Pages

Wednesday, July 29, 2009

NAFISA

Bila gua ingat balik apa yang dah gua lalui dari dulu sampai sekarang, apa yang gua nampak semua perkara dah berubah... namun dalam hati nih gua rase gua sikit pun tak berubah... hanya perwatakan dan persekitaran saja yang berbah abis... Namun gua tetap dkama yang dulu dan tetap camtuh sampai bebila... Mungkin... Tetap suka melakukan perkara yang rutin cam dulu jugak walaupun orang len dah tak buat dah... Kat genting nih gua bakal di tinggalkan oleh kawan2 lama yang nak berambus mengikut haluan masing2... Dan kemungkinan selepas raya tinggal gua sorang je orang lama dan yang lain2 akan di ganti dengan orang baru... Apa akan jadi ngan gua lepas nih tak pasti... Tapi yang pasti gua tetap camnih... Orang lain dah lama berkukar rentak tapi Gua tetap Rock_Kapak... hahaha PEACE...

XPDC

Dikeheningan malam ini
Aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajarku
Sepanjang hari sepanjang malam

Dibenak ku kau sentiasa
Lalu memukau jiwa
Jadi sentimental lelaki ini

( korus )
Terkadang perjalanan jauh
Yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah curam yang ngeri
Aku harungi

Sepuluh musim yang benderang
Bagai direndam perasaan
Mentari terik tak terasa
Awan mendung berlalu berganti masa

Itupun dia kehadiran
Yang tak mungkin aku lepaskan
Dakap erat sepenuh kasih
Genggam genggaman ini menambah seri

Biarlah dunia beredar
Rentak sama kita berlari
Menuju titik permulaan
Belum tahu dimana ia berakhir

Tuesday, July 28, 2009

Sentuhan Cintaku Kehilangan Bisa...

Setelah satu purnama menjelma, Namun kutatap wajah kusam UNTA ku yang tersadai kaku tanpa aksi dari ku... Aku paham dan aku mengerti perasaannya namun cintaku kehilangan bisa... Aku mula pasrah dengan apa yang ada kerana di kalbu ini bukan hanya dikau sahaja wahai UNTA... SATRIA lambang keperkasaan ku di corner juga memiliki hati ini... Juga telah menjangkau empat purnama lamanya tak ku hiraukan... Ini lah bahana Sentuhan Cintaku Kehilangan Bisa... Namun kini ku nekad dan ku leburkan jua apa yang ada agar dirimu wahai UNTA bangun semula walaupun tidak segagah mana... Sedikit demi sedikit kubajai cinta ini agar dikau terus beraksi membawa ke mana ku pergi... Tanpa mu wahai UNTA, sungguh asing dunia ini... Dan hari ini jua aku sedar dikau masih berpantang dan tak mampu mendaki setinggi puncak genting... Sabar dahulu wahai UNTA kerana saatnya akan tiba dan seluruh papantanda akan menyaksikan cinta kita...


TAG DARI AKIM

Dalam melayari hari-hari malang aku kerana poket yang agak pokai ketika ini, maka aku pun membizikan diri aku dengan kerja2 yang bermanfaat bagi aku dan hanya untuk diri ku... Namun tanpa aku sedari rupanya aku kena TAG dari seorang sahabat bernama ABDUL HAKIM BIN ABDUL RAZAK yang berasal dari plenet NAMEK yaitu seangkatan ngan SON GOHKU... Beliau seorang yang... Malas aku nak cakap kat sini... kalau korang nak kenal klik kat sini jer lah...


1. Berapa umur anda?
Aku lahir 19/12/79 yang aku tau
Umur aku semakin pendek... Sehari, seminggu, setahun tapi tak mungkin seabad...
aku pun tak tau... Ampunkan aku kalau ada salah dan silap... hehehe

2. Anda berasal?
Aku berasal dari Nabi Adam dan Siti Hawa..
Tak pasti dari Habil atau Qabil tapi yang pasti dari mak ngan abah aku
PEACE

3. Berapa adik beradik anda? Anak yang ke? Brp lelaki n perempuan?
Lapan beradik! anak ke empat! empat gagah dan empat lembut!
Anak buah panggey aku PakJang

4. Sekolah terakhir anda?
SMKPJ
hahaha nak tau carik ar dalam peta Pahang

5. Bila terakhir anda memotong rambut?
16/07/2009
Aku ingat sebab aku memang selalu potong rambut lepas gaji...
Rambut yang pendek adalah gaya Rock zaman sekanrang kan??


6. Shampoo apa yang anda gunakan sekarang?
Cap Ayam kot... tak baca lebel la pulak
hahaha

7. Anda gemar menjahit? Kalau tidak nyatakan sebab
Apa barang menjahit... Tak Rock Langsung...

8. Jika duduk di rumah, adakah anda suka menghias diri
Tak sama sekali... kusut dan serabut lebih Ori...

9. Apakah kerja rumah yang paling malas anda hendak lakukan?
Basuh periuk belanga

10. Soalan terakhir...bagi 5 kenangan MANIS yang tak dapat anda lupakan sampai bila bila
Basking kat Pantai klebang Melaka... Jamming ngan kembar aku beserta seorang kawan bernama Lauk... Makan durian kat kat pangkin belakang umah aku... Mancing udang kat sungai Rompin..
KAHWIN
Tag ini dipanjangkan kepada:
Naruto
cicakmen
Bumblebee
seluruh penduduk plenet NAMEK
Tak lupa juga buat Wolvarine dengan ucapan ceria2 selalu
buat mereka2 yang tak pernah jawap TAG...

Sekian dahulu wasalam...
PEACE

Thursday, July 23, 2009

MAKANAN YANG JIJIK...

TIKUS GORENG
Makanan ini adalah makanan kegemaran sebahagian daripada penduduk Indonesia khususnya di manado. Bentuknya seperti ayam goreng. Bagi kita makanan itu yang pelik dan jijik sekali tetapi bagi mereka, tidak....

ROTI KUKUS DAGING KUCING.
Di Hong Kong daging kucing dimakan bersama roti kukus maka terhasilah satu aroma yang amat meloyakan. Nmun demikian itulah yang menjadi kegemaran bagi penduduk di situ. Cian si comel kan?

TESTIS BABI
Bagi sebahagian daripada penduduk sepanyol dan Kanada, testis babi dirincik halus-halus, kemudian dimasak dengan bawang putih dan pasli. Makanan pelik ini dinamakan Criadillas. Ramai juga yang suka testis ini di buat barbeku... hahaha ..

SMALAHOVE
Di Norwar Smalahhove adalah nama makanan berupa kepala kambing yang telah disalai selama beberapa hari. Setelah cukup kering, seluruh kepala kambing itu dimakan termasuk, mata, otak, lidah dan lendir-lendirnya sekali...

PUDING DARAH BABI
Di Trinidad puding darah babi dicampur remah-remah roti dan nasi telah menjadi makanan kegemaran mereka...

Satu soalan yang timbul di sini ialah antara makanan di atas dengan rasuah , yang manakah lebih jijik???



PEACE
Rujukan:MASTIKA ogos 2009 m/s 80

Wednesday, July 15, 2009

Wings vs XPDC

WINGS-KAU BUKAN BRADER


Lagaknya tenang tak ramai perasan
Adakalanya ia seakan budiman
Tapi air tenang jangan sangka tiada buaya

Dia tak kenal huruf dia tak kenal bangsa
Jika ada duit adalah barangnya
Duit untuk racun, racun untuk khayal seketika

Dia bijak pandai dan kenal semua orang
Yang di atas dan parya semua dalam genggaman
Tak bisa dikesan dia macam saudara

Di istana di rumah di haspital di mahkamah
Dia kan bersarang kalau tak dijaga
Kuasa tepung syurga igauan masyarakat

Kau bukan brader kau bukan orang
Perosak bangsa engkaulah binatang
Tak dapat ibu anak kau musnahkan
Asal puas nafsumu.... Menyokong Syaitan....
Kau lah syaitan............

P/S :- Dadah musuh negara


XPDC-KITA PENG YU


Aku bukannya engkau
Dan engkau bukan lah aku
Kita bukan sipolan
Dan sipolan bukan lah kita

Kita masing-masing ada lumbrahnya

Aku bukannya jantan
Dan juga bukan betina
Kita bukan sang haiwan
Dan sang haiwan bukan lah kita

Kita kau dan aku manusia

Beri ambil panggil datang
Walau api menjulang
Caci puji kawan lawan
Kita tetap terima

-XPDC-
Layan je

Wednesday, July 8, 2009

Penawar Derita

Aku tak tahu apa dah jadi dengan diri aku... Bangkit dari tidur aku rasa badan aku semacam je... badan rase tak sedap fikiran pun melayang-layang... Dengan keaadaan aku yang sengal-sengal ubi aku melangkah jua ke bilik air untuk mandi... Namun apa yang berlaku aku terlupa membawa tuala bersama-sama... dengan seluar basah aku keluar semula untuk mendapatkan tuala antik aku yang tercinta... Apa dah jadi dengan aku nih... Blur blur...

Dengan semangat perjuangan harmoni yang masih bersisa aku duduk dan joint kengkawan aku tengok astro cerita lawak king lakunan kumpulan sepah dan lelain... Berdekah dekah mereka ketawa kerana lawak yang tercipta namun aku diam membisu seribu bahasa... Mujur tiada yang perasan akan keadaan ku yang sebegini rupa... Lalu aku bangkit dari lamunan dan bersiap-siap untuk meneruskan perjuangan di bumi genting ini... Setelah selesai aku terus pergi kerja tanpa ada sebarang perasaan...

Setibanya aku di tempat kerja aku ngam2 pukul 1500 yang membawa makna tidak awal dan tidak lambat aku mengambil Revolver 0.38 bersama-sama 18 butir Bullet... Aku sedar aku mempunyai misi... Dan aku sedar yang aku memikul tanggungjawab yang amat besar di bumi genting ini... Misi aku ialah menjaga kedamaian namun demikian, ketika ini dan saat ini adakah jiwa aku benar-benar DAMAI... Aku mendapat satu panggilan hangit yang mengatakan Sebuah ATM di VIP Room kehabisan duit... Lalu aku segera bergegas kesana bagi memastikan tiada sebarang kekacauan berlaku ketika Officer menambah wang di dalam ATM...

Rupa-rupanya tugasku tidak berakhir di situ... Hari ini aku terlalu banyak masalah yang menimpa aku dalam menjalankan tugas... terjadi salah faham antara aku dan officer namun masih dapat ditangani dengan baik... Keadaan memaksa aku yang masih sengal2 ubi ini menjadi kelam kabut... Kemudian aku berehat sebentar di kedai mamak lalu kupesan nescafe 0... aku duduk dan menghirup air kesukaan aku... Hirupan demi hirupan membuat aku lupa dan hilang ingatan mengenai tugas yang banyak sebentar tadi...

Belum pun sempat aku menghabiskan minuman kegemaran aku, aku dikejutkan dengan satu SMS... " Jom Loading first World"... Tanpa mengeluh aku pulang ke markas aku yang bersebelahan dengan Maybank lalu aku mengambil kunci van kerana di cawangan Genting ini aku adalah merangkap driver gara-gara tiada siapa yang yang pandai memandu dalam departmen aku melainkan aku, azan dan Epol... Ketika ini Epol sedang bercuti dan Azan pula bekerja di Shift pagi... Maka hanya aku lah seorang diri yang meneruskan perjuangan ini...

Mungkin nasib aku kurang menyenangkan hari ini satu panggilan dari markas mengatakan aku tak sign buku kunci... lalu aku kembali semula ke markas untuk menandatangan buku berkenaan... "ko teringat kat bini ke sampai Sign buku pun ko lupa" sindir salah seorang yang bertugas di situ... Secara sepontan aku memaksa diri aku tersengeh walaupun hakikatnya aku blur, blur dan blur abis... ku langsaikan hutang ku di first world dan kemudian aku pulang ke markas semula untuk menghabiskan tugasan yang masih bersisa...

Selesai semuanya aku menarik nafas lega... Namun langit yang mendung berterusan mendung kerana aku dan offiser mendapat khabar berita dari HQ kami yang mengatakan terdapat masalah di 3 buah ATM iaitu Awana, Skyway dan R&R Genting Sempah... Perhhhhhh... kali ini aku merungut panjang... Ku tatap jam di handset, pukul 2045 malam... perut belum di isi sedari pagi lagi... ehm apalah malang nasib aku hari nih... Tanpa berlengah aku dan dua orang Officer iaitu Kak Ina dan Acap bergegas ke van bagi menjayakan misi... Destinasi pertama aku ialah Awana... Selesai tugas di Awana terjadilah sedikit pertengkaran antara aku dan kak Ina... Kak Ina ingin ke Skyway manakala aku ingin ke R&R... Tanpa kata sepakat, dengan menggunakan kuasa VETO aku sebagai Driver, ku halakan van ke R&R Genting Sempah...

Setibanya di Genting Sempah kami dapati ATM tersebut terpadam gara-gara terputusnye bekalan elektrik dari sumbernya... Lalu Kak Ina menghubungi elektrical yang bertugas di R&R tersebut namun pihak R&R mengatakan tiada siapa yang bertugas pada waktu malam... Walaupun demikian dan oleh kerana desakan kami maka mereka mendapatkan bantuan daripada elektrical mereka yang bertugas di terowong karak... Tempoh menunggu itu tidak kami sia-siakan sama sekali... kami terus mengisi perut masing-masing di situ...

Selesai makan kami teruskan jua penantian kami... Dalam keadaan yang masih sengal, aku terpandang ke tempat pakir kereta... Terdapat sebuah lori yang menjual buah durian di situ... Lalu aku berbisik pada Acap " durian cap... Jom layan... Kak Ina tak makan... Biar lah dia tunggu kat sini hahaha"... Selepas itu aku dan Acap meminta diri dari pada kak Ina... Aku beli Sebiji Durian D24 dengan harga RM8 lalu makan bersama Acap di tempat kejadian... hehehe tanpa di duga, murah rezeki kami kerana penjual durian tersebut memberi kami 2 biji lagi durian kampung... hahahah Rezeki jangan di tolak... Belum pun sempat kami menghabiskan rezeki depan mata makan terdengarlah satu suara yang kami kenali "dah jom gi Skyway pulak"... Rupanya Kak Ina dah pun selesaikan misi kami di sini seorang diri tanpa kami... hehehe...

Setelah selesai balun Durian kami bertolak ke Skyway... tanpa aku sedari Sengal-sengal ubi yang membuat aku derita sedari pagi tadi telah hilang tiba... Segalanya berjalan dengan mudah dan lancar... hahaha jadi aku membuat kesimpulan di sini bahawa durian adalah penawar derita... korang pun cuba lah kalau ade masalah cam aku... Mana tau Derita korang dapat dipulihkan dengan durian... PEACE...

Sunday, July 5, 2009

AKU MASIH HIDUP

Semalam lepas aku pulang dari kerja, aku n berapa lagi kawan serumah bantai main MONOPOLY... Besh pulak aku rasa... Macam dalam permainan aku rasa hidup aku sikit lebih kurang halal jer... Sebab yang nyata aku memang suka bersaing sesama kawan aku... Tapi persaingan yang aku buat adalah untuk kebaikan aku sendiri dan bukan untuk menghancurkan kengkawan... Tanpa diorang siapalah aku... heheheh... Namun apa yang menjadi kesan kepada aku ialah aku amat lokek untuk diri aku sendiri... Camner la tak lokek belanja overhead bulanan aku dah melebihi separuh dari gaji aku... perhh kire over estimate dah aku nih...

Tak sangka pulak aku monopoly membawa aku sampai jam 6.30AM hahaha... so apalagi aku laksanakan apa yang patut dan terus sleep... Berbekalkan lagu "Jerangkap Samar" dendangan Awie dan kumpulan sayap yang kedengaran sipi2 kat cuping telinga aku maka aku pun terlelap.... hahaha itu lah dia resmi seorang Rocker pencen cam aku sampai tidur pun kena rock jugak...

Tepat jam 12.30 aku pun tersedar dari mimpi indah yang ntah hapa hapa tanpa aku sedari... Itu lah istimewanya aku... aku hanya tidur selama 6 jam tanpa henti... dan apabila genap 6 jam aku akan tersedar sendiri tanpa paksaan... Walaupun sudah tengah hari tapi udara di Genting tetap nyaman macan subuh... Tanpa segan silu aku menggeliat dan menggosok-gosok mata aku... Namun telinga aku masih mendengar lagu kat pc yang masih memekek melolong tak kira waktu... Masih lagi lagu awie dengan kumpulannya iaitu "Peronda Jeket Biru"... amat sesuai sekali lagu tuh dengan time dan ketika... Jap lagi lepas aku mandi dan sarapan merangkap makan tengah hari baru lah aku sarungkan jeket biru ke tubuh aku yang sengal2 ubi nih...

Jam dah pukul 2.00PM dan aku dah selesai yang yang wajib aku lakukan setiap hari... Aku masih ada sisa waktu selama sejam sebelum bekerja.... Aku tengok astro dulu namun takde cerita yang best pada pandangan mata aku ketika itu... Dan aku bukak blog aku namun hati nurani aku menjerit kemalasan untuk mengupdate dan meneroka blog kengkawan maya... Apa yang aku mampu buat ialah membalas e-mail dari seorang kekasih pujaan kalbu...

2.45PM aku melangkah longlai menuruni anak tangga dan mendapatkan motorsikal aku untuk pergi bekerja... Walaupun kepenatan bekerja semalam masih terlekat di sanubari, Walaupun tidak banyak perkara2 yang berfaedah yang aku lakukan semalam dan hari ini, Dan walaupun jiwa dan raga aku kesepian tanpa kehadiran manik kayangan di sisi... Dan walaupun kekosongan yang terlakar di hati hanya ditemani lagu2 Rock-kapak yang berusia 20 tahun.... Namun aku tetap Keluar dari rumah dengan langkah kiri dan bersyukur kerana aku masih hidup........ PEACE...

Wednesday, July 1, 2009

INILAH HAKIKAT DUNIA

Suatu hari, Abu Nawas mengenakan pakaian seperti orang biasa sewaktu bertandang ke pesta anjuran seorang bangsawan. Sebaik sampai disana, tiada seorang pun wakil tuan rumah yang datang melayannya. Paling malang, Abu Nawas diusir kerana penampilannya yang buruk itu dianggap cuba merosakkan majlis. Abu Nawas pulang semula ke rumah. Dia memakai pakaian serba baru lagi indah. Baju nya kali ini sangat cantik, layak dipakai golongan bangsawan.

Sesampainya di pesta berkenaan, dua pelayan terus menyambut Abu Nawas. Mereka menghidangkan makanan dan minuman yang lazat. Apabila melihat dia dilayan sebegitu rupa, Abu Nawas lantas melucutkan pakaian indah yang dipakainya sebentar tadi sambil mengeluh.

"Aduhai pakaian, makanlah makanan yang disediakan oleh tuan rumah, inilah hakikat dunia, kerana yang dihargainya disini hanyalah dirimu". Sindiran Abu Nawas lalu meninggalkan pesta berkenaan.

Tuan rumah dan para tetamu terkejut melihat tingkah laku mengejutkan oleh Abu Nawas. Secara diam-diam, mereka merasa terpukul dengan sindiran itu dan mengakui kebenaran kata-kata Abu Nawas.



Rujukan : Mastika Julai 2009 , m/s 45