Ada yang tertinggal setelah kering air di kali
Alam telah meyakinkan kau mesti pergi kau mesti
Alam telah meyakinkan kau mesti kembali
Pada yang telah ditakdirkan Ilahi........
Ada yang tertinggal setelah musnah semua mimpi
Kekal selamanya cintaku dengan cahayaMu
Kekal selamanya masih dalam ingatan ku
Lemas dalam rindu tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi namun masih ada
Yang kau tinggalkan dalam Kalbuku....
Yang tinggal
Yang tinggal
Yang tinggal
Yang tinggal
Yang tinggal
Yang tinggal............... Aku..........
Susah nak paham lagu camnih.... Terlampau puitis walaupun popular sebagai lagu ROCK tanah air.... Amy search pernah keluar dalam rancangan Melodi dan cakap yang dia terdengan irama lagu nih masa dia dekat Mekah... balik dari Mekah dia ada berduet dengan Rabbani nyanyi lagu nih.... So aku tertarik untuk mentafsir maksud lagu nih... Jadi apa yang aku cuba sampaikan nih cumalah tafsiran aku semata-mata dan tak semestinya betul belaka... Jom kita tengok rangkap demi rangkap...
Kalau kita tengok pada tajuk lagu nih "MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR" merujuk pada matahari terbenam di sebelah timur iaitu salah satu tanda besar untuk hari kiamat... Penulis lirik memberi tahu masih ada yang belum langsai walaupun hari sudah kiamat... baris kedua juga membawa maksud yang sama kerana "Kering air di kali" membawa maksud musim kemarau... Kiamat akan berlaku dalam musim kemarau yang panjang... Kemudian penulis menerangkan tentang tanda-tanda hari kiamat dari alam semesta begitu meyakinkan dan manusia juga tak terkecuali... Semuanya akan pergi ke alam akhirat dan akan dibangkitkan kembali... Namun penulis menyatakan masih ada sesuatu yang tinggal setelah dunia ini musnah...
Sesuatu yang tinggal itu merujuk kepada iman kita kerana hanya iman sahaja yang mampu menempatkan kita kekal di syurga dan apa yang kita lakukan di dunia tak sedikitpun kita terlupa... Sebaliknya bagi mereka yang kurang imannya maka ia akan menanggung rindu dan mendambakan syurga namun hanya mampu menangis walaupun jasad nya sudah pergi namun masih ada sesuatu yang ditinggalkan di hatinya iaitu iman...
IMAN ITULAH DIRI KITA...
PEACE....
6 comments:
insaf aku seketika..haha
Yup...iman...x dapat diwarisi...
mmg lagu ni bawa keinsafan bg yg mnghayatinya
menarik2..selama ni dengor je..tak de nak pikir2 makne disebalik lagu2 tu..
to miss oren..
aku pun rasa keinsafan aku tak bertahan lama nih...PEACE...
to IRIS...
dan takde jual kat pasar malam mahupun uptown danau kota...PEACE...
to maiyah...
tapi kekadang rugi menghayati lagu nih... menghayati Quran lagi bagus sis... kompom tak sesat...PEACE...
to Nazz@Purple...
Sama la kita...
:)
Post a Comment