Pages

Sunday, February 27, 2011

DALAM KEHADIRAN BLUES...

Lokasi : Port Dikson
Date : 26 Feb 2011
Time : 1845pm



BUKTI -FIQ

Dalam lembah yang gelita

Tak nampak wajah

Apatah nak ku melangkah

Merangkak pun payah

Percik api menyala

Bagai satu petanda

Jauh mana kan aku damba

Dalam jiwa yang cedera

Tak nampak cinta

Apatah nak ku gembira

Tersenyum pun paksa

Bibit kasihmu dinda

Susah mana pun aku

Akan menyusurinya

Air… mata….

Ku tahan

Mengalir lesu d

alam kalbu

Dingin.. lalu…

Membeku

Menjadi bukti luhur niatku

Dalam hidup yang gelora

Tak nampak dosa

Apatah nak bercinta

Merindu dedah..

Kerdip sinar di mata

Bagai satu petanda

Sukar mana kan aku puja

Hanya kepadamu

Tinggal harapan kasih

Buat diri ini

Kembali berasmara



Lagu kat atas tu takde kena mengena ngan aku... Yang aku tau lagu tuh macam saja je nak mengutuk aku... "Merangkak pun payah"berdesing gak telinga aku bila sampai kat ayat tu... Kadang2 aku rasa dunia ni segaja taknak memahami aku... Dan kadang2 aku rasa sangat2 terasing... Sebab tu aku buat keputusan untuk mengembara... Aku nak pergi jauh dari Kehidupan manusia2 durjana... Dan aku nak lari jauh sejauh jauhnya... Au nak mencari identiti aku sendiri... aku nak mengenali dunia dari sudut pandangan aku sendiri... Aku nak mencari KEDAMAIAN yang selama ini aku dambakan... Aku akan buktikan pada semua yang aku ini tak selemah yang disangka...

Dapatkah aku membuktikannya... FUHH!! hela nafas yang agak hampa sebagai ganti kepada jawapan yang belum tiba... Namun aku kukuhkan nekad... Dan yang pasti nekad ku kali ini adalah seteguh karang di lautan... Biarlah kehampaan yang aku bakal terima... Biarlah kekecewaan yang bakal mengundang tiba... Biarlah Kejayaan yang akan kuterima agak nipis kemungkinannya... Walau senipis sutera sekalipun akan ku cuba untuk buktikan pada dunia... Biarlah sebesar mana risiko yang perlu aku hadapi namun kali ini aku tetap bernekad untuk meneruskan perjuangan yang selama ini ku cari... Aku cuma mahukan Kedamaian... Aku cuma mahukan Kebebasan... Aku cuma mahukan Keamanan... maka untuk itu biarlah nekad ku ini ku anggap sebagai JIHAD...

Aku sedar aku ini lemah... Ketika orang lain sudah mula bertatih aku masih lagi merangkak perlahan... Perjalanan sepanjang 100m adalah beban seperti 100km jauhnya bagi ku... namun dengan kesungguhan aku... pintu kebebasan cuma tinggal beberapa jengkal sahaja lagi di hadapan... Segala usaha ku selama ini terasa berbaloi baloi... Penat lelah selama ini hilang sekelip mata... sinar kebahagiaan sedang menanti ku di depan mata... Selepas ini aku akan menikmati kedamaian yang selama ini aku impikan...







Aku dalam cerita di atas... hehe..



=PEACE=

Monday, February 21, 2011

Hujan...

Keluar rumah pukul 4.30pm terus gi kedai ikan beli umpan... Pastu singgah kat carwash dulu... sampai kat lokasi dalam pukul 5.15pm... pasang umpan letak mata kail dalam air... tiba2 ujan... tesen wei... kemas2 terus balik... sampai umah kereta yang baru basuh pon dah hilang kilat... ehm... Sabar je la...


=PEACE=

Monday, January 24, 2011

CROMOK - Misery



Kalau ikut pada buku sejarah Tingkatan 2 yang ada dalam Kepala hotak aku Cromok terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Din, Miji, Sam dan karl... Sejah yang tercatat dalam kepala hotak aku ni agak sikit sebab otak aku pon sempit... Maka aku buat keputusan untuk tanya ngan Google... Maka luas ar sikit sejarah kumpulan cromok ni di mata aku... hahaha...

Cromok merupakan sebuah band Trash Metal yang terdiri dari pada pelajar2 Malaysia yang melanjutkan pelajaran di luar negara... Ditubuhkan pada tahun 1987 di Australia dan aktif dalam arena muzik underground ketika itu dan merakam album pertama diorang di sana yang bertajuk "Image of purity"... pada tahun 1991 ketika karl miji dan Sam habis belajar dan pulang ke tanah air baru "Image of purity" di edarkan di Malaysia menerusi Valentine Records... masa tu Din masih belum habis belajar lagi... ok korang layan ar dulu lagu ni... kalau ada yang minat lain kali aku sambung cerita pasal cromok...\m/


=PEACE=

Tuesday, January 11, 2011

SUATU KETIKA - Part 7

Sedar tak sedar hari ni aku dah pun mengharungi 4 kelas yang amat membosankan... blurr kepala hotak aku. kejap... hahaha... Hari ni abang Jaafar tak bukak kedai... Secara automatiknya aku mendapat unpaid leave... Best betul rasa bila dapat cuti hahaha... Jadi misi aku petang ni ialah, aku nak main bola tampar ngan budak2 seni bina... Diorang dah banyak kali petik aku untuk main ngan diorang tapi aku bekerja pada waktu petang... So cam biasa aku akan cakap kalau aku ada masa nanti aku main... boleh la... Alasan yang menyedapkan hati jugak la kiranya... hahaha...

Tapi sebelum tu, masih ada satu perkara yang belum selesai... Alamak... baru aku teringat yang aku ada janji dengan seseorang... Aduss... Serta merta wajah ayu Azira terbayang dek kepala hotak aku yang tengah blurr ni... Belum pun bayangan itu terpadam aku pon terus menunggang motosikal aku menghala ke rumah Azira... setibanya aku di rumah azira...
Aku terpandang wajah Azira sedang menanti ketibaan aku di hadapan rumahnya...

"Assalamualaikum..."

Azira yang entah berapa lama menunggu aku di hadapan rumahnya menjawab..

"Wa alaikumus salam... Ingatkan tak datang tadi... "

Wajah Azira kelihatan sedikit muncung...

"Ala pernah ke kama lupa janji... Sapa ada kat dalam?"

"Ada mak ngan Abah la, sapa lagi... masuk la..."

Aku dipersilakan masuk oleh Azira... Tatatertib perlu dijaga... Sebab tu aku tanya siapa ada di rumah... Bukan semuadah itu aku nak masuk ke rumah perempuan ketika keluarganya yang lain tiada di rumah... Azira menunjukkan aku PC nya yang rosak dan aku segera membuka Cassing... Lagak seperti seorang yang Pro, aku pon menyapu habuk menggunakan berus... (depan awek ni beb!!) Ku bersihkan sekitar Power Supply dan CPU... Aku cabut RAM Chip dan pasang balik... Lepas tu aku sambung semua cable dan aku on PC tu... hahaha... Nampaknya aku tak payah buang masa untuk masalah kecik ni...

"Sekarang dah ok... tengok la"

"Eh cepatnya... Apa yang problem ye?"

Aku tak menjawap soalan tu... tengah berlagak Pro la katekan... hahaha...

"Ehm cuba Zira restart... kama nak tengok ada masalah lain tak..."

Azira menurut arahan aku dan ternyata PC tu takde masalah... Apa yang berlaku tadi ialah RAM Chip PC tu longgar... hahaha... Aku dah mula memahami kerenah PC dan aku boleh main bola tampar petang ni... Selepas semuanya selesai aku pon beransur dari rumah Azira... Sempat jugak aku kenyit mata kat dia hahaha...

Aku sampai di rumah dengan hati yang berbunga bunga dan terus masuk bilik... Ada satu kewajipan yang mesti aku buat... Setelah asar terlaksana baru lah aku bersiap untuk ke gelanggang bola tampar... Malang tol nasib aku sebab kat gelanggang bola tampar tak ada sapa2 pon... Nampaknya misi aku tak berjaya hari ni... Aku terus buat keputusan untuk bermain takraw bersama belia Taman tempat aku tinggal... Sampai di gelanggang takraw...

"Wei Rock... Lama tak datang main..."

"Ni pon nasib2 je dapat main... bang Jakpau tutup kedai"

Jawap ku kepada hapis dengan loghat melaka... Aku pon tak sangka yang loghat melaka dah jadi kebiasaan aku bila bercakap ngan diorang... hahaha... kira boleh la kalau aku jadi menantu orang melaka lepas ni... hahaha... Dan petang tu, setelah misi pertama aku gagal, maka aku teruskan dengan misi yang kedua iaitu bermain takraw... Sampai maghrib baru kitorang stop n balik umah...

Lepas aku selesaikan apa yang patut, aku pun mengadap PC aku yang masih terburai isi perutnya di atas sejadah tu... Aku nak buat Assigment tapi pala hotak aku serabut... Tak tau nak mula dari mana... last2 aku bukak winamp n pasang lagu2 kesukaan aku dulu... Lepas tu baru aku mula dengan assigment programming sambil didendangkan oleh suara lemak berkrim Awie dari kumpulan Wings...


LIPAS KUDONG

Dalam luka kau masih nak lari
Mana kau nak pergi
Bila tak ligat apa nak buat
Terimalah takdir mu
Kau bawa lendir dari buntut mu
Telur diberi di lantai retak

Lipas kudoooooooooong
Lipas kudooooooooooooooooooooog

Mana rakan dan teman kongsi
yang bersarang di sini
Tak usah lagi berangkuh diri
Tak usah minta ampun
Dunia ini telah kau racuni
Kini tempat mu di dalam api

Lipas kudooooooooooooooooooooog
Lipas kudooooooooooooooooooooog

Dalam gelap engkau bermaharajalela
Cuba tengok kau kini di pentas nyata

BARU KAU KENAL PENANGAN KU
HAHAHA





Tengah best aku buat kerja, kepala pun penuh dengan macam2 idea tiba2 satu suara potong stim dari luar bilik aku...

"wei ada call untuk ko... cepat sikit kang merajuk pulak awek tu"

Suara hisham rakan serumah aku... Sapa la pulak yang call agaknya.?... aku terus ke ruang tamu dan menjawap telefun...

"Hello"

"Hello Kama... Zira ni... sebok ke?"

Nak je aku terus terang yang aku tengah sebok buat programming... Tapi nak menjaga Hati punya pasal aku layan ar jugak...

"Ehm sibok ar jugak... Macam biasa... Napa? PC buat hal lagi ke?..."

"PC dah ok... Thanks... Pandai kama Repair... Besok petang kama free tak?"

Alamak!!

"Sok petang kama tak kerja... Kedai tutup sebab ada pasar malam... Napa?

"Kalau macam tu boleh la temankan Zira gi masjid al Azim... Boleh kan?"

"Tok kadhi dah bagi tau yang kita nak gi sana esok?"

Selamber aku bergurau... hahaha

"Kama ni ke situ pulak... Jangan nak berangan... Kita pegi pustakaan dekat masjid tu la..."

"hahaha... gurau sikit pun tak boleh... Nak buat apa ye sebenarnya?"

"Nak cari sumber untuk presentation group kita... Tak ingat ye? subjek Usahawan..."

"A ah la... lum buat apa2 lagi kan...? ok sok kita cari sumber pastu nanti ada masa kita panggil semua group kita meeting"

"Ok besok lepas abis kelas kita terus pegi k... Kama jangan lupa bawak helmet 2 dua tau... ok bye kama..."

"Bye"

Aku letak ganggang tapi fikiran aku terus melayang... Bawak helmet 2... aduss... banyak persoalan timbul... Dalam ramai2 ahli kumpulan kenapa aku yang dia minta untuk temankan?... Macamana dia boleh percaya kat aku n nak naik motor ngan aku lagi...? Arghhhh serabut... aku terus masuk bilik aku n sambung kerja aku balik... tak sampai setengah jam pun aku buat kerja...
zzzZZzzzZZzzzz....





P/s : Nanti aku sambung lagi...




=PEACE=


Thursday, December 30, 2010

Search & Awie - SetiaDalamKacamu


Pinjamkan ku cermin
Untukku melihat serimu
Mungkin bias bongkar
Bisa pandai berkata yang benar

Ku berdiri di sini
Berhari-hari bercerminkan diri
Apakah kau masih setia
Atau sepi dalam kacamu

Aku datang ke tamanmu
Kala rimba hati jadi kudus
Tak mengapa salah faham
Kisah lama terpadam

Bertanya kulagi
Di hadapan cermin
Entah berapa kali
Benarkah tiada syarat
Untuk aku milikimu

Thursday, December 9, 2010

SUATU KETIKA - Part 6

Ramai manusia...
Cuba lari dari kenyataan ini

Ramai manusia...
Cuba lari dari dosanya sendiri

RAMAII MANUSIAAAA

"woi udah udah la tu... memekak pulak pagi pagi ni... kat surau tadi suruh qamat tak nak... kat rumah boleh pulak melalak... "

Kedengaran satu suara yang macam tak puas hati di kala aku sedang menyanyi sambil menyikat rambut dihadapan cermin... Namun aku hanya tersengeh manja... hahaha... Maka dengan ini cukuplah dua puluh empat jam aku tak tidur... semua gara gara melepak kat pantai klebang malam tadi...

ku hidupkan motorsikal ku lalu bergegas ke kolej... Sampai di kolej aku terus ke kantin untuk bersarapan... Di kantin seperti biasa aku dengan selamber akan masuk ke dapur dan membancuh minuman ku sendiri... Sedang aku membancuh nescafe'o kegemaran aku Abang Joe iaitu tauke kantin ni menegur...

"Awal ko sampai..."

"Biasa ar bang... nak kena jengok lab pagi ni... hahaha..."

"ok Rock milo tarik 2, teh tarik 1, teh'o 3... Dah siap letak tepi je nanti abang angkat..."

"siaap"

Sebenarnya aku dan abang joe bukan ada hubungan kekeluargaan pun... Dan aku pun bukan bekerja dengan dia... Tapi aku senang dengan dia dan dia senang ngan aku... Suatu ketika dulu pekerja Abang Joe tak datang kerja... Kantin ramai orang masa tu... Abang Joe dah tak menang tangan... Mana nak buat roti canai mana nak layan pelanggan... Nak bancuh air lagi... Kebetulan aku ada kat situ waktu tu... Abang Joe pulak memang tau yang aku bekerja di kedai makan pada waktu petang sebagai tukang bancuh air... So selamber dia mintak tolong aku hari tu untuk bantu dia yang dah tunggang langgang masa tu... So aku cuma bantu mana yang patut sebelum aku mula kuliah... Boleh la nak lepaskan kelam kabut waktu semua orang nak bersarapan... Semenjak dari hari tu hubungan aku ngan Abang Joe semakin erat... dah macam adik beradik dah... Sedar tak sedar dah setahun jugak aku buat kantin ni macam kedai aku sendiri dan dah setahun jugak aku sarapan free kat sini... hahaha...

Aku makan mee goreng je walaupun sebenarnya aku nak makan roti canai... Tapi sebab malas nak susahkan Abang Joe tebarkan roti untuk aku maka aku pilih untuk makan ada yang dah siap dimasak je... Lagi pun aku nak cepat... Selesai sarapan aku tolong kemaskan pinggan mangkuk yang bertabur atas meja dan hantar ke belakang... Setelah semua meja aku lap, aku pun blah dari situ...

"Bang saya Chau dulu bang"

"Eh.. Ko dah makan belum...? Makan dulu ar baru pegi kelas..."

"Dah setel dah bang... Nak masuk lab pulak"

"Sory ar Abang tak perasan... Sebok sangat tadi hahaha... Timaaakasssseeeehh..."

tersenyum aku seketika tengok abang joe dengan gaya telatah Allycat... Biasa la kerja macam dia memang memenatkan... Kalau takde lawak2 bodoh camtu memang tak boleh buat kerja... Aku dah biasa dengan situasi tu jadi aku paham kehidupan di kedai makan... Kita kena ceria sepanjang masa baru boleh buat kerja,,, Pelanggan pun suka datang kalau tempat kita berniaga penuh dengan keceriaan...

Sampai dekat lab aku nampak seorang makhluk tengah sapu sampah... Studen yang lain belum masuk lagi...

"En. Abe mana Jat?'

"Ada kat dalam tengah format sebijik pc... Dari tadi tak siap siap lagi"...

"Rajin pulak ko hari... Kompom ar dapat A++ bodek kuat... hahaha"

"Aku memang rajin bro... Lu u yang malas..."

Terlihat riaksi muka Ijat yang ala ala mencebik sedikit di situ... Aku memang suka menyakat Ijat... Aku tau Ijat tak pernah ambil hati pun dengan perangai aku... Dia pun dah masak ngan perangai aku... Aku on semua pc yang ada dalam lab tu... Kemudian aku bersihkan habuk habuk yang pada setiap pc... Empat puluh pc kesemuanya...

"Kama!.. A8, A9, A10 dengan C4 tolong buat scandisk... Defrag sekali tau..."

Terkejut aku bila En. Abe tiba tiba bersuara... Aku sikit pun tak perasan bila dia keluar dari biliknya di belakang lab...

"Ok..."

"Ehm... pc A4 mana ye En. Abe...?"

"Owh yang tu saya format... masuk virus semalam... macamana korang guna pon saya tak tau..."

hahaha... Gatal sangat nak bertanya... tak pasal pasal mendapat... Dari jauh aku nampak Ijat ketawa kecil ke arah aku... Tak berapa lama lepastu kelihatan seorang demi seorang studen masuk masuk menandakan Kuliah kami sudah bermula...



Bersambung lagi...


=PEACE=

Tuesday, November 23, 2010

Search : Melintasi Batas (HQ Audio)


Layan la lagu ni camana aku enjoy dengan lagu ni... PEACE...

Monday, November 22, 2010

Sebatang Tongkat Untuk Berdiri...

Ketika haus, kau ku berikan secawan susu
Agar kembali tenagamu
Ketika lemah hulurkan
Sebatang tongkat
Agar kau terus berdiri

Ditengah kejayaan
Kau lupa diri dihasut bayangan
Dari emosi hatimu

Tongkat kau lontarkan
Baktinya kau lupakan
Dan secawan susu
Yang pernah menyambung hayatmu
Merenung bintang di langit tinggi
Jangan tertipu
Manakah tempat kau berdiri


Berdirinya saya di sini adah untuk menyampaikan sebuah pantun... Maka dengarlah pantun hamba... " Pecah Kaca Pecah Gelas... Hutangmu dah berbalas".. Hahaha Pantun la sangat... lalalalalalala hati ku gembira... korang taip je kat youtube lagu kat atas ni... pastu layannn... ehm... Best tak lagu ni?... Terus terang aku cakap aku tak minat ngan rentak lagu ni... Aku lebih suka dengan rentak yang lebih keras sekeras karang di lautan... Tapi atas permintaan dari seorang sahabat yang amat meminati lagu ni maka aku huraikan lah mengikut cita rasa aku...

Lebih kurang sama dengan = pepatah melayu yang selalu diungkapkan di telinga Mr Bean... "seperti kacang melupakan kulit.." Adakah Mr. Bean masih kenal dengan kulitnya...? Tapi apa yang di ketengahkan oleh lagu ini adalah bukan sekadar Mr. Bean jatuh longkang dan bukan sekadar Kacang lupakan kulit... Jom kita tengok sama-sama...

Rangkap pertama menerangkan tetang susu dan tongkat yang menjadi sokongan buat seseorang... Susu memberi tenaga di kala kehausan dan tongkat memberi kekuatan untuk berdiri... Rangkap ke dua yang amat pendek dan rangkap ketiga membawa maksud kita selalu lupa setelah datang kejayaan pada kita... Kita selalu lupa pada susu yang pernah memberi kita tenaga.... Kita lupa pada tongkat yang membuat kita teguh berdiri... Dalam kepala kita disemaikan oleh nafsu serakah untuk berkata aku segalanya adalah kerana kekuatan aku... segalanya adalah dari kudrat ku... segalanya adalah dari keupayaan ku... Mana pergi fungsi susu dan mana hilang fungsi tongkat...? Dalam keghairahan kita berlari selalu kita lupa yang kita pernah bertatih... Dan dalam pantas kita berlari ingatkah kita suatu masa dulu kita pernah merangkak...?

Sambungan dari Rangkap ketiga juga berunsur nasihat pada yang lupa akan fungsi susu dan fungsi tongkat... Nasihat jangan tak nasihat... Bagi aku secara keseluruhannya, "Sebatang tongkat untuk berdiri" membawa erti sokongan yang kita gunakan untuk kita berjaya... Tetapi mungkin penulis kekurangan sumber mengenai tongkat dan untuk melengkapkan lagu ini maka susu digunakan secukup rasa untuk menambah seri pada lagu ini...

Best gak tajuk lagu ni... "Sebatang Tongkat Untuk Berdiri" Unik dan membawa maksud yang dalam... Tapi sayang liriknya tak menghurai maksudnya yang dalam... Wokeyy jom kita fokus kepada tajuk lagu ni dan kita lupakan pasal liriknya... hahaha... boleh ke camtu?... Sebenarnya kita tak perlu sakit kaki untuk menggunakan tongkat... Dan kita tak perlu menunggu tua untuk menggunakan tongkat... Tongkat boleh digunakan setiap masa jika mahu... Tongkat membantu kita untuk teguh berdiri... Tongkat membuat kita yakin bila berjalan... Tongkat juga membuat kita unik pada pandangan mata orang lain... Mengapa kita malu untuk bertongkat? untuk sahabat aku yang meminati lagu ni, kalau ada pandangan senriri sila lah huraikan...


p/s :- Menggunakan tongkat itu adalah sunnah nabi...


=PEACE=

Tuesday, November 16, 2010

AKU ADALAH DOT DOT DOT.

Masa sekolah dulu aku pernah kena buat karangann "Aku adalah sepasang kasut"... Maka dengan penuh semangat kekasutan aku menjadi kasut yang hensem lalu di kasihi oleh tuan aku... Namun aku dipijak-pijak oleh orang ramai pabila aku ditinggalkan oleh tuan aku di tangga Masjid... Hahaha itu cerita masa aku kecik2 dulu... Waktu kecik lagi kita diajarkan supa boleh berkhayal ke alam fantasi atau boleh berfikir di luar kotak pemikiran... Karangan2 yang seumpama ini dah semakin popular bila aku tengok kat rancangan Raja Lawak Astro... Kumpulan sepah menjayakan tajuk ni dengan berlakun menjadi kapur... hahaha... korang tengok ar sendiri raja lawak... Di zaman serba canggih ni maka terhasillah perbualan ringkas melalui FB... jom kita saksikan... Peeeweeeet...




Klik pada image untuk tumbesaran..