Pages

Thursday, April 8, 2010

TAPAI

Cara Membuat Tapai...

Rendam beras pulut lebih kurang 1 hingga 2 jam. Selepas itu dibilas dan ditoskan... Masak pulut itu seperti biasa... Setelah selesai dimasak sejukkan pulut tersebut terlebih dahulu dan seterusnya taburkan ragi... Akhir sekali packing dalam cup pelastik ataupun daun pisang... Setelah pulut tersebut menjadi tapai barulah dihidang di atas meja...

Hahaha korang suka makan tapai? Aku pon suka gak... so sesapa yang suka makan tapai boleh la belajar buat sendiri dengan resepi yang aku baru tibai semacam dengan bantuan wife aku yang pakar dalam tapai menapai nih.. Kalau tak sedap tapai korang harap jangan salahkan aku dan korang makan lah sendiri...

Ok cukup takat tuh bab tapai... sebenarnya aku bukan nak cerita pasal tapai tapi aku nak cerita kaedah yang digunakan dalam membuat tapai... Untuk mengubah pulut menjadi tapai RAGI digunakan... Tahukah korang apa itu ragi... Ragi adalah sejenis micro organisma yang biasanya kita panggil kulat... Dengan bantuan kulat ini pulut tersebut akan berubah sendiri secara perlahan lahan dan akhirnya menjadi tapai... Apa akan jadi kalau tapai yang sudah siap dicampur dengan garam...?? Jawapannya kulat tersebut akan mati dan tapai akan menjadi busuk... Itu adalah satu teori bagaimana nak musnahkan tapai...

Sedar tak sedar kita sekarang ini meneruskan perjalanan untuk menjadi tapai... Kenapa aku cakap macam nih...? Ok jawapannya senang je... Proses menyediakan tapai dan memusnahkan tapai Ragi dan Garam diperlukan... Semua sedia maklum yang orang Islam suka mati dalam keadaan Syahid... Oleh yang demikian orang Islam akan berperang bermati matian atas jalan ALLAH untuk mendapatkan Syahid... Maka dengan itu setelah perang salib orang kafir mula sedar akan kekuatan tentera Islam...

Satu cara untuk melemahkan tentera Islam ialah dengan menyerang aqidah orang Islam... Oleh itu teori "Ragi dan Garam" digunakan hingga ke hari ini... Mereka menggunakan pendekatan psikologi untuk menabur ragi iaitu apa sahaja yang boleh membuatkan aqidah orang islam menjadi lemah... Contohnya dari segi budaya, sosial, Muzik, dadah dan sebagainya... Dan apabila ragi tadi sudah ditabur maka dengan sendirinya kita akan menjadi tapai tanpa paksaan... Tapai yang aku maksudkan ialah orang Islam mula lalai dalam melakukan perkara yang wajib seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya... Malah gejala sosial seperti zina, pergaulan bebas, mabuk arak, khayal dengan dadah, dan sebagainya semakin menular... Kesan daripada ragi yang mereka taburkan maka orang Islam lebih mementingkan hiburan dan keseronokan... Akibatnya sebahagian besar umat Islam pada hari ini ialah umat Islam Tapai...

Dengan ketapaian umat Islam pada hari ini maka cukup senang untuk dimusnahkan... Mereka cuma perlu menabur garam pula... hahaha mudah kan?? Inilah yang berlaku di Bosnia... Inilah yang berlaku di Iraq... Dan inilah yang berlaku di Palestin... Dan ini juga mungkin akan berlaku di Malaysia... Oleh yang demikian enjoy your tapai dan elakkan diri anda dari menjadi umat Islam Tapai...




=PEACE=

15 comments:

Maiyah said...

x mkn tapai hehe.. anyway ini teori yg bgus

dkama said...

da agak dah... kak maiyah mesti 1st... TQ TQ TQ... ini teori menjahanamkan kita la kak? tapi bagus untuk kita sedar...PEACE...

ciK LyndaWawa said...

bgs teori ni.....=)

dkama said...

Ehm... Cik Lidawawa suka makan tapai?...

Nazz@Purple said...

ada kebenarannya..thanks entry yg membuka minda..

ch@ said...

sungguh menginsafkan...dlm tak sedar kite dipesongkan...smg aku sendiri sedar atas kekhilafan sendiri...

zino said...

tapai feberet saya tu.. selalu makan kat haslam tu hehe

Unknown said...

Patutlah besungguh mintak resepi...ada udang disebalik mee!Kalau tingin nnt umi buatkan

Sherrrrrry said...

sukewwww tapai :D

biru said...

salam dkama,

saya suka makan tapai,
tapi x sanggup ditapaikan...


imsyaAllah...

Anonymous said...

selamat berhujung minggu esok
kat genting mesti best
sejuk...

CITY® said...

eh, anom tuh biru taw,
ekekkeke...=p

Cikgu Yang said...

Salam !!! Bagus sekali idea dan maklumat. Terima kasih kongsi maklumatnya. Seronok kalau dapat tahu perkara2 yang belum tahu sebelum ini. Yang saya tahu kalau makan tapai dengan ice cream sedap sekali. Jauhnya ketinggalan saya nih!!

pak long said...

SALAM...
dulu arwah mak jadi toke tapai...
tapi pak long bagi 5 bintang tentang cerita simbolik tentang tapai tu...moga ia jadi panduan diri ini...
ISLAM itu Selangkap-lengkapnya.

maza said...

maza tak berapa suka makan tapai.. huhhu

sebabnya ia terlalu manis.. huhhu

dulu2 boleh ler telan.. tapi sekrang, barangan larangan lorrr..