Monday, June 15, 2009

Antara Rock dan Kehidupan



Aku sentiasa mencari kedamaian dan bagi ku kedamaian milik semua... Terlalu banyak yang aku nikmati ngan seketul perkataan iaitu PEACE... Masa aku kecik dulu aku selalu dengar Amy Search selalu sebut perkataan PEACE... Dan di kala itu aku tanya kat brader aku peace tuh ape? ngan selamber dia jawap AMAN... Aku mula tak caya kat dia pasal NAMA AKU Aman... mak abah n adik badik aku panggey aku Aman... Oleh yang demikian di lain waktu aku bertanya pula kat kakak aku PEACE tuh ape? Lalu dia jugak menjawap dengan selamber "Peace tu aman... apa ar nama je aman peace pon tak tau"... Aku mula rasa cam dipermainkan... Dalam masa yang sama walaupun aku tak tau apa itu PEACE, aku tetap suka sebut peace sambil menunjuk isyarat jari hantu dan jari telunjuk... Bila aku sekolah baru aku tau peace yang aku selalu laungkan ala-ala budak kecik ngaku ROCK tu adalah betul2 AMAN... Aku tak sangka Rockers cam kumpulan SEARCH tuh memperjuangkan keamanan... aku tengok cam samseng je... Bermula dari saat itu dan ketika itu aku mula meminati SEARCH dan aku jadi rocker sejati yang tak samseng... Oleh kerana aku adalah Aman maka secara outomatiknya aku menyokong keamanan... Dan aku berasa sungguh bangga kalau ade Rocker len sebut PEACE sebab aku adalah Aman... Bila aku meningkat remaja dan masuk sekolah menengah, aku di tempatkan di Tingkatan 1 Damai... aku memang betul damai kat sana... sampai tingkatan 3 aku masih setia lagi dengan KEDAMAIAN sebab aku tetap berada dalam tingkatan 3 Damai... Maka dengan itu satu perjuangan harmoni telah aku lalui iaitu PMR yang aku perjuangkan dengan kedamaian aku... Hari berganti hari masihkah aku di situ? Oh tidak rupanya Sebab bila aku masuk Tingkatan 4 aku ditukarkan ke klas yang paling cerdik iaitu Tingkatan 4 Aman... hahaha ramai kengkawan tanya aku masa tuh... Camana Aman boleh dok kat klas Aman... Dan jawapan yang selalu aku berikan adalah PEACE... hehehe... Di Tingkatan 4 Aman aku yang bernama Aman terus menikmati keamanan... Namun ketika itu cuma aku seorang yang rasa Aman tapi tidak bagi guru disiplin hatta pengetua sekolah sebab Kerockersan aku dianggap seperti kutu... Dan di waktu itu juga aku teringat akan sebuah lagu Rock iaitu "Aku Hanya Serangga-BPR" ... Maka dengan berbekalkan semangat yang ada pada lagu tuh aku terima diriku sebagai kutu Rock... Kutu pun kutu lah janji rock...


Masih teringat-ingat di fikiran aku ketika aku didenda berjemur di tengah panas dengan tangan kiri yang berikat ngan sapu tangan merah dan berseluar koyak di lutut kerana mengikut gaya awie yang agak popular ketika itu... hahaha padan ngan muka aku... Rock la sangat... sekolah pun tak abis lagik... dan apabila aku di Tingkatan 5 aku masih berada dalam kelas Aman... Dok klas A tapi perangai setan hahaha... Walaupun aku tidak mempunyai semangat belajar yang setinggi semangat Rock dalam jiwa, tapi aku dapat gak ar result SPM yang agak ok... Lepas habis jer SPM aku terus blah dari kampung dan kerja kat daerah Klang... Tempat kerja aku yang pertama ialah kilang kabel... Aku bertugas Di Dipartment yang melebur aluminium... dari situ aku kenal apa yang dikatakan METAL... Memang ganas sebab metal tuh panas sehingga sedikit terkena di badan lecurnya sampai 2 bulan... Aku cukup selesa bekerja di situ kerana aku bergaul dengan orang2 macam aku... Dan di situ jugak aku berjaya menyimpan rambut panjang separas pinggang... Rock abis wa cakap lu... Dan di situ jugaklah aku belajar bermain gitar... Pendek kata di situlah aku tapak aku mendalami apa yang di katakan Rock... Namun langit tak selalu cerah, kebahagiaan yang aku kecapi tak sampai ke mana... Kilang yang menjadi simbolik METAL bagi aku telah mengalami kerugian yang amat besar... Penghujung tahun 1997 dan awal tahun 1998 bersempena dengan kegawatan ekonomi negara yang teruk telah menggugat sekaligus meragut ekonomi poket aku... Aku menjadi penganggur terhormat buat seketika... Ramai antara Member2 aku telah tiada... Ada yang masuk lokap kerana dadah... Ada yang mati sebab HIV... dan ramai yang mati sebab berlumba haram... Mungkin umurku masih panjang maka teruskan jua kehidupan ku... Bersempena dengan Album Rock solo Amy magic aku juga membotakkan kepala seperti Amy dan meneruskan pengangguran aku di kampung... Di kampung halaman member2 telah memperkenalkan aku dengan satu lagi cabang Rock berentak TRASH METAL... Mereka memetik gitarku dengan sungguh dasyat dari lagu2 kumpulan CROMOK dan FTG... Lalu dalam diam aku meminati muzik Cromok... Dan apabila aku selidiki latar belakang anggota Cromok, Mereka dari golongan berpelajaran... Aku mula berfikir yang Rock juga perlu kepada ilmu pengetahuan, Rock juga boleh disertai dengan kerjaya yang bagus dan Rock juga boleh memiliki income yang tebal... Dari Cromok aku mula buka mata dan sedar bertapa sempitnya pemikiran aku sebelum tuh... Dengan semangat aku yang baru aku pergi ke sekolah lama aku untuk mengambil sijil SPM aku dan aku sambung pembelajaran ku di IPTS... Di kolej aku bergaul dengan bebudak PUNK dan SKINHEAD... Kerana aku Seorang Rock yang jauh berbeza dengan diorang, aku dipanggil Rock_kapak... Aku tak kesah dengan gelaran tuh kerana Rock memang dah sebati dengan jiwa aku... Dan di kolej jugak lah aku belajar mengubah diri aku sedikit demi sedikit... Aku seorang yang aktif dalam banyak aktiviti kolej dan belia melaka... Aku juga kerap terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Gabungan Belia Melaka(MGBM)... Dan aku juga ahli dalam Kesatuan Anak Melayu Melaka (KAMM)... Dan dari kesatuan ini lah aku belajar Silat dan sebagainya... hasilnya aku banyak berubah ke arah yang lebih baik... Jika di lihat dari segi fizikal aku jauh berbeza dengan aku yang dulu... Namun jauh di sudut hati aku tetap tertanam semangat Rock... setelah aku tamat belajar aku pulang semula kekampung halaman.... Aku mula Rindu dengan kehidupan Rock aku... Telah banyak jawatan kosong yang aku temuduga namun 1 pun tak sangkut... Maklumlah budak IT sapa nak pandang sangat... jadilah aku penganggur terhormat buat seketika... Dan akhirnya aku kembali ke negeri asal kelahiran aku Selangor.... Aku menetap di Klang sekali lagi dan bekerja di kedai makan... aku mula berubah sedikit demi sedikit kepada Rock.... Rambut pun da panjang balik... Aku dah mula tak mimikirkan soal kerjaya... Dengan berbekalkan lagu JERANGKUNG DALAM ALMARI-WINGS aku mula memakai baju2 bergambar tengkorak yang dah lama aku simpan dalam almari suatu ketika dulu... Aku mula hanyut dengan Band yang aku perjuangkan bersama kawan2... Hanya jeritan kedamaian yangkami lagukan untuk jamming... Aku kembali menjadi Rock sejati... Dan aku yakin inilah kehidupan aku... Namun setelah berapa lama aku mula bosan... band juga sudah terkubur kerana masing2 mendirikan rumah tangga... Sekali lagi aku pasrah dalam kehidupan... Aku memperjuangkan kedamaian namun benar2kah damai jiwaku...
Aku membuat keputusan untuk memotong rambut dan mencari pekerjaan tetap... Sehingga kini aku masih berada di Safeguard Securicor... Dan aku selesa dengan apa yang aku miliki sekarang ini... Dan ketika ini aku miliki kedamaian ku bersama isteri tercinta, kerjaya dan Rock yang menjadikan aku sebegini... Aku yakin walaupun tiada kelihatan dari segi penampilan, namun aku tetap Rock dan akan terus Rock sampai tua... hahaha PEACE...

psst:- Rock2 jugak!! banyak benda len kena pk selain Rock...

17 comments:

shiela said...

Salam,
Abi memang 'AMAN' sampai bebila. Umi bagi abi can rock sampai puas

Dkama said...

Sanyangilah AMAN mu ini sampai bila bila... hehehe

mamai said...

teringat zaman aku rock dulu seluar ketat ngan tual key tak lepas....tapi la nie wa still rck bebeh

faNna jiEha said...

Hehe. stay rock!
peace (^_^)(")

Jalan2 kat sini ye tuan belog!

dkama said...

mamai:
tu ar pasal... tual key punya pasal la aku kena bejemur tengah panas...hehehe

FaNna jiEha:
KEDAMAIAN milik faNna jugak hehehe... len kali singgah lagi tau... PEACE...

SharHanah said...

citer best arrr... menyelami rock_kapak's life :>

meo188 said...

apa pendapat lu tentang band2 indie yang dah mcm2 ada skrg nie. yk yng suara sengau2, serak2 dan ntah apeapentah. peace :)

sis_nita said...

kita pon suka layan rock kapak.. peace..! trademark amy search skrg phewwwwiiitttt..

dkama said...

SharHanah:
dah tak larat nak selam da... hehehe

Meo188:
Rock tuh batu... Indie band atau Rock modern tuh batu bata... hahaha walaupun diorang tuh rock tapi ada banyak pinsip2 rock yang da diorang tinggalkan... contohnya cam gitar lead solo, bese yang kurang mantop... harus di ingat Rock kena ade inspirasi zaman batu bukan zaman modern...

sis_nita:
Pheeeeewiiiiiiit...

Rajarockapak said...

lu ngan gua x banyak beza bro,jiwa yg serupa..dan yg penting sekali kita happy.

Rock_kapak said...

Rajarockapak:
Happy as asign of PEACE... hahaha

eiza in the house.. said...

peh senafas aku baca n3 nie..
"Aman" la ko sentiasa disana bersama kekasih hatimu itu..hehehe :)

Rock_kapak said...

eiza in the house:
mak ai panjang nyer nafas ko....Tq TQ...PEACE..

fiezabaiduri said...

wahh, semangat keAMANan sungguh.

pernah dengar ayat ni dulu..
dalam majalah ujang kot.
lama dah.
"rock rock jugak, solat jangan tinggal"
PEACE

dkama said...

fiezabaiduri:
cayalah bai... rasanya mmg pernah dengar ayat tuh dalam ujang... lagi satu pernah dengar lagu Awie+SEARCS bertajuk "bayangan Baiduri"... beshh lagu tuh... tak caya bai carik ar...

:: Cikgu Wiween :: said...

Aku hanya Serengga tuh pun bg kesan kat hidup gua bro. huhu

Rock_kapak said...

Cikgu Wiween:
Lu macam2 ar... hehehe kire ade persamaan gak la nih... Kutu pun kutulah janji Rock...PEACE