Pages

Wednesday, October 31, 2012

Sunday, October 14, 2012

SEDETIK LEBIH

"Onyomat Geset Go" itulah kata kata yang dilaungkan oleh penyanyi pujaan ramai dulu dulu iaitu Amy Mastura dalam rancangan terbarunya di Astro Warna... kemudian kelihatan man belon dengan mamat sepah melompat lompat tanpa baju diikuti dengan kumpuan Keluangman... Adoi ke laut dah aku ni... hahaha... bukan itu yang aku nak cerita... sebenarnya apa yang aku nak cerita ialah apa yang berlaku setelah siaran ulangan "OGG" pada petang sabtu iaitu semalam... Aku ada temujanji bersama kawan kawan tapi bukan di KL atau di Kajang... Walaupun hakikatnya dah seminggu lebih aku tak makan Satey Kajang... Perjalanan ini sebenarnya menuju ke sebuah negeri yang penuh dengan sejarah silamnya yang tersendiri... Sedar tak sedar aku juga terpalit sedikit sebanyak sejarah bersama negeri ini... Melaka Bandaraya Bersejarah... Itulah destinasi ku hari ini...



"Sejarah cinta ku yang lalu
Hanyalah ujian bagi mu"

Opss hampir hampir aku nak ke laut sekali lagi... 


Perjalanan aku bermula dengan lafaz "Bismillah" serta merta enjin kereta ku hidupkan, gear automatik ku tukar pada bahagian D3 dan Handbrake ku lepaskan... lalu menyusur lah sebuah kereta yang bernama haiwan di air iaitu Kelisa dengan cermat ke arah selatan tanah air... Ku jeling seimbas lalu ke arah meter minyak dan ku perhatikan masih banyak lagi...Namun itu belum cukup untuk membuatkan perjalanan ku lancar... Apa yang ku maksudkan ialah keadaan perut aku yang memulas mulas... Lalu aku membuat keputusan untuk singgah sebentar di Tol Kajang... setibanya di Plaza Tol Kajang aku segera pakir berhadapan dengan tandas awam... Tanpa berlengah aku terus melangsaikan apa yang tertunggak... Bila aku keluar terlihat 2 orang makcik di situ... Alamak aku dah termasuk tandas perempuan... hahaha... Dengan muka poyo je aku keluar dan terus cabut...

Aku terus menyusur di lebuh raya yang menjadi 1001 sejajah buat rakyat Malaysia ini...

"Di lebuh raya di papan tanda
Terbayanyang wajah mu
Dengan kalimah cinta untuk kita 
Moga kekal selamanya"

Terlintas lirik lagu Ali-Kucing ini serta merta kerana aku juga punya sejarah tersendiri bersama lagu ini dan lebuhraya ini... Suatu masa dahulu sedang aku merempit di lebuhraya ini dan tidak ku ingat di kilometer berapa, ketika itu aku mahu pulang ke kampung halaman ku di Segamat tiba tiba telefun bimbit ku berbunyi menanda telah masuk satu SMS dari seseorang... Segera ku baca apa yang tertera di screen... Hanya tiga Perkataan "Ada kat mana??" Kemudian 4 baris lirik inilah yang aku reply dan ternyata 4 baris lirik ini terkesan di hati kami... Sedang aku mengelamun sendirian rupanya aku sudah sampai di susur keluar Simpang Ampat... Setelah membayar tol, ku halahan kereta ku ke arah Alor Gajah iaitu di negeri melaka yang kaya dengan nama tempat yang pelik pelik...seperti Tangga Batu, Durian Tunggal, Batu Berendam, Ayer Keruh, Gajah Berang dan macam macam lagi... Namun kini destinaksi ku ialah Tanjung Keling... Satu lagi nama tempat yang agak pelik... hahaha...


Singgah sebentar membeli cenderahati buat seorang kawan yang baru mendapat baby


Akhirnya aku sampai juga di Tanjung Keling... Tiba tiba terlintas di fikiran aku untuk pergi ke masjid terlebih dahulu... Setelah selesai aku segera beransur dan pergi ke Klebang... Tujuannya adalah untuk melihat pantai yang penuh sejarah suka duka hidup ku suatu masa dahulu... Singgah minum sebentar di gerai berhampiran dan makan Char Kuew Tiow...



Inilah wajah wajah yang hadir untuk kali ini



Aku segera mendapatkan kereta dan menuju ke Tanjung Keling... Kemudian aku menelifun Aur untuk mendapatkan kepastian mengenai lokasi... Setibanya aku di lokasi seorang kawan juga baru sampai di parking sebelah...  Itulah Sang Ripat ataupun Zambri... 



Hanya kami berlima sahaja yang hadir untuk perjumpaan ini



Bila kita sudah terpisah lebih dari 10 tahun dan tiba tiba berjumpa kembali, sudah tentu banyak cerita baru yang dibicarakan... seperti perubahan diri masing masing... Dan seperti yang aku duga mesti diorang tak menyangka pasal keadaan aku yang dah gemok ni... dulu aku kurus kering macam papan tapi sekarang perut dah jauh ke depan... Apa boleh buat hati senang lah katakan... haha



Aur bersama Kaduk dan Bongsunya..




Namun kerana keakraban kami suatu ketika dulu, maka perbicaraan mengenai perkembangan terkini hanya sementara... Selebihnya adalah mengungkit kembali apa yang telah jadi sejarah... habis semua dirungkai sekelip mata... Senak perut ini menahan ketawa... Apatah lagi yang datang kali ini ialah Saleh... Apa Pon Tak Boleh... hehe



Zambri dan Saleh



Ringkasnya hanya kami berlima sahaja yang hadir... Walaupun hanya sedetik cuma tapi tetap terasa seronoh bila berjumpa kawan kawan lama terutama Saleh yang dah lama menyepi... Tapi kali ni dia datang jauh dari JB... Nak diikutkan ramai lagi yang aku belum jumpa... Sudin tak dapat datang sebab penat sangat dengan aktiviti siang sebagai pelumba kereta handalan... Ali pon tak dapat datang sebab ada kelas katanya... Maka yang cuma berlima saja lah adanya... meriah jugalah suasana...

Owh... Tak lupa program kita seterusnya ialah menyumbang bantuan ikhlas buat kawan kita Ina Polis... macamana     nak mula ye?... Jom kita fikirkan sama sama...

PEACE

Sunday, May 6, 2012

MELAYARKAN BAHTERA

Sejenak ku renungi segala yang telah terjadi... Melanda diri ini tapi seakan tak mungkin lagi... Purnama membisik mengundang birahi... Ops... hahaha... Terlampau banyak simpang bagi kita yang bernama orang... Dan kita yang bernama orang akan terus meniti perjalanan dari satu simpang ke simpang yang lain... What Ever Pun Walaubagaimana sekali pun hidup mesti terus... Setiap jalan ada simpang... Jalan yang lurus... yup.. Semua orang sukakan jalan yang lurus untuk sampai ke destinasi... Uishhh... Tinggi betul tahap pemikiran aku... Dah ke laut dah aku ni... hahaha... Bak kata Kepten Amerika " I'm Sorry ".. 

" Matamu bagaikan
mata angin mencari arah
matamu rindu yang meminta
menyeru angin melayarkan bahtera

impian arah tujuh lautan
sepantas kilat sang helang
menyambar peta dari tangan
berdarah lautan

ribut mencakar layar terketar
ombak menyerang laut gelora
kini kusedar asal garam bagaiman rasanya

masin hidup tanpa arah
kini kusedar asal garam
bagaimanakah rasanya

sejarah pelayaran membuka pintu akal
membuka luas fikiran dari terbenam

ribut mencakar layar terketar
ombak menyerang laut gelora
kini kusedar asal garam
bagaimanakah rasanya " 

Adakalanya aku akan mengenang kembali apa yang telah berlaku... Banyak kenangan suka duka bersama ku... Dan ada kalanya aku akan memikirkan apa yang bakal berlaku... Adakah suka atupun duka yang bakal ku tempuh? Maka untuk mengelakkan diri dari kedukaan aku mengatur jalan hidup dengan perancangan yang rapi... RAPI ye? hahaha... Rapi la sangat... Namun pengalaman yang lepas sedikit sebanyak mendewasakan aku... Dan dari situ sedikit sebanyak dapat jua membantu dalam membuat keputusan yang tepat... Sejauh mana ketepatannya ku serah pada Qada' dan Qadar... "Kita mampu merancang hanya Tuhan menentukan tak perlu di kesahkan..."

PEACE..