Pages

Friday, August 21, 2009

PEACE...

KEPALA HOTAK
MATA
TELINGA
MULUT
HIDUNG
TANGAN
PERUT
HATI
LIMPA
GINJAL
EHEM EHEM
KAKI


PHEEEEEWEEEEEET
SUMA KENA PUASA TAU...

Sunday, August 16, 2009

REMIFASOLATIDO... TIDO JAP...

Akan ku genggam cita cita yang menbara
Di hati yang sehangat sinar mentari
Tak ku lepaskan dan tak mungkin aku campakkan
Cinta suci KEDAMAIAN ada di sana...

...PEACE...

Monday, August 3, 2009

A Pair Of Lady Shoes

Sebelum aku memperkenalkan apa itu lady shoe, aku nak berkongsi sesuatu dengan korang semua... Sebenarnya aku terpanggil oleh EN. Pulau NAMOYAKI pada ulasan n3 aku yang lepas... Dia mintak aku ulas sikit pasal lagu BPR... Juga dikenali dengan nama BumiPutra-Rockers... ok tengok lirik dulu...

Sudah Sampai Sini

Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini

Bergerak
Berlagu hanyalah seketika
Tinggal aku dalam kerugian
Dia pasti pegi
Dia terus pergi

Selagi terikat satu janji setia
Selagi itu tercatit kisah semua
Di sana kepastian akan menanti kita

Di situ tanda tanya
Di situ haluannya
Di situ tanda tanya
Di situ haluannya

Antara kau aku ada satu rahsia
Pasti terbongkar di tarikh yang tersedia
Tersenyum dan menangis satu antara dua

Selagi terikat satu janji setia
Selagi itu tercatit kisah semua
Di sana kepastian akan menanti kita

Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini


Sebenarnya aku kurang meminati lagu-lagu dendangan BPR tapi aku dengar gak... hehehe... Lagu nih sebenarnya suruh kita beringat.... Maklum lah dalam kita melayari kehidupan ada banyak rahsia kita yang sebenarnya bukan lah rahsia... Ayyyaaaaaaarkk apa yang aku bebel nih... Lantak ar apa aku nak cakap janji ROCK... Sapa yang paham tuh TQ tapi sapa yang tak baper nak paham tuh tolong baca lirik semula pastu sambung balik ngan apa yang aku nak komen... Sebelum aku mengulas lebih lanjut, aku nak kasi tau apa yang aku ulas ni adalah untuk menjawap soalan daripada seorang sahabat aku dalam blog nih pada n3 aku yang lepas iaitu Pulau NAMOYAKI...

Dan aku bukan lah seorang yang Arif sangat tapi sebagai seorang Rocker sejati aku cuba tafsir mesej yang nak disampaikan menerusi lagu nih... Berbalik pada lagu nih, walaupun sebuah lagu ROCK tapi cukup kuat untuk diungkapkan sebagai sebuah lagu CINTA... yup! sebuah lagu CINTA yang memberi tahu kita tentang perjalanan kehidupan kita itu merupakan sebuah CINTA... Tak lain dan tak bukan CINTA yang aku maksudkan ialah CINTA kita pada Yang Maha PENCIPTA dan CINTA kita pada Alam yang berlainan dari apa yang kita nampak... Sebenarnya kehidupan kita adalah secepat Jarak waktu AZAN dan Solat... Ehm... aku bukan nak ulas yang tu tapi apa yang aku nak cakap ialah pasal apa yang kita buat di antara azan dan solat tuh... Cukup singkat hidup ini dan sedar tak sedar kita dah sampai ke destinasi... Dalam mengharungi perjalanan itu, telah banyak yang kita lakukan secara terbuka ataupun secara diam... Dan kita sangka itu hanyalah rahsia kita namun ALLAH itu maha mengetahui dan di kiri kanan bahu kita ada dua malaikat yang mencatat apa yang kita buat... Sebenarnya perjalanan hidup kita menuju ke satu arah... Di situ tanda tanya... di situ haluannya... Aku sendiri sedar yang aku masih dalam perjalanan dan apabila sampai pada mukasurat yang tertulis maka aku akan sampai ke destinasi... Dan di situ apa yang ku anggap rahsia selama ini akan terbongkar... Buat Pulau NAMOYAKI Terima kasih kerana menyedarkan aku dengan lagu nih... Aku harap Ulasan ni menjawap soalan anda!! BPR adalah Rockers dan aku juga ROCK... Aku juga suka kalau korang semua mahu membincangkan isu ROCK seperti ini dalam n3 nih... Cukup sampai sini dan kita bincang kalam komen n3 nih...


OK berbalik pada tajuk n3 nih aku nak tunjukkan sesuatu yang menakjubkan...Ehm satu lagik kejadian Tuhan yang unik yang baru aku tengok ari nih... Ciri-cirinya agak blues namun ade tersirat unsur-unsur KEDAMAIAN... Siapa sangka ada sejenis Tumbuhan yang berbunga seperti kasut kanak-kanak wanita... hahaha cuma saiznya tak dapat dikenalpasti... mungkin sais 3...





aku sendiri tak tau asal usul bunga kasut ni dari mana... Tapi yang pasti ia boleh di dapati di MARDI SERDANG... So kat sini aku nak ajak semua menikmati keindahan ciptaan Tuhan dan jangan sesekali kasi anak pakai bunga kasut nih untuk pegi raya... PEACE...