama ataupun katak itu yang malas berusaha??? Apa masalah Beliau?? sama2 lah kita pk.... PEACE......

p/s :- Dkama suka sangat baca katok oh katok dalam majalah ujang.... Whuwaaaaa makan budok hehehe

Wednesday, May 27, 2009

KALAU SPORTING TINGGALKAN KENANGAN UNTUK DKAMA

Aku pun tak tau aper menda alah nih... Tapi nampak cam best gak... Aku amik dari blog seseorang yang aku baru kenal ari nih... Bila aku try keluar gamba Love2 pulak hahaha... so buat pengunjung semua jangan lupa guestbook ok... Diri anda sungguh bermakna sebab Kita Peng yu...




Sunday, May 24, 2009

ROCK DI BUMI GENTING..


Dalam ku terus berperang dambakan kedamaian
Kita henti berperang sama semaikan ehsan
Bilakah taman ini akan kembali seri
Dengan suara....

Jiwa ku turut berperang hapuskan keegoan
Kita henti berperang menuju panji insan
Semoga taman ini akan kembali seri
Dengan suara riang ria...

Oh satu bumi satu langit satu syurga
Oh satu bangsa satu arah

JERITAN KEDAMAIAN BUAT SEMUA... PEACE..


Saturday, May 23, 2009

MACAM LAYAN BLUES PILAK!!

menda alah yang kat sebelah ni memang nampak cam sempoi tapi tak sangka boleh mendatang kan masalah kat aku.... korang mesti ter tanya2 apa pasal kan.... untuk pengetahwan korang menda alah nih bertujuan untuk menguji iq, kebolehan dan tahap kesabaran kita... Kita kena leraikan die.... nampak cam senang tapi nak leraikan bukan semudah tu... kalau setakat guna tangan n pising2 je memang tak leh terlerai.... kalau boleh pun kire nasib2 jer la.... selagi kita tak mula berfikir selagi tuh la tak bole.... Aku namakan menda alah ni sebagai "Man Hand Twiss".... setelah beberapa ketika aku mengadap menda alah ni... boleh tahan la fedap nyer cam layan blues pulak rasenyer... dan sebelum aku putus asa maka terlerailah ia.... hehehe pastu baru aku tau di mana tahap kesabaran aku masa tuh... kira pass la nih... Tapi lepas terlerai jer aku rase hampir2 nak riak... sebab tuh la aku cakap menda alah ni menguji kesabaran.... sapa nak try naik ar genting k... hahaha