Tuesday, November 23, 2010

Search : Melintasi Batas (HQ Audio)


Layan la lagu ni camana aku enjoy dengan lagu ni... PEACE...

Monday, November 22, 2010

Sebatang Tongkat Untuk Berdiri...

Ketika haus, kau ku berikan secawan susu
Agar kembali tenagamu
Ketika lemah hulurkan
Sebatang tongkat
Agar kau terus berdiri

Ditengah kejayaan
Kau lupa diri dihasut bayangan
Dari emosi hatimu

Tongkat kau lontarkan
Baktinya kau lupakan
Dan secawan susu
Yang pernah menyambung hayatmu
Merenung bintang di langit tinggi
Jangan tertipu
Manakah tempat kau berdiri


Berdirinya saya di sini adah untuk menyampaikan sebuah pantun... Maka dengarlah pantun hamba... " Pecah Kaca Pecah Gelas... Hutangmu dah berbalas".. Hahaha Pantun la sangat... lalalalalalala hati ku gembira... korang taip je kat youtube lagu kat atas ni... pastu layannn... ehm... Best tak lagu ni?... Terus terang aku cakap aku tak minat ngan rentak lagu ni... Aku lebih suka dengan rentak yang lebih keras sekeras karang di lautan... Tapi atas permintaan dari seorang sahabat yang amat meminati lagu ni maka aku huraikan lah mengikut cita rasa aku...

Lebih kurang sama dengan = pepatah melayu yang selalu diungkapkan di telinga Mr Bean... "seperti kacang melupakan kulit.." Adakah Mr. Bean masih kenal dengan kulitnya...? Tapi apa yang di ketengahkan oleh lagu ini adalah bukan sekadar Mr. Bean jatuh longkang dan bukan sekadar Kacang lupakan kulit... Jom kita tengok sama-sama...

Rangkap pertama menerangkan tetang susu dan tongkat yang menjadi sokongan buat seseorang... Susu memberi tenaga di kala kehausan dan tongkat memberi kekuatan untuk berdiri... Rangkap ke dua yang amat pendek dan rangkap ketiga membawa maksud kita selalu lupa setelah datang kejayaan pada kita... Kita selalu lupa pada susu yang pernah memberi kita tenaga.... Kita lupa pada tongkat yang membuat kita teguh berdiri... Dalam kepala kita disemaikan oleh nafsu serakah untuk berkata aku segalanya adalah kerana kekuatan aku... segalanya adalah dari kudrat ku... segalanya adalah dari keupayaan ku... Mana pergi fungsi susu dan mana hilang fungsi tongkat...? Dalam keghairahan kita berlari selalu kita lupa yang kita pernah bertatih... Dan dalam pantas kita berlari ingatkah kita suatu masa dulu kita pernah merangkak...?

Sambungan dari Rangkap ketiga juga berunsur nasihat pada yang lupa akan fungsi susu dan fungsi tongkat... Nasihat jangan tak nasihat... Bagi aku secara keseluruhannya, "Sebatang tongkat untuk berdiri" membawa erti sokongan yang kita gunakan untuk kita berjaya... Tetapi mungkin penulis kekurangan sumber mengenai tongkat dan untuk melengkapkan lagu ini maka susu digunakan secukup rasa untuk menambah seri pada lagu ini...

Best gak tajuk lagu ni... "Sebatang Tongkat Untuk Berdiri" Unik dan membawa maksud yang dalam... Tapi sayang liriknya tak menghurai maksudnya yang dalam... Wokeyy jom kita fokus kepada tajuk lagu ni dan kita lupakan pasal liriknya... hahaha... boleh ke camtu?... Sebenarnya kita tak perlu sakit kaki untuk menggunakan tongkat... Dan kita tak perlu menunggu tua untuk menggunakan tongkat... Tongkat boleh digunakan setiap masa jika mahu... Tongkat membantu kita untuk teguh berdiri... Tongkat membuat kita yakin bila berjalan... Tongkat juga membuat kita unik pada pandangan mata orang lain... Mengapa kita malu untuk bertongkat? untuk sahabat aku yang meminati lagu ni, kalau ada pandangan senriri sila lah huraikan...


p/s :- Menggunakan tongkat itu adalah sunnah nabi...


=PEACE=

Tuesday, November 16, 2010

AKU ADALAH DOT DOT DOT.

Masa sekolah dulu aku pernah kena buat karangann "Aku adalah sepasang kasut"... Maka dengan penuh semangat kekasutan aku menjadi kasut yang hensem lalu di kasihi oleh tuan aku... Namun aku dipijak-pijak oleh orang ramai pabila aku ditinggalkan oleh tuan aku di tangga Masjid... Hahaha itu cerita masa aku kecik2 dulu... Waktu kecik lagi kita diajarkan supa boleh berkhayal ke alam fantasi atau boleh berfikir di luar kotak pemikiran... Karangan2 yang seumpama ini dah semakin popular bila aku tengok kat rancangan Raja Lawak Astro... Kumpulan sepah menjayakan tajuk ni dengan berlakun menjadi kapur... hahaha... korang tengok ar sendiri raja lawak... Di zaman serba canggih ni maka terhasillah perbualan ringkas melalui FB... jom kita saksikan... Peeeweeeet...




Klik pada image untuk tumbesaran..

Monday, November 15, 2010

Pelik Tol Perangai Dya Adriza & No 25

Wokeyyy... Aku mulakan dengan Dya Adriza... Jeng jeng jeng... Alamak takde Intro yang lebih saspen dari ni... maap je la... ok Dya Adrza seorang yang Biru... Sejauh mana birunya aku tak tau yang aku tau dia kasi aku tag untuk dijawap... Mungkin dengan tag boleh mengeratkan silaturrahim dan silaturrahman... hahaha... Ok sapa2 yang lum kenal ngan Dya adriza boleh klik kat nama dia ni... DYA ADRIZA

Angka 25 selalu jadi mengingatkan aku pasal mat rempit kampung aku dulu... Kat selangor diorang gelarkan team diorang 25team... pastu kat segamat diorang gelarkan team diorang Tu-Pai Team... tahun 96 kalau tak silap aku... lama dah cerita tuh... 25 yang wajib kita tahu ialah 25 rasul... Korang mesti pelik... Apa kaitan antara Dya Adrza dengan no 25... sekali lagi jeng jeng jeng... Tag dia bertajuk 25 perkara yang pelik pasal aku... hahaha susah gak aku nak jawap... kalau yang pelik pasal korang senang sikit aku nak taram...

Di petang nan damai ini maka bermulalah episod aku mencari ilham... Aku tanya kat seorang kawan FB yang bernama Norita Mohd.. tapi jawapan dia suma satu je... makna nya aku kena cari lagi 24.... Cari punya cari punya cari... makan terjawap lah sudah segalamnya dan di kala itu kepala aku dah terlangkop depan lappy aku... hahaha

25 perkara yang pelik pasal aku...

1 Aku memang pelik sebab aku tak perasan yang aku ni pelik... Pelik kan? Pelik tapi tak heran...

2 Aku akan isap rokok bila aku tengah diposit dalam toilet...

3 Aku akan buat kerja cepat2 sebab aku nak relexs lepastu tapi dapat pulak kerja baru bila kerja tadi dah siap... yang peliknya esok aku akan buat lagi camtu... hahaha...

4 Muka aku sedikit bengis tapi aku ramai kawan... hahaha pelik tapi benar..

5 Aku boleh hidup dalam hutan dan aku boleh hidop kat bandar... Memang la semua orang boleh jugak... Tapi apa yang aku maksudkan ialah... Dulu aku kerja kat estate dan aku hidup dengan aman dan damai... Di kala itu aku penuhkan rutin harian aku dengan kerja, mancing, tembak ikan, jerat landak, racip ayam, racip puyuh, cari petai dan macam2 lagi... Sekarang aku kerja kat bandar aku merempit, tengok wayang, berblog, layan Astro... Aku buat je lah apa aku nak buat janji ROCK... hahaha

6 Aku belajar tak tinggi mana tapi ada la jugak Diploma... Result aku tak la cemerlang mana tapi ok... Yang peliknya aku lebih suka kerja kat kedai makan... Dan sekarang aku jadi PakGad je... Hahaha

7 Umur dah libih tapi perangai cam budak2... No komen... PEACE...

8 Teramat suka mencari maksud yang tersirat... hahaha suka berfikir yang bukan2...

9 Seperti yang sedia maklum aku ni memang kuat merapu... Dari aku kecik lagi sampai sekarang...

10 Orang nampak aku rendah tapi sebenarnya aku lagi tinggi dari orang tu kalau ukur... Aku mmg pelik sangat napa orang cakap aku pendek...

11 Tak minat Filem Hinustan... Tapi kalau orang pasang aku layan jugak... Hahaha

12 Suka main gitar tapi tak pandai2 sampai sekarang...

13 Tak suka menghampakan orang tapi akhirnya aku yang hampa... pon no komen gak...

14 Benci dengan bunyi HP walaupon yang call aku tu insan yang tersayang... Tapi sukan bunyi alam...

15 Suka bergaya depan cermin... Tapi tak suka sikat rambut...
16 Tak suka bau busuk dan lebih tak suka bau wangi...

17 Tak suka pakau minyak Rambut

18 Aku akan menyanyi bila bagun tidur...

19 Suka tengok wayang tapi kedekut nak keluar duit beli tiket...

20 Suka sangat makan satey... tak makan nasi tak pe janji makan satey... 20 cucuk tak cukup beb!... hahaha...

21 Berkawan dengan perempuan... Yang ni yang sangat2 aku pelik sebab aku tak berkawan dengan perempuan dari kecik sampai aku besar... Tapi sekarang aku dah ramai kawan... Lelaki ke perempuan ke aku dah tak kesah...

22 Cepat terikut dengan falsafah2 bingai Rockers tanah air... contohnya... "Makwe boleh cinta tarak"... "Kita Peng Yau"... n macam2 lagi...

23 Suka memasak... hahaha aku tak tau kenapa tapi aku suka orang rasa masakan aku... Kedamaian ada di situ... PEACE...

24 Peramah sangat dan mudah mesra... kadang2 kat kedai kopi kawan2 aku malu ngan aku... ntah sapa2 aku tegur... hahaha...

25 Terlalu banyak kebetulan dengan nama aku... Kat sekolah orang panggil aku Aman dan aku belajar di kelas 5 Aman... dan aku suka keAmanan... sekarang aku jadi pakGad untuk memelihara KeAmanan... Yang penting aku jarang kena Saman...

Buat Dya Adriza... aku dah bayar hutang... Tag ni aku tak panjangkan pada sesapa pon... Tapi kalau ada rakan2 bloger nak buat kasi tau aku... Best jugak baca Tag orang... haha..

=PEACE=

Sunday, November 14, 2010

Friday, November 12, 2010

SUATU KETIKA - Part 5

Suara yang kedengaran datangnya dari seorang kawan...

"Apa nak jadi ko ni Rock... Jom!"

Perhhh... Darah aku serta merta naik... Bagi aku dia yang tak tahu hujung pangkal seperti menyalahkan aku... Apa yang berlaku tadi sebab menolong seorang kawan... kalau dia di tempat Azan mesti aku akan tolong jugak...

"Nak jadi apa bendanya...?"

Aku sengaja balas soalan dia dengan soalan jugak dan terus berlalu dari situ...

"Ko tu hah... Magrib ntah ke mana... Isyak ntah ke mana... tau tau dah subuh baru balik... cepat ar bersiap aku tunggu ni.."

Tersentak aku tiba-tiba... hahaha sangkaan aku salah rupanya.... Aku ingatkan dia nampak pakaian aku kotor punya pasal... Rupanya dia tak tau yang aku baru lepas bergadoh... Terharu jugak aku dengan sahabat cam dia... cuma sahabat je yang akan mengingatkan kita pasal solat ni... Aku terus masuk bilik untuk ambil tuala...

"Ijat.. aku mandi jap.."

"ok"

Selesai mandi aku bergegas masuk blik untuk bersiap... kain pelikat dan baju melayu aku sarung... lepas tu aku capai kopiah dan masukkan dalam poket baju...

"Ijat jom jangan terhegeh hegeh... Let's Rock n Roll... Waktu dah nak masuk dah ni..."

"Rock n Roll pala hotak lu... Aku tunggu dia bersolek suka suka aku pulak yang yang terhegeh hegeh... Ni hah"

tak pasal pasal aku yang macho di subuh nan hening ni ditunjukkan dengan jari tengah terpacak oleh kawan baik aku sendiri..."

"Hahaha... Ko ni tak leh gurau lansung..."

Kami pon keluar dari rumah menuju ke surau yang terletak di barisan belakang rumah kami... Sampai di surau kelihatan dua tiga orang sedang mengambil wuduk... Aku buat tak paham dan terus join sekali... Jemaah tak ramai... Biasa ar subuh la katakan... Aku dok baris depan... hahaha time subuh je la depan... Time lain jangan harap.. manjang belakang je... Tiba tiba imam bersuara pulak...

"Hah apa lagi qamat la... "

Alamak...

"Ehm kalau camtu saya kena amik wuduk sekali lagi ar... wuduk yang tadi untuk sembahyang... Untuk qamat saya tak amik lagi... Tapi tadi saya nampak Ijat amik wuduk 2 kali mam... boleh ar dia qamat"

"Issk aku pulak kena"

Perh selamber aku begurau ngan imam sebelum sembahyang... Tapi tektik aku menjadi... Tak pasal pasal ijat jadi bilal aku subuh tu... hahaha...



Bersambung lagi...



=PEACE=