Sunday, October 11, 2009

INAI DI JARI SEORANG ROCKERS SEJATI

Sedar tak sedar detik itu kembali dan kita ulangi... ops haha tersasul lirik lagu pulak... ok sedar tak sedar aku dah pun mendirikan rumah tangga selama hampir setahun... maka dengan ini sedah hampir setahun jua lah aku menamatkan zaman bujang aku dan bergelar suami orang... Namun dalam melayari hari2 yang mendatang aku masih lagi seperti orang bujang sebab megi menjadi rutin harian aku... bukan kerana isteri tercinta malas nak masak tapi sebab kami duduk berasingan... hari semakin hari tanggungjawab semakin besar pala hotak makin serabut... maka aku meneruskan jua kehidupan aku seadanya sekarang... apa yang aku merepek nih... aku sebenarnya nak cerita pasal inai dijari aku semasa aku kawen dulu... dah lama padam dah... maka dengan terpadamnya inai tersebut aku pun memulakan hidup baru seperti sedia kala sehingga suatu petang di mana aku nampak anak buah aku ngan geng2 beliau menumbuk inai... hahaha aku pun mula lah buat perangai.... Dengan menggunakan VETO aku sebagai bapak saudara yang rockers aku mintak diorang jangan pakai inai tu selagi aku belum pakai.... So dengan iktizam diorang memakaikan inai di jari aku dengan begitu kreatif sekali sebab aku nak inai kat jari aku nampak ROCK... So inilah hasilnya... hahaha... TQ buat anak2 buah aku kerana memahami jiwa dan raga PakJang Rock mu ini...