Pages

Monday, July 19, 2010

SUATU KETIKA - part 4

"Ok lagu apa lagi nak Lauk"..

"Apa-apa je lah Rock janji lagu"...

Sedang aku memikirkan lagu apa yang perlu aku mainkan, Secara sepontan Jari ku memetik gitar mendendangkan lagu memecah kesunyian malam di pantai penuh kisah ini...

" Burung kakak tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal dua

Letchum letchum letchum uh lala"

Dan belum pun sempat lagu itu habis dimainkan tiba-tiba kepala aku kena sepuk beserta derai tawa lauk yang menggila...

"Bangsat lu Rock... Malam-malam buta lu buat lawak"

"Hahaha ni apa ni lauk? tadi lu cakap main je lagu apa-apa"

"Layan lagu lain pulak..."

"Ok lah lauk lu punya pasal... tapi ni last song ar... Lepak-lepak hari pon pagi lauk... sok gwa
ade kelas lagi... kerja banyak tak siap lagi... Lu apa tau..."

Serentak dengan itu gitar ku berbunyi lagi... Sebuat lagu yang agak slow ku mainkan buat haluwa telinga aku, Lauk dan pelbagai spesis hidupan laut... Setelah intro ku dendangkan tiba-tiba dengan penuh feel Lauk menyanyikannya... Maka bekumandanglah suara si Lauk dengan kesyahduannya tepat jam 02:30am...

KALIMAH CINTA

Simpan diri ku tersiksa
Nak ku luahkan ku gentar
Kekurangan ku terbongkar

Sisi mu umpama syurga
Peluang emas ku damba
Bahagia yang ku cari awal dulu...

Aku insan yang terdampar
Yang tinggal menagih cinta
Terang dan terlindung
Di mana tempat nak ku singgah
Mengsan mu pasangan ditakdirkan

Oh ku rempuh azap sengsara
Tak kisah asal bersua
Kau kasih penyeri jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Kau kasih isyarat jiwa
Ku meniti jalan yang lurus
Kau kasih isyarat jiwa
Pendorong ku hadapi hidup...

Mengenal erti cinta
Mengenal cinta tulus...


"Dah Lauk jom cau... Ayam pon dah nak bekokok ni..."

Dengan langkah yang longlai kami berdua beredar tanpa memikirkan masa depan... Belum sempat jauh kami meninggalkan pantai Klebang terdengar riuh rendah di hadapan kami... kelihatan beberapa orang lelaki sedang bergaduh..

"Ini tak boleh biar ni... Diorang pukul Azam tu Rock"

Tanpa berlengah aku dan Lauk terus menerkam mereka yang terlibat... ku campak gitar ku ke sisi dan penumbuk ku hayunkan ke arah seorang lelaki tepat ke arah kepala... Lauk juga sedang bergelut dengan seorang lelaki lain...

"Woi! apahal korang campur tangan... Ni bukan korang punya hal"

Jerit salah seorang dari mereka yang baru diterajang oleh Lauk..

"Dah lu tiga orang lanyak dia sorang gajah pon tumbang"

Tiba-tiba Lauk mencelah...

"Baik korang blah sebelum aku pecah muka korang sorang-sorang"

Nampaknya amaran Lauk pada mereka berkesan... Mereka beredar secepat mungkin sambil mengeluh-ngeluh sumbang...

"azam lu ok tak?.. apsal pulak diorang pukul lu?"

Aku melontarkan pertanyaan kepada Azam yang masih blur sambil mata ku liar mencari-cari arah gitar yang ku campakkan tadi...

"Ntah la Rock... diorang tu tiba-tiba je"

Pannng... Belum pun sempat azam menghabiskan cerita, satu tamparan dari lauh hinggap ke muka Azam... Belum sempat aku bertanya Lauk pantas bersuara...

"Lu isap gam kan?... Sekali lagi gwa tau lu isap gam siap"

"Patut ar... Sapa-sapa pun bengantg dengan lu ini macam... Dah dah jom blah.."

Segera aku tarik tangan Lauk yang masih marah dengan kelakuan azam.... kami pun terus beredar dari situ menghala pulang ke rumah... Dan sampai pada satu simpang aku terus melangkah ke arah rumah ku...

"Wei gangs gwa cau dulu"

Sapa ku kepada Lauk dan Azam sambil terus berlalu membawa haluan masing-masing... Pintu rumah ku buka dengan perlahan aku melangkah masuk... Tak sanggup rasanya aku untuk membuat kawan-kawan serumah terkejut dari lana yang panjang... Tiba-tiba terdengar suatu suara ...



Bersambung lagi...

PEACE...

Thursday, July 15, 2010

MENARA KESESATAN...

Dari lembah terasing
Kita diperlihatkan
Satu lakunan Pentas
Mainan Cendikiawan

Ini lah sebahagian cara hidup kita
Mempermainkan dan di permainkan
Guna dan diguna tanpa disedari
Dan menyedari

Kita didorong dorong
Dari isu ke isu
Termusnah kecewa
Kemudian di selamatkan

Tiada yang pasti dari lembah ini
Haluan menuju kebutuhan
Banyak yang kabur
Tanpa disedari semua mimpi

Menara kesesatan sempit fikiran
Menara kesesatan dalam DUNIA...




p/s:-Tahun 1997 aku pernah jatuh tersungkur kat laps parliman... layan laps la konon.... Tapi tu cerita dulu2 ar....



=PEACE=

Saturday, July 10, 2010

PURNAMA




Purnama ku menjelmalah
Hilangkan gelisah
Lenyapkan rindu ku
Di dalam sukma

Aku punya cahaya mu
Bersinar berkilau
Terpanah berkhayal
Fitrah cinta

Tapi ku tertipu cahaya mu itu
Bukanlah rindu mu untuk diri ku
Hanya angan ku berkata
Andainya engkau milik ku
Ku jadikan engkau mahkota untuk segalanya

Tapi engkau selalu berpura
Menghilangkan diri mu sentiasa
Kau menjelma ada masanya
Kau berlindung di sebalik sang mega


=PEACE=