Pages

Monday, November 22, 2010

Sebatang Tongkat Untuk Berdiri...

Ketika haus, kau ku berikan secawan susu
Agar kembali tenagamu
Ketika lemah hulurkan
Sebatang tongkat
Agar kau terus berdiri

Ditengah kejayaan
Kau lupa diri dihasut bayangan
Dari emosi hatimu

Tongkat kau lontarkan
Baktinya kau lupakan
Dan secawan susu
Yang pernah menyambung hayatmu
Merenung bintang di langit tinggi
Jangan tertipu
Manakah tempat kau berdiri


Berdirinya saya di sini adah untuk menyampaikan sebuah pantun... Maka dengarlah pantun hamba... " Pecah Kaca Pecah Gelas... Hutangmu dah berbalas".. Hahaha Pantun la sangat... lalalalalalala hati ku gembira... korang taip je kat youtube lagu kat atas ni... pastu layannn... ehm... Best tak lagu ni?... Terus terang aku cakap aku tak minat ngan rentak lagu ni... Aku lebih suka dengan rentak yang lebih keras sekeras karang di lautan... Tapi atas permintaan dari seorang sahabat yang amat meminati lagu ni maka aku huraikan lah mengikut cita rasa aku...

Lebih kurang sama dengan = pepatah melayu yang selalu diungkapkan di telinga Mr Bean... "seperti kacang melupakan kulit.." Adakah Mr. Bean masih kenal dengan kulitnya...? Tapi apa yang di ketengahkan oleh lagu ini adalah bukan sekadar Mr. Bean jatuh longkang dan bukan sekadar Kacang lupakan kulit... Jom kita tengok sama-sama...

Rangkap pertama menerangkan tetang susu dan tongkat yang menjadi sokongan buat seseorang... Susu memberi tenaga di kala kehausan dan tongkat memberi kekuatan untuk berdiri... Rangkap ke dua yang amat pendek dan rangkap ketiga membawa maksud kita selalu lupa setelah datang kejayaan pada kita... Kita selalu lupa pada susu yang pernah memberi kita tenaga.... Kita lupa pada tongkat yang membuat kita teguh berdiri... Dalam kepala kita disemaikan oleh nafsu serakah untuk berkata aku segalanya adalah kerana kekuatan aku... segalanya adalah dari kudrat ku... segalanya adalah dari keupayaan ku... Mana pergi fungsi susu dan mana hilang fungsi tongkat...? Dalam keghairahan kita berlari selalu kita lupa yang kita pernah bertatih... Dan dalam pantas kita berlari ingatkah kita suatu masa dulu kita pernah merangkak...?

Sambungan dari Rangkap ketiga juga berunsur nasihat pada yang lupa akan fungsi susu dan fungsi tongkat... Nasihat jangan tak nasihat... Bagi aku secara keseluruhannya, "Sebatang tongkat untuk berdiri" membawa erti sokongan yang kita gunakan untuk kita berjaya... Tetapi mungkin penulis kekurangan sumber mengenai tongkat dan untuk melengkapkan lagu ini maka susu digunakan secukup rasa untuk menambah seri pada lagu ini...

Best gak tajuk lagu ni... "Sebatang Tongkat Untuk Berdiri" Unik dan membawa maksud yang dalam... Tapi sayang liriknya tak menghurai maksudnya yang dalam... Wokeyy jom kita fokus kepada tajuk lagu ni dan kita lupakan pasal liriknya... hahaha... boleh ke camtu?... Sebenarnya kita tak perlu sakit kaki untuk menggunakan tongkat... Dan kita tak perlu menunggu tua untuk menggunakan tongkat... Tongkat boleh digunakan setiap masa jika mahu... Tongkat membantu kita untuk teguh berdiri... Tongkat membuat kita yakin bila berjalan... Tongkat juga membuat kita unik pada pandangan mata orang lain... Mengapa kita malu untuk bertongkat? untuk sahabat aku yang meminati lagu ni, kalau ada pandangan senriri sila lah huraikan...


p/s :- Menggunakan tongkat itu adalah sunnah nabi...


=PEACE=

12 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ada guna tongkat sakti tak macam harry potter tu??

**gara2 terpengaruh movie tadi hehe

LATEST ENTRY

GENG POKOK RENEK

RASA MACAM NAK LARI BOGEL?? KAU MAMPU?

Unknown said...

dari tajuk dah jelas akan mksud yg tersirat...dari lirik dh tersurat apa yg hendak disampaikan...sesungguhnya ramai yg tertipu dan alpa dimana tmpt mrk bdiri...(mengingatkan diri aq juga)...krn tlupa pada asalnya...tp jgn lupa buh SUSU kat nescafe o kurang manis wa tu rock...kang x psl2 melayang TONGKAT kat muka lu...

dkama said...

to GKSB...
wa dah bace dah... Blog diorang pon dag pi dah... Cun2 semua gangs pokok renek ni... hahaha... tapi sory tak sempat tinggalkan jejak...


To Ryta...
Nescafe o mana pakai susu ar... haha

Unknown said...

bis tu dia pakai apa ek...hahahaha...

dkama said...

to Ryta...
Nescafe o pakai gula la... hahaha

NAJ HEBAT said...

pecah kaca. pecah gelas.

panjang sangat.

sunnah nabi... guna tongkat?

ohhhh...

p/s: jom memasak! skali skale org brutal kne memasak jugak.

dkama said...

to NAJ HEBAT...
nanti ko ajar aku masak k... tak pon ko je yang masak aku je yang makan... PEACE...

sekamar rindu said...

suka minum tongkat ali..hehe

zulkbo said...

salam..
lagu search..selalu
di hati buat otai seperti
saya ..he he

dkama said...

to zulkbo...
itu semua kenangan tu bro... PEACE...

Maiyah said...

pecah kaca pecah gelas
sudah baca sudah balas :D

dkama said...

to Sekamar rindu...
Sebatang tongkat ali untuk berdiri... hahaha PEACE bro...


To Maiyah...
pecah kaca pecah gelas
sudah pecah cepat kemas...
PEACE..