Wednesday, July 8, 2009

Penawar Derita

Aku tak tahu apa dah jadi dengan diri aku... Bangkit dari tidur aku rasa badan aku semacam je... badan rase tak sedap fikiran pun melayang-layang... Dengan keaadaan aku yang sengal-sengal ubi aku melangkah jua ke bilik air untuk mandi... Namun apa yang berlaku aku terlupa membawa tuala bersama-sama... dengan seluar basah aku keluar semula untuk mendapatkan tuala antik aku yang tercinta... Apa dah jadi dengan aku nih... Blur blur...

Dengan semangat perjuangan harmoni yang masih bersisa aku duduk dan joint kengkawan aku tengok astro cerita lawak king lakunan kumpulan sepah dan lelain... Berdekah dekah mereka ketawa kerana lawak yang tercipta namun aku diam membisu seribu bahasa... Mujur tiada yang perasan akan keadaan ku yang sebegini rupa... Lalu aku bangkit dari lamunan dan bersiap-siap untuk meneruskan perjuangan di bumi genting ini... Setelah selesai aku terus pergi kerja tanpa ada sebarang perasaan...

Setibanya aku di tempat kerja aku ngam2 pukul 1500 yang membawa makna tidak awal dan tidak lambat aku mengambil Revolver 0.38 bersama-sama 18 butir Bullet... Aku sedar aku mempunyai misi... Dan aku sedar yang aku memikul tanggungjawab yang amat besar di bumi genting ini... Misi aku ialah menjaga kedamaian namun demikian, ketika ini dan saat ini adakah jiwa aku benar-benar DAMAI... Aku mendapat satu panggilan hangit yang mengatakan Sebuah ATM di VIP Room kehabisan duit... Lalu aku segera bergegas kesana bagi memastikan tiada sebarang kekacauan berlaku ketika Officer menambah wang di dalam ATM...

Rupa-rupanya tugasku tidak berakhir di situ... Hari ini aku terlalu banyak masalah yang menimpa aku dalam menjalankan tugas... terjadi salah faham antara aku dan officer namun masih dapat ditangani dengan baik... Keadaan memaksa aku yang masih sengal2 ubi ini menjadi kelam kabut... Kemudian aku berehat sebentar di kedai mamak lalu kupesan nescafe 0... aku duduk dan menghirup air kesukaan aku... Hirupan demi hirupan membuat aku lupa dan hilang ingatan mengenai tugas yang banyak sebentar tadi...

Belum pun sempat aku menghabiskan minuman kegemaran aku, aku dikejutkan dengan satu SMS... " Jom Loading first World"... Tanpa mengeluh aku pulang ke markas aku yang bersebelahan dengan Maybank lalu aku mengambil kunci van kerana di cawangan Genting ini aku adalah merangkap driver gara-gara tiada siapa yang yang pandai memandu dalam departmen aku melainkan aku, azan dan Epol... Ketika ini Epol sedang bercuti dan Azan pula bekerja di Shift pagi... Maka hanya aku lah seorang diri yang meneruskan perjuangan ini...

Mungkin nasib aku kurang menyenangkan hari ini satu panggilan dari markas mengatakan aku tak sign buku kunci... lalu aku kembali semula ke markas untuk menandatangan buku berkenaan... "ko teringat kat bini ke sampai Sign buku pun ko lupa" sindir salah seorang yang bertugas di situ... Secara sepontan aku memaksa diri aku tersengeh walaupun hakikatnya aku blur, blur dan blur abis... ku langsaikan hutang ku di first world dan kemudian aku pulang ke markas semula untuk menghabiskan tugasan yang masih bersisa...

Selesai semuanya aku menarik nafas lega... Namun langit yang mendung berterusan mendung kerana aku dan offiser mendapat khabar berita dari HQ kami yang mengatakan terdapat masalah di 3 buah ATM iaitu Awana, Skyway dan R&R Genting Sempah... Perhhhhhh... kali ini aku merungut panjang... Ku tatap jam di handset, pukul 2045 malam... perut belum di isi sedari pagi lagi... ehm apalah malang nasib aku hari nih... Tanpa berlengah aku dan dua orang Officer iaitu Kak Ina dan Acap bergegas ke van bagi menjayakan misi... Destinasi pertama aku ialah Awana... Selesai tugas di Awana terjadilah sedikit pertengkaran antara aku dan kak Ina... Kak Ina ingin ke Skyway manakala aku ingin ke R&R... Tanpa kata sepakat, dengan menggunakan kuasa VETO aku sebagai Driver, ku halakan van ke R&R Genting Sempah...

Setibanya di Genting Sempah kami dapati ATM tersebut terpadam gara-gara terputusnye bekalan elektrik dari sumbernya... Lalu Kak Ina menghubungi elektrical yang bertugas di R&R tersebut namun pihak R&R mengatakan tiada siapa yang bertugas pada waktu malam... Walaupun demikian dan oleh kerana desakan kami maka mereka mendapatkan bantuan daripada elektrical mereka yang bertugas di terowong karak... Tempoh menunggu itu tidak kami sia-siakan sama sekali... kami terus mengisi perut masing-masing di situ...

Selesai makan kami teruskan jua penantian kami... Dalam keadaan yang masih sengal, aku terpandang ke tempat pakir kereta... Terdapat sebuah lori yang menjual buah durian di situ... Lalu aku berbisik pada Acap " durian cap... Jom layan... Kak Ina tak makan... Biar lah dia tunggu kat sini hahaha"... Selepas itu aku dan Acap meminta diri dari pada kak Ina... Aku beli Sebiji Durian D24 dengan harga RM8 lalu makan bersama Acap di tempat kejadian... hehehe tanpa di duga, murah rezeki kami kerana penjual durian tersebut memberi kami 2 biji lagi durian kampung... hahahah Rezeki jangan di tolak... Belum pun sempat kami menghabiskan rezeki depan mata makan terdengarlah satu suara yang kami kenali "dah jom gi Skyway pulak"... Rupanya Kak Ina dah pun selesaikan misi kami di sini seorang diri tanpa kami... hehehe...

Setelah selesai balun Durian kami bertolak ke Skyway... tanpa aku sedari Sengal-sengal ubi yang membuat aku derita sedari pagi tadi telah hilang tiba... Segalanya berjalan dengan mudah dan lancar... hahaha jadi aku membuat kesimpulan di sini bahawa durian adalah penawar derita... korang pun cuba lah kalau ade masalah cam aku... Mana tau Derita korang dapat dipulihkan dengan durian... PEACE...

14 comments:

Mohd Farid said...

biasa lah bro... hari tak selalu cerah. cabaran hidup, cabaran kerja semua lumrah manusia sebab tiada yg sempurna, kita semua akan pastinya masuk ke jurang kesilapan sama ada mahu atau tak dan anggaplah ia sebagai satu ujian yang terkandung jutaan hikmah. manusia melihat namun Dia Maha Segala....

PS: jgn lupa singgah blog saya: http://jejak87.blogspot.com

sis_nita said...

alahaiiii..
durian penawar segala masalah yerr..
hmmm..
menarik tuhhh..
ilangkan stress mai laa pekena durian..

meo188 said...

fuyou... durian gred tinggi yg paling empuk dan berkrim. nyum2... :D

mamai said...

tapi durian itu buat aku derita....

niza said...

sakit rindu kt wife ler tuuuuu;0

dkama said...

Mohd Farid:
ok kompom aku singgah nanti...

Sis_nita:
hahahaha ada banyak ke sis... dkama nih pantang orang pelawa haha...

Meo188:
Tapi ari tu durian kampung tuh lagi empuk la bro... D24 tuh mengkal sikit baru gugur agaknya...

mamai:
cuba saudara hilangkan Derita ngan buah Manggis... mana tau berkesan... PEACE..

niza:
hahaha tomoro moning aku kan bersua...PEACE...

Azan Subuh said...

cerita sedih, tapi ada juga unsur2 yg menghiburkan.

hidup ini suatu perjuangan. jika iman sebagai bekalan, insya Allah segala-galanya akan dipermudahkan.

dkama said...

Azan Subuh:
Betol cakap saudari Afzan... IMAN adalah penawar derita... Sebut Iman kita kena sabar...dan bila sebut Amal kita kena ikhlas... Terkadang dkama terlupa Afzan ingatkan... TQ...PEACE...

anak laut said...

salam..

takkan sukar nak faham...baca berulang2 kali..insyallah..boleh faham..
tq sudi beri komen..

a.b geldofg said...

:)

:: Cikgu Wiween :: said...

eden da sonak perut ari2 mkn durian bro oi. huhuhu :p

err Kate da start membebel balik tau! :p

SRISUFI said...

Salam bro...

~p e a c e~

Kenapakah ini?

=)

SharHanah said...

bau durian masih melekat di dalam kete kuda ku itew...

ciK LyndaWawa igUana said...

steady rock bebeh.....