Pages

Tuesday, December 20, 2011

Pendidikan Sex

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah rendah bertanya kepada daddynya,

“Daddy daddy, sex tu apa, daddy..?”

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil – sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan.

Maka, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden. Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

“Eh kenapa ni?” Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

“Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!”

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis:


NAME : .................................
SCHOOL : .................................
CLASS : .................................
SEX : .................................





=PEACE=

Thursday, December 15, 2011

TEKA TEKI...

Aku ada 3 kepala
6 tangan dan
12 kaki

SIAPAKAH AKU?









Jawapannya ialah :-

Akulah Penipu



PEACE

Friday, December 9, 2011

Dkama Dalam Blues..

InsyaAllah
Akan ku
UPDATE

PEACE

Thursday, September 15, 2011

Open House...

Untuk esok lusa dan tulat... Adoi... Banyak sangat open house ni... mana satu aku nak pegi dulu... Doakan aku tak jadi lebai malang....


PEACE...

Wednesday, May 18, 2011

SK Selancar Dua...

Di sini lah bermulanya
Putik harapan bangsa
di sinilah mutiara
Ilmu penyuluh dunia

Bakti guru mendidik ku
Akan ku kenang selalu
Restuilah usaha kami
Demi untuk pertiwi

S.K. Selancar dua
Indahnya Sekitar mu
Nyamannya udara mu
Bagai membangkitkan semangat

S.k. Selancar dua
Kebanggaan kami semua
Terus maju, tingkat mutu
Generasi ku maju
Generasi berilmu

p/s : Selamat hari guru buat buat guru2 S.K Selancar Dua, Buat bekas pelajar S.K Selancar Dua yang dah jadi guru dan tak lupa jugak buat tok guru yang ajar aku mengaji al Quran...

PEACE...

Sunday, February 27, 2011

DALAM KEHADIRAN BLUES...

Lokasi : Port Dikson
Date : 26 Feb 2011
Time : 1845pm



BUKTI -FIQ

Dalam lembah yang gelita

Tak nampak wajah

Apatah nak ku melangkah

Merangkak pun payah

Percik api menyala

Bagai satu petanda

Jauh mana kan aku damba

Dalam jiwa yang cedera

Tak nampak cinta

Apatah nak ku gembira

Tersenyum pun paksa

Bibit kasihmu dinda

Susah mana pun aku

Akan menyusurinya

Air… mata….

Ku tahan

Mengalir lesu d

alam kalbu

Dingin.. lalu…

Membeku

Menjadi bukti luhur niatku

Dalam hidup yang gelora

Tak nampak dosa

Apatah nak bercinta

Merindu dedah..

Kerdip sinar di mata

Bagai satu petanda

Sukar mana kan aku puja

Hanya kepadamu

Tinggal harapan kasih

Buat diri ini

Kembali berasmara



Lagu kat atas tu takde kena mengena ngan aku... Yang aku tau lagu tuh macam saja je nak mengutuk aku... "Merangkak pun payah"berdesing gak telinga aku bila sampai kat ayat tu... Kadang2 aku rasa dunia ni segaja taknak memahami aku... Dan kadang2 aku rasa sangat2 terasing... Sebab tu aku buat keputusan untuk mengembara... Aku nak pergi jauh dari Kehidupan manusia2 durjana... Dan aku nak lari jauh sejauh jauhnya... Au nak mencari identiti aku sendiri... aku nak mengenali dunia dari sudut pandangan aku sendiri... Aku nak mencari KEDAMAIAN yang selama ini aku dambakan... Aku akan buktikan pada semua yang aku ini tak selemah yang disangka...

Dapatkah aku membuktikannya... FUHH!! hela nafas yang agak hampa sebagai ganti kepada jawapan yang belum tiba... Namun aku kukuhkan nekad... Dan yang pasti nekad ku kali ini adalah seteguh karang di lautan... Biarlah kehampaan yang aku bakal terima... Biarlah kekecewaan yang bakal mengundang tiba... Biarlah Kejayaan yang akan kuterima agak nipis kemungkinannya... Walau senipis sutera sekalipun akan ku cuba untuk buktikan pada dunia... Biarlah sebesar mana risiko yang perlu aku hadapi namun kali ini aku tetap bernekad untuk meneruskan perjuangan yang selama ini ku cari... Aku cuma mahukan Kedamaian... Aku cuma mahukan Kebebasan... Aku cuma mahukan Keamanan... maka untuk itu biarlah nekad ku ini ku anggap sebagai JIHAD...

Aku sedar aku ini lemah... Ketika orang lain sudah mula bertatih aku masih lagi merangkak perlahan... Perjalanan sepanjang 100m adalah beban seperti 100km jauhnya bagi ku... namun dengan kesungguhan aku... pintu kebebasan cuma tinggal beberapa jengkal sahaja lagi di hadapan... Segala usaha ku selama ini terasa berbaloi baloi... Penat lelah selama ini hilang sekelip mata... sinar kebahagiaan sedang menanti ku di depan mata... Selepas ini aku akan menikmati kedamaian yang selama ini aku impikan...







Aku dalam cerita di atas... hehe..



=PEACE=

Monday, February 21, 2011

Hujan...

Keluar rumah pukul 4.30pm terus gi kedai ikan beli umpan... Pastu singgah kat carwash dulu... sampai kat lokasi dalam pukul 5.15pm... pasang umpan letak mata kail dalam air... tiba2 ujan... tesen wei... kemas2 terus balik... sampai umah kereta yang baru basuh pon dah hilang kilat... ehm... Sabar je la...


=PEACE=

Monday, January 24, 2011

CROMOK - Misery



Kalau ikut pada buku sejarah Tingkatan 2 yang ada dalam Kepala hotak aku Cromok terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Din, Miji, Sam dan karl... Sejah yang tercatat dalam kepala hotak aku ni agak sikit sebab otak aku pon sempit... Maka aku buat keputusan untuk tanya ngan Google... Maka luas ar sikit sejarah kumpulan cromok ni di mata aku... hahaha...

Cromok merupakan sebuah band Trash Metal yang terdiri dari pada pelajar2 Malaysia yang melanjutkan pelajaran di luar negara... Ditubuhkan pada tahun 1987 di Australia dan aktif dalam arena muzik underground ketika itu dan merakam album pertama diorang di sana yang bertajuk "Image of purity"... pada tahun 1991 ketika karl miji dan Sam habis belajar dan pulang ke tanah air baru "Image of purity" di edarkan di Malaysia menerusi Valentine Records... masa tu Din masih belum habis belajar lagi... ok korang layan ar dulu lagu ni... kalau ada yang minat lain kali aku sambung cerita pasal cromok...\m/


=PEACE=

Tuesday, January 11, 2011

SUATU KETIKA - Part 7

Sedar tak sedar hari ni aku dah pun mengharungi 4 kelas yang amat membosankan... blurr kepala hotak aku. kejap... hahaha... Hari ni abang Jaafar tak bukak kedai... Secara automatiknya aku mendapat unpaid leave... Best betul rasa bila dapat cuti hahaha... Jadi misi aku petang ni ialah, aku nak main bola tampar ngan budak2 seni bina... Diorang dah banyak kali petik aku untuk main ngan diorang tapi aku bekerja pada waktu petang... So cam biasa aku akan cakap kalau aku ada masa nanti aku main... boleh la... Alasan yang menyedapkan hati jugak la kiranya... hahaha...

Tapi sebelum tu, masih ada satu perkara yang belum selesai... Alamak... baru aku teringat yang aku ada janji dengan seseorang... Aduss... Serta merta wajah ayu Azira terbayang dek kepala hotak aku yang tengah blurr ni... Belum pun bayangan itu terpadam aku pon terus menunggang motosikal aku menghala ke rumah Azira... setibanya aku di rumah azira...
Aku terpandang wajah Azira sedang menanti ketibaan aku di hadapan rumahnya...

"Assalamualaikum..."

Azira yang entah berapa lama menunggu aku di hadapan rumahnya menjawab..

"Wa alaikumus salam... Ingatkan tak datang tadi... "

Wajah Azira kelihatan sedikit muncung...

"Ala pernah ke kama lupa janji... Sapa ada kat dalam?"

"Ada mak ngan Abah la, sapa lagi... masuk la..."

Aku dipersilakan masuk oleh Azira... Tatatertib perlu dijaga... Sebab tu aku tanya siapa ada di rumah... Bukan semuadah itu aku nak masuk ke rumah perempuan ketika keluarganya yang lain tiada di rumah... Azira menunjukkan aku PC nya yang rosak dan aku segera membuka Cassing... Lagak seperti seorang yang Pro, aku pon menyapu habuk menggunakan berus... (depan awek ni beb!!) Ku bersihkan sekitar Power Supply dan CPU... Aku cabut RAM Chip dan pasang balik... Lepas tu aku sambung semua cable dan aku on PC tu... hahaha... Nampaknya aku tak payah buang masa untuk masalah kecik ni...

"Sekarang dah ok... tengok la"

"Eh cepatnya... Apa yang problem ye?"

Aku tak menjawap soalan tu... tengah berlagak Pro la katekan... hahaha...

"Ehm cuba Zira restart... kama nak tengok ada masalah lain tak..."

Azira menurut arahan aku dan ternyata PC tu takde masalah... Apa yang berlaku tadi ialah RAM Chip PC tu longgar... hahaha... Aku dah mula memahami kerenah PC dan aku boleh main bola tampar petang ni... Selepas semuanya selesai aku pon beransur dari rumah Azira... Sempat jugak aku kenyit mata kat dia hahaha...

Aku sampai di rumah dengan hati yang berbunga bunga dan terus masuk bilik... Ada satu kewajipan yang mesti aku buat... Setelah asar terlaksana baru lah aku bersiap untuk ke gelanggang bola tampar... Malang tol nasib aku sebab kat gelanggang bola tampar tak ada sapa2 pon... Nampaknya misi aku tak berjaya hari ni... Aku terus buat keputusan untuk bermain takraw bersama belia Taman tempat aku tinggal... Sampai di gelanggang takraw...

"Wei Rock... Lama tak datang main..."

"Ni pon nasib2 je dapat main... bang Jakpau tutup kedai"

Jawap ku kepada hapis dengan loghat melaka... Aku pon tak sangka yang loghat melaka dah jadi kebiasaan aku bila bercakap ngan diorang... hahaha... kira boleh la kalau aku jadi menantu orang melaka lepas ni... hahaha... Dan petang tu, setelah misi pertama aku gagal, maka aku teruskan dengan misi yang kedua iaitu bermain takraw... Sampai maghrib baru kitorang stop n balik umah...

Lepas aku selesaikan apa yang patut, aku pun mengadap PC aku yang masih terburai isi perutnya di atas sejadah tu... Aku nak buat Assigment tapi pala hotak aku serabut... Tak tau nak mula dari mana... last2 aku bukak winamp n pasang lagu2 kesukaan aku dulu... Lepas tu baru aku mula dengan assigment programming sambil didendangkan oleh suara lemak berkrim Awie dari kumpulan Wings...


LIPAS KUDONG

Dalam luka kau masih nak lari
Mana kau nak pergi
Bila tak ligat apa nak buat
Terimalah takdir mu
Kau bawa lendir dari buntut mu
Telur diberi di lantai retak

Lipas kudoooooooooong
Lipas kudooooooooooooooooooooog

Mana rakan dan teman kongsi
yang bersarang di sini
Tak usah lagi berangkuh diri
Tak usah minta ampun
Dunia ini telah kau racuni
Kini tempat mu di dalam api

Lipas kudooooooooooooooooooooog
Lipas kudooooooooooooooooooooog

Dalam gelap engkau bermaharajalela
Cuba tengok kau kini di pentas nyata

BARU KAU KENAL PENANGAN KU
HAHAHA





Tengah best aku buat kerja, kepala pun penuh dengan macam2 idea tiba2 satu suara potong stim dari luar bilik aku...

"wei ada call untuk ko... cepat sikit kang merajuk pulak awek tu"

Suara hisham rakan serumah aku... Sapa la pulak yang call agaknya.?... aku terus ke ruang tamu dan menjawap telefun...

"Hello"

"Hello Kama... Zira ni... sebok ke?"

Nak je aku terus terang yang aku tengah sebok buat programming... Tapi nak menjaga Hati punya pasal aku layan ar jugak...

"Ehm sibok ar jugak... Macam biasa... Napa? PC buat hal lagi ke?..."

"PC dah ok... Thanks... Pandai kama Repair... Besok petang kama free tak?"

Alamak!!

"Sok petang kama tak kerja... Kedai tutup sebab ada pasar malam... Napa?

"Kalau macam tu boleh la temankan Zira gi masjid al Azim... Boleh kan?"

"Tok kadhi dah bagi tau yang kita nak gi sana esok?"

Selamber aku bergurau... hahaha

"Kama ni ke situ pulak... Jangan nak berangan... Kita pegi pustakaan dekat masjid tu la..."

"hahaha... gurau sikit pun tak boleh... Nak buat apa ye sebenarnya?"

"Nak cari sumber untuk presentation group kita... Tak ingat ye? subjek Usahawan..."

"A ah la... lum buat apa2 lagi kan...? ok sok kita cari sumber pastu nanti ada masa kita panggil semua group kita meeting"

"Ok besok lepas abis kelas kita terus pegi k... Kama jangan lupa bawak helmet 2 dua tau... ok bye kama..."

"Bye"

Aku letak ganggang tapi fikiran aku terus melayang... Bawak helmet 2... aduss... banyak persoalan timbul... Dalam ramai2 ahli kumpulan kenapa aku yang dia minta untuk temankan?... Macamana dia boleh percaya kat aku n nak naik motor ngan aku lagi...? Arghhhh serabut... aku terus masuk bilik aku n sambung kerja aku balik... tak sampai setengah jam pun aku buat kerja...
zzzZZzzzZZzzzz....





P/s : Nanti aku sambung lagi...




=PEACE=