Tuesday, December 20, 2011

Pendidikan Sex

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah rendah bertanya kepada daddynya,

“Daddy daddy, sex tu apa, daddy..?”

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil – sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan.

Maka, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden. Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

“Eh kenapa ni?” Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

“Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!”

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis:


NAME : .................................
SCHOOL : .................................
CLASS : .................................
SEX : .................................





=PEACE=

Thursday, December 15, 2011

TEKA TEKI...

Aku ada 3 kepala
6 tangan dan
12 kaki

SIAPAKAH AKU?









Jawapannya ialah :-

Akulah Penipu



PEACE

Friday, December 9, 2011

Dkama Dalam Blues..

InsyaAllah
Akan ku
UPDATE

PEACE