dkama search

Custom Search

Sunday, October 11, 2009

INAI DI JARI SEORANG ROCKERS SEJATI

Sedar tak sedar detik itu kembali dan kita ulangi... ops haha tersasul lirik lagu pulak... ok sedar tak sedar aku dah pun mendirikan rumah tangga selama hampir setahun... maka dengan ini sedah hampir setahun jua lah aku menamatkan zaman bujang aku dan bergelar suami orang... Namun dalam melayari hari2 yang mendatang aku masih lagi seperti orang bujang sebab megi menjadi rutin harian aku... bukan kerana isteri tercinta malas nak masak tapi sebab kami duduk berasingan... hari semakin hari tanggungjawab semakin besar pala hotak makin serabut... maka aku meneruskan jua kehidupan aku seadanya sekarang... apa yang aku merepek nih... aku sebenarnya nak cerita pasal inai dijari aku semasa aku kawen dulu... dah lama padam dah... maka dengan terpadamnya inai tersebut aku pun memulakan hidup baru seperti sedia kala sehingga suatu petang di mana aku nampak anak buah aku ngan geng2 beliau menumbuk inai... hahaha aku pun mula lah buat perangai.... Dengan menggunakan VETO aku sebagai bapak saudara yang rockers aku mintak diorang jangan pakai inai tu selagi aku belum pakai.... So dengan iktizam diorang memakaikan inai di jari aku dengan begitu kreatif sekali sebab aku nak inai kat jari aku nampak ROCK... So inilah hasilnya... hahaha... TQ buat anak2 buah aku kerana memahami jiwa dan raga PakJang Rock mu ini...

Friday, September 18, 2009

Setulus Dkama Buat Sahabat


Di tepian mandi danau ku hijau yang cantik selalu dan di situ tempat ku bertemu aku dan dia... Perh sadis giler aku mengenangkan satu syawal yang bakal tiba... Di iringi pula dengan lagu dendang perantau... Sebenarnya bermula ramadhan lagi aku dah tau yang aku takkan dapat beraya tahun ni dengan keluarga... Namun aku cukup kuat mengharungi hidup... Tapi menjelang hari-hari terakhir Ramadhan nih lain macam sikit rasanya... Arrrrhhhhhhhh Blues mencengkam perasaan.... Namun inilah dia habuan yang aku terima pabila bekerja dengan agensi keselamatan yang melibatkan RINGGIT... Hari raya semua orang nak beraya di kampung, semua orang nak pakai duit dan semua ATM mesti kena ada duit...Untuk tujuan itu, aku dan orang-orang macam aku bertungkus-lumus demi Syarikat dan pelanggan... Yang terpaksa adalah aku... bagaikan perintah rasanya... Perintahmu adalah belenggu, mencengkam ku dengan kuasamu, membuat aku menjadi layu, dalam suasana yang masih baru... hah kan dah keluar lirik lagu Belenggu Irama dendangan WINGS... Tahun-tahun yang lepas pun aku tak dapat beraya jugak tapi aku tak kesah sangat sebab aku bujang lagi... Kali nih aku dah bergelar suami orang... Rasa cam tak cukup sifat lak kalau isteri tersayang balik kampung sesorang dengan pelangi di matanya... Terharu aku beb!... Walau apa pun aku bersyukur kerana aku masih lagi mempunyai kerja, aku masih lagi mampu mencari nafkah dalam situasi sekarang yang amat memerlukan pengorbanan dan yang paling penting aku masih lagi mampu untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat sahabat-sahabat aku sama ada di sekeliling aku atau pun yang ada di dalam blog... Buat semua sahabat aku di sini Ampunkan aku kalau ada tersalah bicara, mengguris perasaan atau apa jua salah silap aku kat korang... Bagi mereka yang sudi harap ambilah KAD RAYA ini dan pakukan kat blog korang.... sesungguhnya aku akan rasa dihargai kalau aku nampak kad raya yang tak cun nih ada kat blog korang walaupun aku tak beraya tahun nih... Salam Dendang Perantau dari Dkama buat semua...PEACE

Thursday, September 17, 2009

RAYA YANG SEMPURNA - AWIE


Irama rindu bersama sendu
Di dalam rasa pengabdianmu
Pada Tuhanku Yang Maha Satu
Dan Maha Tahu dirimu itu

Datanglah cinta bersama ria
Di dalam jiwa sempurna akal
Dari Tuhanku Yang Maha Satu
Yang Maha Tahu diriku ini

Lalu kita semua pun bangkit segera
Untuk menyusun semula
Kasih sayang (diisi?)…
Sebenar-benarnya kasih sayang kita
Satu untuk semua…

Selamat Hari Raya
Moga doa dan solat
Kita mendapat kemenangan
Selamat Hari Raya
Moga kemenangan
Kita dapat restu dan berkat

Friday, August 21, 2009

PEACE...

KEPALA HOTAK
MATA
TELINGA
MULUT
HIDUNG
TANGAN
PERUT
HATI
LIMPA
GINJAL
EHEM EHEM
KAKI


PHEEEEEWEEEEEET
SUMA KENA PUASA TAU...

Sunday, August 16, 2009

REMIFASOLATIDO... TIDO JAP...

Akan ku genggam cita cita yang menbara
Di hati yang sehangat sinar mentari
Tak ku lepaskan dan tak mungkin aku campakkan
Cinta suci KEDAMAIAN ada di sana...

...PEACE...

Monday, August 3, 2009

A Pair Of Lady Shoes

Sebelum aku memperkenalkan apa itu lady shoe, aku nak berkongsi sesuatu dengan korang semua... Sebenarnya aku terpanggil oleh EN. Pulau NAMOYAKI pada ulasan n3 aku yang lepas... Dia mintak aku ulas sikit pasal lagu BPR... Juga dikenali dengan nama BumiPutra-Rockers... ok tengok lirik dulu...

Sudah Sampai Sini

Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini

Bergerak
Berlagu hanyalah seketika
Tinggal aku dalam kerugian
Dia pasti pegi
Dia terus pergi

Selagi terikat satu janji setia
Selagi itu tercatit kisah semua
Di sana kepastian akan menanti kita

Di situ tanda tanya
Di situ haluannya
Di situ tanda tanya
Di situ haluannya

Antara kau aku ada satu rahsia
Pasti terbongkar di tarikh yang tersedia
Tersenyum dan menangis satu antara dua

Selagi terikat satu janji setia
Selagi itu tercatit kisah semua
Di sana kepastian akan menanti kita

Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini


Sebenarnya aku kurang meminati lagu-lagu dendangan BPR tapi aku dengar gak... hehehe... Lagu nih sebenarnya suruh kita beringat.... Maklum lah dalam kita melayari kehidupan ada banyak rahsia kita yang sebenarnya bukan lah rahsia... Ayyyaaaaaaarkk apa yang aku bebel nih... Lantak ar apa aku nak cakap janji ROCK... Sapa yang paham tuh TQ tapi sapa yang tak baper nak paham tuh tolong baca lirik semula pastu sambung balik ngan apa yang aku nak komen... Sebelum aku mengulas lebih lanjut, aku nak kasi tau apa yang aku ulas ni adalah untuk menjawap soalan daripada seorang sahabat aku dalam blog nih pada n3 aku yang lepas iaitu Pulau NAMOYAKI...

Dan aku bukan lah seorang yang Arif sangat tapi sebagai seorang Rocker sejati aku cuba tafsir mesej yang nak disampaikan menerusi lagu nih... Berbalik pada lagu nih, walaupun sebuah lagu ROCK tapi cukup kuat untuk diungkapkan sebagai sebuah lagu CINTA... yup! sebuah lagu CINTA yang memberi tahu kita tentang perjalanan kehidupan kita itu merupakan sebuah CINTA... Tak lain dan tak bukan CINTA yang aku maksudkan ialah CINTA kita pada Yang Maha PENCIPTA dan CINTA kita pada Alam yang berlainan dari apa yang kita nampak... Sebenarnya kehidupan kita adalah secepat Jarak waktu AZAN dan Solat... Ehm... aku bukan nak ulas yang tu tapi apa yang aku nak cakap ialah pasal apa yang kita buat di antara azan dan solat tuh... Cukup singkat hidup ini dan sedar tak sedar kita dah sampai ke destinasi... Dalam mengharungi perjalanan itu, telah banyak yang kita lakukan secara terbuka ataupun secara diam... Dan kita sangka itu hanyalah rahsia kita namun ALLAH itu maha mengetahui dan di kiri kanan bahu kita ada dua malaikat yang mencatat apa yang kita buat... Sebenarnya perjalanan hidup kita menuju ke satu arah... Di situ tanda tanya... di situ haluannya... Aku sendiri sedar yang aku masih dalam perjalanan dan apabila sampai pada mukasurat yang tertulis maka aku akan sampai ke destinasi... Dan di situ apa yang ku anggap rahsia selama ini akan terbongkar... Buat Pulau NAMOYAKI Terima kasih kerana menyedarkan aku dengan lagu nih... Aku harap Ulasan ni menjawap soalan anda!! BPR adalah Rockers dan aku juga ROCK... Aku juga suka kalau korang semua mahu membincangkan isu ROCK seperti ini dalam n3 nih... Cukup sampai sini dan kita bincang kalam komen n3 nih...


OK berbalik pada tajuk n3 nih aku nak tunjukkan sesuatu yang menakjubkan...Ehm satu lagik kejadian Tuhan yang unik yang baru aku tengok ari nih... Ciri-cirinya agak blues namun ade tersirat unsur-unsur KEDAMAIAN... Siapa sangka ada sejenis Tumbuhan yang berbunga seperti kasut kanak-kanak wanita... hahaha cuma saiznya tak dapat dikenalpasti... mungkin sais 3...





aku sendiri tak tau asal usul bunga kasut ni dari mana... Tapi yang pasti ia boleh di dapati di MARDI SERDANG... So kat sini aku nak ajak semua menikmati keindahan ciptaan Tuhan dan jangan sesekali kasi anak pakai bunga kasut nih untuk pegi raya... PEACE...

Wednesday, July 29, 2009

NAFISA

Bila gua ingat balik apa yang dah gua lalui dari dulu sampai sekarang, apa yang gua nampak semua perkara dah berubah... namun dalam hati nih gua rase gua sikit pun tak berubah... hanya perwatakan dan persekitaran saja yang berbah abis... Namun gua tetap dkama yang dulu dan tetap camtuh sampai bebila... Mungkin... Tetap suka melakukan perkara yang rutin cam dulu jugak walaupun orang len dah tak buat dah... Kat genting nih gua bakal di tinggalkan oleh kawan2 lama yang nak berambus mengikut haluan masing2... Dan kemungkinan selepas raya tinggal gua sorang je orang lama dan yang lain2 akan di ganti dengan orang baru... Apa akan jadi ngan gua lepas nih tak pasti... Tapi yang pasti gua tetap camnih... Orang lain dah lama berkukar rentak tapi Gua tetap Rock_Kapak... hahaha PEACE...

XPDC

Dikeheningan malam ini
Aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajarku
Sepanjang hari sepanjang malam

Dibenak ku kau sentiasa
Lalu memukau jiwa
Jadi sentimental lelaki ini

( korus )
Terkadang perjalanan jauh
Yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah curam yang ngeri
Aku harungi

Sepuluh musim yang benderang
Bagai direndam perasaan
Mentari terik tak terasa
Awan mendung berlalu berganti masa

Itupun dia kehadiran
Yang tak mungkin aku lepaskan
Dakap erat sepenuh kasih
Genggam genggaman ini menambah seri

Biarlah dunia beredar
Rentak sama kita berlari
Menuju titik permulaan
Belum tahu dimana ia berakhir

Tuesday, July 28, 2009

Sentuhan Cintaku Kehilangan Bisa...

Setelah satu purnama menjelma, Namun kutatap wajah kusam UNTA ku yang tersadai kaku tanpa aksi dari ku... Aku paham dan aku mengerti perasaannya namun cintaku kehilangan bisa... Aku mula pasrah dengan apa yang ada kerana di kalbu ini bukan hanya dikau sahaja wahai UNTA... SATRIA lambang keperkasaan ku di corner juga memiliki hati ini... Juga telah menjangkau empat purnama lamanya tak ku hiraukan... Ini lah bahana Sentuhan Cintaku Kehilangan Bisa... Namun kini ku nekad dan ku leburkan jua apa yang ada agar dirimu wahai UNTA bangun semula walaupun tidak segagah mana... Sedikit demi sedikit kubajai cinta ini agar dikau terus beraksi membawa ke mana ku pergi... Tanpa mu wahai UNTA, sungguh asing dunia ini... Dan hari ini jua aku sedar dikau masih berpantang dan tak mampu mendaki setinggi puncak genting... Sabar dahulu wahai UNTA kerana saatnya akan tiba dan seluruh papantanda akan menyaksikan cinta kita...


TAG DARI AKIM

Dalam melayari hari-hari malang aku kerana poket yang agak pokai ketika ini, maka aku pun membizikan diri aku dengan kerja2 yang bermanfaat bagi aku dan hanya untuk diri ku... Namun tanpa aku sedari rupanya aku kena TAG dari seorang sahabat bernama ABDUL HAKIM BIN ABDUL RAZAK yang berasal dari plenet NAMEK yaitu seangkatan ngan SON GOHKU... Beliau seorang yang... Malas aku nak cakap kat sini... kalau korang nak kenal klik kat sini jer lah...


1. Berapa umur anda?
Aku lahir 19/12/79 yang aku tau
Umur aku semakin pendek... Sehari, seminggu, setahun tapi tak mungkin seabad...
aku pun tak tau... Ampunkan aku kalau ada salah dan silap... hehehe

2. Anda berasal?
Aku berasal dari Nabi Adam dan Siti Hawa..
Tak pasti dari Habil atau Qabil tapi yang pasti dari mak ngan abah aku
PEACE

3. Berapa adik beradik anda? Anak yang ke? Brp lelaki n perempuan?
Lapan beradik! anak ke empat! empat gagah dan empat lembut!
Anak buah panggey aku PakJang

4. Sekolah terakhir anda?
SMKPJ
hahaha nak tau carik ar dalam peta Pahang

5. Bila terakhir anda memotong rambut?
16/07/2009
Aku ingat sebab aku memang selalu potong rambut lepas gaji...
Rambut yang pendek adalah gaya Rock zaman sekanrang kan??


6. Shampoo apa yang anda gunakan sekarang?
Cap Ayam kot... tak baca lebel la pulak
hahaha

7. Anda gemar menjahit? Kalau tidak nyatakan sebab
Apa barang menjahit... Tak Rock Langsung...

8. Jika duduk di rumah, adakah anda suka menghias diri
Tak sama sekali... kusut dan serabut lebih Ori...

9. Apakah kerja rumah yang paling malas anda hendak lakukan?
Basuh periuk belanga

10. Soalan terakhir...bagi 5 kenangan MANIS yang tak dapat anda lupakan sampai bila bila
Basking kat Pantai klebang Melaka... Jamming ngan kembar aku beserta seorang kawan bernama Lauk... Makan durian kat kat pangkin belakang umah aku... Mancing udang kat sungai Rompin..
KAHWIN
Tag ini dipanjangkan kepada:
Naruto
cicakmen
Bumblebee
seluruh penduduk plenet NAMEK
Tak lupa juga buat Wolvarine dengan ucapan ceria2 selalu
buat mereka2 yang tak pernah jawap TAG...

Sekian dahulu wasalam...
PEACE

Thursday, July 23, 2009

MAKANAN YANG JIJIK...

TIKUS GORENG
Makanan ini adalah makanan kegemaran sebahagian daripada penduduk Indonesia khususnya di manado. Bentuknya seperti ayam goreng. Bagi kita makanan itu yang pelik dan jijik sekali tetapi bagi mereka, tidak....

ROTI KUKUS DAGING KUCING.
Di Hong Kong daging kucing dimakan bersama roti kukus maka terhasilah satu aroma yang amat meloyakan. Nmun demikian itulah yang menjadi kegemaran bagi penduduk di situ. Cian si comel kan?

TESTIS BABI
Bagi sebahagian daripada penduduk sepanyol dan Kanada, testis babi dirincik halus-halus, kemudian dimasak dengan bawang putih dan pasli. Makanan pelik ini dinamakan Criadillas. Ramai juga yang suka testis ini di buat barbeku... hahaha ..

SMALAHOVE
Di Norwar Smalahhove adalah nama makanan berupa kepala kambing yang telah disalai selama beberapa hari. Setelah cukup kering, seluruh kepala kambing itu dimakan termasuk, mata, otak, lidah dan lendir-lendirnya sekali...

PUDING DARAH BABI
Di Trinidad puding darah babi dicampur remah-remah roti dan nasi telah menjadi makanan kegemaran mereka...

Satu soalan yang timbul di sini ialah antara makanan di atas dengan rasuah , yang manakah lebih jijik???



PEACE
Rujukan:MASTIKA ogos 2009 m/s 80

Saturday, July 18, 2009

lelaki perempuan jantan betina semut itik"kita Peng-Yu




:::PEACE:::