Friday, March 20, 2009

CABLE CAR SKYWAY

Sebagai memenuhi janji saya yang lepas, so aku akan lengkapkan cerita aku pasal skyway cable car.... Juga dipanggil sebagai kereta kabel yang mana merupakan pengangkutan kabel yang terpanjang di rantau asia tenggara... menakjubkan bukan?... bagi pengguna-pengguna jalan raya yang sudah bosan dengan kesesakan lalu lintas, Genting Highland telah pun menyediakan satu sistem pengangkutan kabel sepanjang 3.4km... pengangkutan kabel ini bermula daripada stesen Skyway hingga ke Hotel Highland.... kebiasaannya pada hujung minggu, hari cuti umum dan juga hari cuti sekolah bilangan pengunjung ke Genting Highland adalah berlipat kali ganda.... ini menyebabkan kesesakan lalu lintas yang agak teruk dari biasa di samping kekurangan tempat letak kereta di puncak Genting Highland..... Oleh yang demikian penggunaan kereta kabel adalah penyelesai masalah bagi kesesakan lalu lintas..... Stesen Skyway juga turut menyediakan kawasan letak kereta yang yang agak luas dan selamat supaya pengunjung-pengunjung selesa berkunjung ke Genting Highland..... pengunjung-pengunjung juga turut dapat menyaksikan keindahan hutan hujan tropika di sepanjang perjalanan pengangkutan kabel ini sebagai readah mata sebelum sampai ke destinasi yang di tuju.... Pengalaman menaiki kereta kabel adalah sesuatu yang teramat indah yang semestinya akan menarik minat anda untuk bercuti ke Genting Highland.....

No comments: