Pages

Tuesday, February 23, 2010

MIDNIGHT BLUES.......

Uhhh Yeah

Si manis dibelakang KowLoon rupanya sang Khunsa
Ada juga wajah yg pernah ku lihat di akhbar
Jam SEBELAS SETENGAH masih ada tawar menawar

Malam semakin dingin jalan Chow Kit Tetap Bahang
Aku yg lahir di sini rasa macam pendatang HARAM
Bisa diatur Pak..

Yg didusta di kampung berlindung di Bukit Bintang
Yg telah pudar usia berlindung di lorong hitam
Hidupnya tersisih SAMPAH MASYARAKAT!!

Kota ini penuh dengan projek gajah putih...
Arghhhhhhhh....


Sungguh indahnya malam tapi aku masih gusar Gusar Gusar
Fikirkan masa depan apa yg harus ku lakukan
Kelab malam putar alam.. Ada orang tua menari...
Ronggeng Frustassi ANAK BINI SEDANG MENANTI!!

Sebuah lorong sunyi ada tukaran wang dan barang
Di menara tinggi ada fitnah sedang berlawan

Gusar ditambah lagi
Membuat aku mahu menjerit JERITT
Marah pada siapa... marahkan pada BLUES...
LAGU BLUES TENGAH MALAM
MALAM MALAM MINGGUUUUUU

Ahh ahh ahaahhh yahuu yahuu yahuuu yeah


PEACE...

Monday, February 8, 2010

TANYA SAMA ITU HUD HUD lagi...

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan cipta kekalutan
Di mana pula kau berada
DI SINI



Menilai sesuatu dari sumber yang telah terbukti kebenarannya sudah tentu kita tidak akan sesat seperti Al-Quran dan Hadis... Atau menilai sesuatu itu mengikut perkiraan logik dari kotak pemikiran manusia yang terbatas ditambah pula dengan hati yang gelap gelita... Yang pastinya kita sentiasa ada pilihan di sini dalam membuat pertimbangan...

Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah... Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil... Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna... Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai... Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, Terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI...


PEACE


Thursday, February 4, 2010

Tanya Sama Itu Hud2

Uhhhh sang algojo
Uhhhh Nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenar
Berikan ku kesempatan akhir ini
lai lai lai lai lai lai lai

...PEACE...


p/s ; Doakan aku sempat mengucap sebelum "Out Off Service"...




Monday, February 1, 2010

MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR

Ada yang tertinggal setelah terbenam mentari
Ada yang tertinggal setelah kering air di kali
Alam telah meyakinkan kau mesti pergi kau mesti
Alam telah meyakinkan kau mesti kembali
Pada yang telah ditakdirkan Ilahi........

Ada yang tertinggal setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya cintaku dengan cahayaMu
Kekal selamanya masih dalam ingatan ku
Lemas dalam rindu tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi namun masih ada
Yang kau tinggalkan dalam Kalbuku....

Yang tinggal
Yang tinggal
Yang tinggal
Yang tinggal
Yang tinggal
Yang tinggal............... Aku..........




Susah nak paham lagu camnih.... Terlampau puitis walaupun popular sebagai lagu ROCK tanah air.... Amy search pernah keluar dalam rancangan Melodi dan cakap yang dia terdengan irama lagu nih masa dia dekat Mekah... balik dari Mekah dia ada berduet dengan Rabbani nyanyi lagu nih.... So aku tertarik untuk mentafsir maksud lagu nih... Jadi apa yang aku cuba sampaikan nih cumalah tafsiran aku semata-mata dan tak semestinya betul belaka... Jom kita tengok rangkap demi rangkap...

Kalau kita tengok pada tajuk lagu nih "MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR" merujuk pada matahari terbenam di sebelah timur iaitu salah satu tanda besar untuk hari kiamat... Penulis lirik memberi tahu masih ada yang belum langsai walaupun hari sudah kiamat... baris kedua juga membawa maksud yang sama kerana "Kering air di kali" membawa maksud musim kemarau... Kiamat akan berlaku dalam musim kemarau yang panjang... Kemudian penulis menerangkan tentang tanda-tanda hari kiamat dari alam semesta begitu meyakinkan dan manusia juga tak terkecuali... Semuanya akan pergi ke alam akhirat dan akan dibangkitkan kembali... Namun penulis menyatakan masih ada sesuatu yang tinggal setelah dunia ini musnah...

Sesuatu yang tinggal itu merujuk kepada iman kita kerana hanya iman sahaja yang mampu menempatkan kita kekal di syurga dan apa yang kita lakukan di dunia tak sedikitpun kita terlupa... Sebaliknya bagi mereka yang kurang imannya maka ia akan menanggung rindu dan mendambakan syurga namun hanya mampu menangis walaupun jasad nya sudah pergi namun masih ada sesuatu yang ditinggalkan di hatinya iaitu iman...

IMAN ITULAH DIRI KITA...


PEACE....






Sunday, January 31, 2010

MEMPERJUDIKAN DIRI....

Sebenarnya kekadang aku rasa nyampah jugak dengan apa yang berlaku di sekeliling aku.... maksud aku ialah tabiat BERJUDI itu sendiri.... Aku tak nafikan yang aku kini berada di lembah perjudian dan aku tak nafikan yang aku kini berada di kota kepalsuan... Berjudi bukan perkara asing di sini... Rasanya 70% pengunjung kota ini bertujuan untuk berjudi... Bagi aku diorang memperjudikan wang ringgit diorang tapi sebenarnya diorang memperjudikan diri mereka sendiri...

Aku pernah saksikan seorang penjudi yang datang ke sini dengan bermodalkan RM300 ribu dan apa yang berlaku ialah merempat selama hampir sebulan... kesudahannya ialah muflis dan hanya makan sisa makanan yang ada di atas meja KFC.... Namun masih ramai yang gemar datang ke sini untuk tujuan berjudi... Telinga aku sudah banyak dengar cerita pasal amoi yang terpaksa menyundal kat sini semata-mata untuk dapatkan tambang balik ke rumah sebab kalah judi... Terlampau ramai yang terpaksa bergadai barang kemas, telefun bimbit, laptop dan sebagainya dengan harga serendah RM100 je untuk meninggalkan kota kemusnahan ni...

Dan terlampau ramai yang terpaksa menyerahkan kereta mereka kepada ahlong sebagai sandaran loan yang diorang buat... Dan kereta tuh akan Ahlong jadikan kereta sapu selagi mana hutang pemiliknye belum lunas... Dan ramai jugak orang-orang kaya yang datang pada aku untuk mintak duit syiling buat panggilan kawan2 diorang... mintak bantuan sikit dah kalah teruk nih.... bila dah terdesak camtuh orang2 kaya nih hilang pulak ego diorang...

Percaya atau tak? TAKDE ORANG YANG KAYA DENGAN BERJUDI... aku berani cakap macam tuh sebab kerja aku ialah bermain dengan duit... Aku supply duit kat setiap ATM yang ada kat sini... Bukan sikit2 kerja aku kat sini... tambah2 lagi hari jumaat, sabtu, ahad dan hari2 cuti umum... masak aku terkial2 kerja macam anak mampos.... Tapi diorang tak mampos2 jugak asik widraw duit dari ATM... Untuk pengetahuan korang keuntungan casino mencecah angka belasan juta sehari.... Aku tak patut bongkarkan rahsia pelanggan syarikat aku tapi aku cakap jugak untuk anak bangsa aku yang suka berjudi... mana tau diorang akan berubah...

Judi nih ada macam2... daun pakau tak yah cerita la semua orang tau... bagi yang biasa dengan snooker biasanya mesti kenal dengan permainan lucky ball iaitu main snooker 15 bijik bola yang ada nombor... Dan tak asing jugak orang kita yang kuat beli nombor ekor... Ramai jugak yang suka main mesin kuda... zaman sekarang dah canggih... ada permainan baru iaitu Rollatte... Sedang hangat di pasaran sekarang nih... tu belum campur lagi ada yang habiskan duit kad kreadit untuk main judi kat internet...

Bagi anak bangsa aku yang suka berjudi baik korang tobat jer... sebab apa? sebab berjudi itu HAMPEH... Ada yang cakap kat aku berjudi tu cuma jahat diri sendiri je tak nyusahkan orang lain.... Tapi ia ke tak nyusahkan kan orang lain... LU PK LAH SENDIRI... Ok sekarang aku nak cerita kenapa judi tuh haram di sisi Islam.... Sebab yang pertamanya ialah sebab dah termaktup dalam al-Quran yang judi tuh haram maka wajib lah kita mengharamkan judi... Boleh dikatakan semua permainan judi tu melekakan... mana tak leka kejap menang kejap kalah kejap menang balik lepastu bungkus... hari ni menang memang suka pastu besok main lagi kalah abis gaji satu bulan... menang ke kalah ke tetap takde orang yang kaya dan yang pasti SETAN TEPOK TANGAN...

Selain tu berjudi ni boleh buat seseorang tu hilang pertimbangan dan bergadoh sesama sendiri.... Hah yang ni aku tak nak ulas panjang sebab orang yang berjudi nih memang bodoh... ada otak tak boleh pk... Lain2 sebab ialah judi boleh melahirkan banyak penyakit hati seperti dengki, dendam dan banyak lagi... hah tu bagi orang2 yang kalah... bagi orang2 yang menang pulak penyakit hati diorang ialah kikir, bakhil, tamak haloba dan sewaktu dengannya sampai hilang rasa belas kasihan kat kawan2 sendiri.... semuanya berubah jadi gembira pulak bila kawan2 sendiri susah... kesimpulannya judi nih mengikis semangat setiakawan dan setiap penjudi akan pentingkan diri sendiri je...

Dari segi aqidah pulak ramai yang terpesong sebab riak sangat konon dia terer main judi dan sebab terer lah dia boleh menang... yang kalah pon tumpang riak gak takpe hari ni hari engkau tapi esok ko tau la nasib ko pulak.... dah kalah tapi tak nak mengalah... Ehmm tu belum campur lagi yang pegi menurun nombor ekor kat bomoh.. Hampeh.com betul la.... dari segi ekonomi tak yah cakap la... dah tentu diorang sentiasa pokai.... Walaupun menang tapi duit tak berkat la katekan... Macam yang aku cakap tadi TAKDE ORANG AKAN KAYA DENGAN BERJUDI...



PEACE

Saturday, January 30, 2010

Hilang Ingatan Sekejap

Aku mulakan dengan perbualan aku di talipon dengan seorang gadis ayu ( ayu la sangat- aku pon tak pernah nampak muka) yang berada kat HQ aku pada minggu lepas...

truttttt truttt truttt trutttt

Afaf : hello ATM admin Safeguards Securicor... bole saya bantu...
Aku : hello ya... ni Afa ye?
Afaf : a ah Afa bercakap... Sapa ni?
Aku : Man ATM genting....aaa.. nak tanya sikit la... biasanya tiap2 tahun ATM dapat unifom baru kan? . Tapi kali nih Genting dah jadi Cawangan... So aku tak tau la nak issu
camana
Afaf : Man ada email tak? nanti kasi senarai nama n no. id. pastuh kasi size sekali... Afa tolong issu kan
Aku : ok kasi mail addres...
Afaf : afaf@ntah.com.my
Aku : k Tq bye


maka berakhirlah perbualan kami dengan kata sepakat... sebenarnya aku ada buat list Anggota n dah send kat email dia tapi disebabkan tenet kat umah aku slow maka tak sampai lah apa yang dihajatkan... hari berganti hari masihkah aku di situ... memerhatikan segala dalam pandangan kekaburan... aku yang terjatuh cicir entah di mana.. Hilang dalam jasad sendiri... memang aku dah tercicir sebab aku terus tak ingat lagi pasal hal nih...

Namun apa yang berlaku hari nih amat mengejutkan aku... aku terima satu bungkusan yang dari Cik Afaf berupa unifom baru untuk kami kat genting nih... so aku pun check la sebelum nak diagihkan pada penama-penama yang ada... Baru aku tarik sehelai baju aku terus tepuok dahi... hahaha semua dalam bungkusan tuh unifom perempuan.... Adussssssss sapa la antara kami yang nak pakai agaknya...

Dalam hal nih aku tak salahkan afaf sebab aku sendiri yang belum kasi list kat dia... so aku bungkus balik n esok aku nak return balik kat dia... dan aku akan cuba sedaya upaya aku untuk sending email kat dia... Untuk Afaf i'm Sory k... Macamana nak kasi hilangkan sifat pelupa yang ada dalam pala hotak aku nih yer??? gangs kasi ar tunjuk ajar...
PEACE...


Friday, January 29, 2010

LANGSUNG TAK PAHAM

hahaha dah terlampau lama aku tak update blog aku sampai hampir terlupa akan password blog nih... memang aku dah tak paham dengan rutin harian aku yang semakin jauh dengan dunia aku sebenar... aku sendiri tak pernah sangka yang aku nih seorang pak guard yang teramat bz... bz sesangat sampai makan pakai aku urus tak tentu hala...

ok bermula dari saat ini aku akan cuba luangkan masa untuk blog aku yang tersayang nih... boleh la... sayang la jugak... hahaha... dan aku akan cuba untuk luangkan masa jamming ngan kengkawan sekurang-kurangnya sebulan sekali... dan aku akan cuba untuk luangkan masa pergi gym sekurang-kurangnya seminggu sekali...

Buat kengkawan di alam maya nih, InsyaAllah aku akan rajin datang blog korang lepas nih... Dan buat orang-orang macam aku PEACE...

Saturday, January 23, 2010

PHEEEWEEETTT...

Bayangkannnnnnnnnnn
Bayangkannnnnnnn
Bayang kesepiannnn...
Ohh Ngerriiiiiiiiiii
Oh Ngeriiiiiiiiii
Aku jadi lesu pucat lesi

Thursday, December 24, 2009

AKU DAN KAMU

Di jarimu menghalai di hala
Kepalamu jua bergambar berwajah
Berpaling dan lari bukan tujuan ooo...

Di dadamu melontari rasa
Suaramu jua berbingkai berwajah
Berprinsip dan bukan berpura

Dilemanya diri pahit kau lepaskan
Waktu hari berlari kita yang tertinggal
Mencari pengerti bisanya fahamkan
Perolehkanlah diri
Semoga kita akan berkuasa

Jaringanmu serta jalanmu
Di hatimu jua berhasrat berbara
Berdiri dan duduk sama jua ooo...

Segalanya berubah matamu memandang
Bicara menggegar mentari bersinar
Di bibir nan senyum bak air dan api
Berdikarilah kita bangunlah semua
Segalanya berubah matamu memandang
Bicara menggegar