Friday, March 20, 2009

CABLE CAR SKYWAY

Sebagai memenuhi janji saya yang lepas, so aku akan lengkapkan cerita aku pasal skyway cable car.... Juga dipanggil sebagai kereta kabel yang mana merupakan pengangkutan kabel yang terpanjang di rantau asia tenggara... menakjubkan bukan?... bagi pengguna-pengguna jalan raya yang sudah bosan dengan kesesakan lalu lintas, Genting Highland telah pun menyediakan satu sistem pengangkutan kabel sepanjang 3.4km... pengangkutan kabel ini bermula daripada stesen Skyway hingga ke Hotel Highland.... kebiasaannya pada hujung minggu, hari cuti umum dan juga hari cuti sekolah bilangan pengunjung ke Genting Highland adalah berlipat kali ganda.... ini menyebabkan kesesakan lalu lintas yang agak teruk dari biasa di samping kekurangan tempat letak kereta di puncak Genting Highland..... Oleh yang demikian penggunaan kereta kabel adalah penyelesai masalah bagi kesesakan lalu lintas..... Stesen Skyway juga turut menyediakan kawasan letak kereta yang yang agak luas dan selamat supaya pengunjung-pengunjung selesa berkunjung ke Genting Highland..... pengunjung-pengunjung juga turut dapat menyaksikan keindahan hutan hujan tropika di sepanjang perjalanan pengangkutan kabel ini sebagai readah mata sebelum sampai ke destinasi yang di tuju.... Pengalaman menaiki kereta kabel adalah sesuatu yang teramat indah yang semestinya akan menarik minat anda untuk bercuti ke Genting Highland.....

Monday, March 16, 2009

SKYWAY'S MINI ZOO

Siapa sangka di dalam bangunan yang kecil dan di tengah-tengah kesibukan orang ramai yang lalu lalang mencari hala tuju dan destinasi mereka terdapat sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi.. Amazing Ten Animal kingdom merupakan mini zoo yang terletak di bangunan skyway genting... Apa yang menariknya di sini ialah terdapat lebih 500 spisis haiwan yang jarang ditemui di Malaysia... di antaranya ialah spisis ikan yang cantik dan unik, beraneka spisis burug yang menarik dan pelbagai retilia yang comel... semua haiwan disini pastinya menarik hari anda... dianggarkan lebih 200 orang pengunjung setiap hari yang mengunjungi mini zoo ini.... pengunjung yang mengunjungi tempat ini biasanya adalah pengunjung Genting Highland yang datang menaiki bas dan kereta kebel skyway.... Jadi sebelum mereka menaiki kereta kabel sempat juga mereka bersantai di sini dan melihat keunikan pelbagai jenis haiwan ciptaan tuhan... Harga tiket untuk masuk ke mini zoo ini ialah RM7.00 bagi kanak-kanak dan pengunjung tempatan dan RM12.00 bagi pengunjung luar negara............... Untuk menyiapkan artikel mengenai Mini Zoo ini saya dan kawan-kawan saya dibenarkan masuk percuma... ternyata mereka yang bertugas di sini agak ramah dengan pengunjung... Haiwan-haiwan yang dipelihara di dalam mini zoo ini juga kelihatan gembira mungkin disebabkan oleh layanan yang diterima. Pastinya anda akan berasa seronok apabila berada di sini nanti...(Gambar hiasan di atas adalah gambar saya dengan patung anjing dan bukan anjing hidup. catatan ini bertujuan untuk mengelakkan salah faham anda tentang saya)..