Pages

Wednesday, June 16, 2010

SUATU KETIKA - Part 3...

Setibanya aku di pantai Klebang aku terus duduk di banting mengadap ombak pantai yang menderu... Lauk ku lihat sedang membeli burger dengan peniaga burger yang berniaga berhampiran tempat aku lepak... Ku biarkan saja Lauk dengan urusannya... Lalu aku memetik gitar dengan lagu yang pertama dari ku...

"Jurusan hari hari
Indah bersama mu Kamalia.
Tak peduli kan ku terjah
Biar pun harus ku tempuh padang ilalang"

"Apa barang Rock layan lagu Kamalia... Tukar lagu lain la Rock..."

Ntah bila pulak si Lauk ni ada kat belakang aku... Potong betul la... Aku baru nak sesuaikan diri ngan deruan ombak yang menghempas... Rasanya jiwa yang sedang cool berubah jadi ombak tsunami serta merta...

"Ok la ni lauk Kamalia pun cara apa?"

"Ntah hapa hapa la lu Rock... Nama je Rock_kapak tapi jiwa halus... Wa ajak lu datang sini nak buat ikan lumba-lumba rock bersama kita... Setakat lagu kamalia ikan bilis pun lari brader... Nah lu punya benjo, tukar lagu lain ah..."

"Cayalah Lauk, Perhh benjo ni... Ini macam baru boleh Rock..."

Dengan berbekalkan semangat benjo yang Lauk payung ni, aku meletakkan gitar aku ke sisi dan terus melahap... Bukan main sedap lagi benjo ni di tekak aku... Free la katakan... hahaha... Setelah selesai aku melahap baru ku capai gitar aku...

"Hah apa lagi!, Order la lagu..."

"Cromok 1 Rock"

"Macam la lu pandai nyanyi lagu mat saleh Lauk... hahaha"

Serta merta jariku memetik sebuah lagu instrumental dendangan Cromok Another You... Khas buat Lauk yang baru belanja aku makan benjo dan juga buat semua hidupan yang ada di pantai klebang ni... Sebenarnya lagu ni akan jadi tak cukup sifat bila di mainkan dengan satu gitar sahaja... Tapi apa boleh buat ini sahaja gitar yang aku ada dan ini sahaja lagu Cromok yang aku tau main... hahaha...



p/s :- Bersambung lagi...





=PEACE=

14 comments:

Zierwa Zainal said...

eh..pantai klebang bukn kt melaka ke?


kalau sudi komen la entry saya..
rumah sewaku syurgaku

dkama said...

to ZiErWa zAiNaL...
memang kat melaka la... melaka kan bandaraya bersejarah... so banyak la sejarah aku kat situ...

Jap lagi aku datang... PEACE...

birU said...

salam dkama,

jurusan hari2 indah bersamamu ...
hehehehhe...
suka lagu ni dolu2

lauk tuh saper?
kawan ya
ekekekkek

ps:
ku masih weng
maaf ya lama tak menapak dimana2

Nazz@Purple said...

fullamak...rock leleh..tngkap syahdu ditepi pantai..

ch@ said...

lagu Kamelia tu bkn lagu rock ke?

dkama said...

to Biru...
Lauk tu seorang sahabat masa kat melaka dulu... dari mula panggil dia lauk sampai tak tau nama betul dia... hahaha...

lepas ni puncak mana pulak nak ditawan yer?

PEACE...

dkama said...

to nazz@purple...
Dulu pantai klebang tuh mmg syahdu... tapi sekarang ni dah jauh berubah da...

Bila lagi nak buat kontes... Cian aku tak dapat join kontes nazz ari tuh...

PEACE...

dkama said...

to ch@...
A ah lagu Rock la jugak... Tapi bak kata Lauk ikan lumba-lumba tak suka lagu tuh... hahaha... kena la main ikut citarasa alam... PEACE...

Maiyah said...

layannnn sambil berlauk-laukan..

hans said...

dulu2 aku selalu juga gi klebang makan2
dengar bunyi ombak pepagi
waktu study dkt melaka

ILA HonEyBuNNy said...

makan benjo kt gnting tu ke??yg dkt balai polis eh...ahhahha..ila suka la burger makcik tu..sedappp...

zia said...

Best ape lagu kemelia hehehe..takpun lagu "im don't belong her" cromok satu.

zulkbo said...

salam..
wahhh..layan camelia
terbaikk bro..

meo kucing said...

layan cromok sblum tidur... best!