Sunday, February 27, 2011

DALAM KEHADIRAN BLUES...

Lokasi : Port Dikson
Date : 26 Feb 2011
Time : 1845pm



BUKTI -FIQ

Dalam lembah yang gelita

Tak nampak wajah

Apatah nak ku melangkah

Merangkak pun payah

Percik api menyala

Bagai satu petanda

Jauh mana kan aku damba

Dalam jiwa yang cedera

Tak nampak cinta

Apatah nak ku gembira

Tersenyum pun paksa

Bibit kasihmu dinda

Susah mana pun aku

Akan menyusurinya

Air… mata….

Ku tahan

Mengalir lesu d

alam kalbu

Dingin.. lalu…

Membeku

Menjadi bukti luhur niatku

Dalam hidup yang gelora

Tak nampak dosa

Apatah nak bercinta

Merindu dedah..

Kerdip sinar di mata

Bagai satu petanda

Sukar mana kan aku puja

Hanya kepadamu

Tinggal harapan kasih

Buat diri ini

Kembali berasmara



Lagu kat atas tu takde kena mengena ngan aku... Yang aku tau lagu tuh macam saja je nak mengutuk aku... "Merangkak pun payah"berdesing gak telinga aku bila sampai kat ayat tu... Kadang2 aku rasa dunia ni segaja taknak memahami aku... Dan kadang2 aku rasa sangat2 terasing... Sebab tu aku buat keputusan untuk mengembara... Aku nak pergi jauh dari Kehidupan manusia2 durjana... Dan aku nak lari jauh sejauh jauhnya... Au nak mencari identiti aku sendiri... aku nak mengenali dunia dari sudut pandangan aku sendiri... Aku nak mencari KEDAMAIAN yang selama ini aku dambakan... Aku akan buktikan pada semua yang aku ini tak selemah yang disangka...

Dapatkah aku membuktikannya... FUHH!! hela nafas yang agak hampa sebagai ganti kepada jawapan yang belum tiba... Namun aku kukuhkan nekad... Dan yang pasti nekad ku kali ini adalah seteguh karang di lautan... Biarlah kehampaan yang aku bakal terima... Biarlah kekecewaan yang bakal mengundang tiba... Biarlah Kejayaan yang akan kuterima agak nipis kemungkinannya... Walau senipis sutera sekalipun akan ku cuba untuk buktikan pada dunia... Biarlah sebesar mana risiko yang perlu aku hadapi namun kali ini aku tetap bernekad untuk meneruskan perjuangan yang selama ini ku cari... Aku cuma mahukan Kedamaian... Aku cuma mahukan Kebebasan... Aku cuma mahukan Keamanan... maka untuk itu biarlah nekad ku ini ku anggap sebagai JIHAD...

Aku sedar aku ini lemah... Ketika orang lain sudah mula bertatih aku masih lagi merangkak perlahan... Perjalanan sepanjang 100m adalah beban seperti 100km jauhnya bagi ku... namun dengan kesungguhan aku... pintu kebebasan cuma tinggal beberapa jengkal sahaja lagi di hadapan... Segala usaha ku selama ini terasa berbaloi baloi... Penat lelah selama ini hilang sekelip mata... sinar kebahagiaan sedang menanti ku di depan mata... Selepas ini aku akan menikmati kedamaian yang selama ini aku impikan...







Aku dalam cerita di atas... hehe..



=PEACE=

7 comments:

HonEyBuNNy said...

moga damai selalu...Peace...;-)

dkama said...

hahaha kedamaian ada di sana... PEACE...

Syakiela said...

be strong k...teruskan pengembaraan,lagi jauh kita berjalan,lagi banyak pengalaman yg kite dapat...chill k =)

Nek Cun said...

Tiada kedamaian yg abadi di dunia ini... Teruskanlah perjalanan untuk mencari kedamaian yang kekal di syurga Allah kelak!...

ciK LyndaWawa igUana said...

kesiannye......

sekamar rindu said...

salam....

lama dah tak pergi PD ni....

meo said...

scarynye org pasir tue