Pages

Sunday, January 31, 2010

MEMPERJUDIKAN DIRI....

Sebenarnya kekadang aku rasa nyampah jugak dengan apa yang berlaku di sekeliling aku.... maksud aku ialah tabiat BERJUDI itu sendiri.... Aku tak nafikan yang aku kini berada di lembah perjudian dan aku tak nafikan yang aku kini berada di kota kepalsuan... Berjudi bukan perkara asing di sini... Rasanya 70% pengunjung kota ini bertujuan untuk berjudi... Bagi aku diorang memperjudikan wang ringgit diorang tapi sebenarnya diorang memperjudikan diri mereka sendiri...

Aku pernah saksikan seorang penjudi yang datang ke sini dengan bermodalkan RM300 ribu dan apa yang berlaku ialah merempat selama hampir sebulan... kesudahannya ialah muflis dan hanya makan sisa makanan yang ada di atas meja KFC.... Namun masih ramai yang gemar datang ke sini untuk tujuan berjudi... Telinga aku sudah banyak dengar cerita pasal amoi yang terpaksa menyundal kat sini semata-mata untuk dapatkan tambang balik ke rumah sebab kalah judi... Terlampau ramai yang terpaksa bergadai barang kemas, telefun bimbit, laptop dan sebagainya dengan harga serendah RM100 je untuk meninggalkan kota kemusnahan ni...

Dan terlampau ramai yang terpaksa menyerahkan kereta mereka kepada ahlong sebagai sandaran loan yang diorang buat... Dan kereta tuh akan Ahlong jadikan kereta sapu selagi mana hutang pemiliknye belum lunas... Dan ramai jugak orang-orang kaya yang datang pada aku untuk mintak duit syiling buat panggilan kawan2 diorang... mintak bantuan sikit dah kalah teruk nih.... bila dah terdesak camtuh orang2 kaya nih hilang pulak ego diorang...

Percaya atau tak? TAKDE ORANG YANG KAYA DENGAN BERJUDI... aku berani cakap macam tuh sebab kerja aku ialah bermain dengan duit... Aku supply duit kat setiap ATM yang ada kat sini... Bukan sikit2 kerja aku kat sini... tambah2 lagi hari jumaat, sabtu, ahad dan hari2 cuti umum... masak aku terkial2 kerja macam anak mampos.... Tapi diorang tak mampos2 jugak asik widraw duit dari ATM... Untuk pengetahuan korang keuntungan casino mencecah angka belasan juta sehari.... Aku tak patut bongkarkan rahsia pelanggan syarikat aku tapi aku cakap jugak untuk anak bangsa aku yang suka berjudi... mana tau diorang akan berubah...

Judi nih ada macam2... daun pakau tak yah cerita la semua orang tau... bagi yang biasa dengan snooker biasanya mesti kenal dengan permainan lucky ball iaitu main snooker 15 bijik bola yang ada nombor... Dan tak asing jugak orang kita yang kuat beli nombor ekor... Ramai jugak yang suka main mesin kuda... zaman sekarang dah canggih... ada permainan baru iaitu Rollatte... Sedang hangat di pasaran sekarang nih... tu belum campur lagi ada yang habiskan duit kad kreadit untuk main judi kat internet...

Bagi anak bangsa aku yang suka berjudi baik korang tobat jer... sebab apa? sebab berjudi itu HAMPEH... Ada yang cakap kat aku berjudi tu cuma jahat diri sendiri je tak nyusahkan orang lain.... Tapi ia ke tak nyusahkan kan orang lain... LU PK LAH SENDIRI... Ok sekarang aku nak cerita kenapa judi tuh haram di sisi Islam.... Sebab yang pertamanya ialah sebab dah termaktup dalam al-Quran yang judi tuh haram maka wajib lah kita mengharamkan judi... Boleh dikatakan semua permainan judi tu melekakan... mana tak leka kejap menang kejap kalah kejap menang balik lepastu bungkus... hari ni menang memang suka pastu besok main lagi kalah abis gaji satu bulan... menang ke kalah ke tetap takde orang yang kaya dan yang pasti SETAN TEPOK TANGAN...

Selain tu berjudi ni boleh buat seseorang tu hilang pertimbangan dan bergadoh sesama sendiri.... Hah yang ni aku tak nak ulas panjang sebab orang yang berjudi nih memang bodoh... ada otak tak boleh pk... Lain2 sebab ialah judi boleh melahirkan banyak penyakit hati seperti dengki, dendam dan banyak lagi... hah tu bagi orang2 yang kalah... bagi orang2 yang menang pulak penyakit hati diorang ialah kikir, bakhil, tamak haloba dan sewaktu dengannya sampai hilang rasa belas kasihan kat kawan2 sendiri.... semuanya berubah jadi gembira pulak bila kawan2 sendiri susah... kesimpulannya judi nih mengikis semangat setiakawan dan setiap penjudi akan pentingkan diri sendiri je...

Dari segi aqidah pulak ramai yang terpesong sebab riak sangat konon dia terer main judi dan sebab terer lah dia boleh menang... yang kalah pon tumpang riak gak takpe hari ni hari engkau tapi esok ko tau la nasib ko pulak.... dah kalah tapi tak nak mengalah... Ehmm tu belum campur lagi yang pegi menurun nombor ekor kat bomoh.. Hampeh.com betul la.... dari segi ekonomi tak yah cakap la... dah tentu diorang sentiasa pokai.... Walaupun menang tapi duit tak berkat la katekan... Macam yang aku cakap tadi TAKDE ORANG AKAN KAYA DENGAN BERJUDI...



PEACE

6 comments:

I'm Seri said...

Judi segalanya...termasuk memperjudikan diri sendiri. Apabila kalah judi, nyawa menjadi taruhan..bisa gantung diri.

PEACE

meo188 said...

tp dlm cite God of gambler mcm macho je ape... huhuhu

dkama said...

to IRIS...
hahaha ada ker yang gantung diri sebab judi... lum pernah dengar lagi... tapi mmg otak diorang da tak betul pun..


to meo188...
Dalam cita tuh gua ar herooo kalau nak tau... hahaha PEACE...

mamai said...

judi...yang teruk bila meletakkan harga diri sebagai pertatuhan

dkama said...

Penjudi mmg da takde harga diri dah bro...tu ar masalah diorang...PEACE...

The Island of NAMOYAKI, said...

adakah perjalananmu ada sebab dan asbab serta musababnya disitu sahabatku yang aku sayangi?


'...mestikah bersedih,
pada hakikat...
dikurniakan padamu,

bukankah cita-citamu..?'

'merperjudikan'...

'kasihh sayyaangg...'





[astagh'firullahiladzim, sebutkanlah astagh'firullahiladzim untuk dirimu,
sebutkanlah walau beribu-ribu kali sebutan dan kefahaman di atas puncak sana,
sebutlah berapa ribu kali semahu-mahunya hatimu,
pasti, akan dikau ketemui sesuatu...
dimulakan dengan sebutan yang sangat perlahan dan paling perlahan sebutan serta perlahan-lahan diperdengarkan oleh dirimu kepada dirimu...]

aku juga turut sama mengucapkannya serta berdoa...