Pages

Tuesday, May 19, 2009

RAJAH IMAN



Ini adalah rajah Iman sepertimana yang aku belajar ngan Abah suatu ketika dulu... Abah banyak mengajar aku Ilmu Tauhid tapi aku nih haprak sikit.... Bila aku nampak gambar Heart dengan kalimah ALLAH di tengah2 daripada blog " Damba KasihMu Tuhan " baru aku teringat tentang Rajah nih... Bila aku perhatikan betul2 Rajah ni macam melambangkan gambar HEART tu kan?? Ehm yang pasti hanya ALLAH yang maha Mengetahui.... So kat sini aku nak share ngan semua apa yang pernah Abah ajar kat aku suatu masa dulu... Kalau ada salah n silap aku harap u All tolong betulkan... Maklumlah aku nih Rockers Haprak.... Ok Check It Out...

MAKSUD IMAN
Sebut dengan lidah, terima dengan hati dan buktikan dengan perbuatan... Apa yang dimaksudkan di sini ialah mengenai Kalimah Iman iaitu LAILLAHAILLALLAH MUHAMADURRASULULLAH... Bagi setiap Muslim, kalimah Iman ini perlu disebut dengan lidah dan hati menerima kalimah ini dengan sekuat-kuatnya... Seterusnya hendahlah dibuktikan dengan perbuatan di mana setiap perbuatan atau apa yang kita lakukan hendaklah mengesakan ALLAH  S.W.T. tanpa menyekutukanNya dengan sifat baharu  dan sentiasa mengamalkan Sunnah dan ajaran Rasul kita iaitu Nabi Muhamad S.A.W....

AWAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH
Kita akan menjadi Islam hanya pada nama sekiranya kita tidak mengenal siapa ALLAH... Contohnya ibadah yang kita lakukan seperti solat, puasa, sedekah dan sebagainya hendaklah disertakan dengan niat LILLAHI TAALA... Tetapi semua ibadah ini akan menjadi sia-sia sekiranya kita tidak mengenal siapa ALLAH... Oleh yang demikian, kita diwajibkan mengetahui 20 sifat yang wajib bagi ALLAH.... daripada 20 sifat ini kita akan mengetahui pula 20 sifat yang mustahil bagiNya.... "man 'arafa nafsahu faqod 'arafa rabbahu" (siapa kenal dirinya maka sesungguhnya dia kenal Tuhannya)... Di sini kita dapat mengetahui bahawa dengan mengenali diri kita sebagai sifat baharu, kita dapat mengenal akan kebesaran ALLAH....

Sama-sama lah kita mencari kesempurnaan iman kita.... Dan kalau ada salah silap aku di sini aku mintak supaya ditegur dan diperbetulkan.... maklum lah aku nih bukan Ustaz yang arif dalam pengetahwan agama.... sesikit tu bole lah... 

Ok bersama saya Ahmad Nabil Bin Ahmad dalam rancangan Lu pikir lah sendiri.... hehehe Kita pikirlah sama-sama.... Assalamualaikum...


Thursday, May 7, 2009

FLYWINGs SDN. BHD. LAGI


BERTEMU LALUAN KEKASIH

Mentari mula terbenam
Langkah ku bermula
Ke ufuk jingga
Berjalan di tengah malam 
Cari cahaya entah di mana

Haruskah ku tunggu
Halilintar datang menyambar
Atau pun ku teruskan
Mencari sinarnya rambulan

Dengan satu ribu satu impian
Aku redah belukar lurah dan rimba
Akhirnya bertemu laluan...
Kekasih...

Kekasihku kian lama tak berjumpa 2x

Hanya pada nama
Ku sandarkan cinta

Kekasih ku terjamin cinta dan kalimah 2x

Segala isi bumi
Merestui pengabdian ku kekasih...


Satu lagik lagu ilang tension

Wednesday, May 6, 2009

WINGS TAMPIL ATAS EHSAN FLYWINGS SDN. BHD.

LEMBAH INDRALOKA

Waktu pintu mu buka setengah
Gemersik menikam memantul suara
Ku tinjau sejenak untuk periksa
Bergema di lembah indraloka

suara mu
membisik merdu di kalbu memanggil ku

Ku buka sepenuh pintu daya mu
Dan melangkah masuk ke dalam taman mu
Aku tak pasti apa kan berlaku
Kalau ku ditangkap pengawal mu

Mungkin aku
Kan terkorban dalam merindui mu

Kini ku berada dalam taman mu
Tiada aku takut akan kematian
Kerana hidup dan mati sama untuk mula
Ku lalui berulang kali

Tapi megapa kau hadir saja 
Dalam setiap mimpi mimpi ku
Dan meninggalkan kunci dan peta
Kalau aku kau tak ingini

Kasih siapa aku di sisimu 2x

Ku pakukan kaki ku ke tanah mu
Biar berdarah menjadi sungai
Agar tak bisa di cabut oleh sesiapa
Yang mahu menghalau ku keluar

Siapa aku.... Di sisi mu... Kasih....


p/s: Dasyat tak Rockers Bercinta???

Apa Bikin?: BUDAYA DAN NILAI KONSUMER

Apa Bikin?: BUDAYA DAN NILAI KONSUMER

Tuesday, May 5, 2009

JAWAPAN UNTUK LINA....

hahaha aku da termasuk kat blog lina semalam... Klik di sini.... so kena lah aku jujur ngan diri aku sendiri.... memula aku kene amik gambar kat atas dulu... pastu aku kena la perah otak nak ingat balik apa yang da jadik sejarah dalam idup aku sekian lama... so secara automatik aku jadi cam gambar di atas... so untuk Lina aku jawap ar satu2....

1. 12 thn...
     a) cinta muzik
     b) cinta rempit
     c) cinta monyet
     d) cinta seusia kita  [cam lagu Awie n Wings]

2. Yang keramat  28/11/2008 aku nikah...

3. haha mesti ar cinta seusia kita... 
     Dari 2007 InsyaAllah sampai akhirat...

4. hahaha tak ingat.. Rujuk kat n3 3F.. 
     mmg tak ingat sbb dl2 aku dah FORMAT... 

5. nih aper punya soalan da???

k Lina den dah jawab sumonyo... hehehehe sket lebey kurang halal la yo... Assalamualaikum...

Monday, May 4, 2009

AKU GUMBIRA...

Ari ni aku dapat berita gembira yang dah lama aku tunggu2 selama nih... Alhamdulillah... Mudah2an Allah makbulkan permintaan aku kali nih... setelah 5 bulan aku mendirikan rumahtangga, ari aku diberitahu yang wife aku dah pon menunjukkan tanda2.... so InsyaAllah kalau kami dimurahkan rezeki, aku akan bergelar bapa... So ari nih aku bekerja dengan ati yang gembira sangat... cam gambar kat sebelah kot... hehehe... lantak ah cam apa pon...... kepada sahabat2 aku kat sini doakan aku dapat cahaya mata yang soleh... ehm pasal gambar sebelah ni aku amik dari ClipArtOf.Com kawan aku punya... lukisan tangan tau... sesapa nak tengok hasil tangan dia masuk ar blog die kat www.aku-punyo-pasal.blogspot.com ... buat 'aku punyo pasal' hahaha den kidnap lagi 1 hak cipta terpelihara ko... Den dah ponek ni baru jo balik kojo... k cau PEACE..... "Knowing me as a Sign Of ROCK_KAPAK..." 

Saturday, May 2, 2009

PHEEEWEEET....

Rasa cam Rock Star pulak bila ramai mat saleh minat kat aku... sapa2 nak rasa camner yang aku rasa bila tengok gambar ni kidnap jer kat blog Asa.... TQ Asa

Friday, May 1, 2009

3F

Sebagai manusia biasa kita tidak lari dari membuat kesilapan... begitu juga dengan setiap orang di sekeliling kita... oleh yang demikian, memaafkan adalah asas kepada perhubungan kita dengan orang lain..... tanpa kemaafan dari orang lain tak mungkin kita mempunyai teman, sahabat, keluarga dan masyarakat.... begitulah sebaliknya... apa yang menjadi persoalan di sini ialah sejauh mana kita bersedia memaafkan orang lain.... bayangkan kita seorang anak yang tidak mahu memaafkan ibu dan ayah... Fikirkan apa yang terjadi kepada keluarga kita.... sedangkan "air dicincang takkan putus" tetapi eratkah hubungan kita kita dengan adik beradik kita sekiranya kita tidak mahu memaafkan kesilapan mereka???... begitu juga masalahnya dengan teman2 kita.... Alangkah malangnya bagi seorang wanita jika dia tidak menerima kemaafan dari suaminya.... dan alangkah malangnya seorang lelaki jika tidak diberi kemaafan dari ibunya.... Kemaafan membuat hati kita bersih dari dendam dan dengki.... kebanyakannya penyakit gila adalah berpunca daripada tekanan perasaan... Sama ada kecewa dengan dirinya sendiri atau pun orang lain di sekelilingnya... di situ kita dapat lihat bertapa pentingnya memaafkan diri sendiri mahupun orang lain dalam mencapai ketenangan jiwa kita sendiri.... dari itu, di dalam ruangan ini aku sajikan 3F sebagai tips.... berkesan atau tidak terpulang kepada kita semua...

FORGIVE
Apabila kita sentiasa memberi kemaafan, kita akan menjadi seorang yang berjiwa besar... Segala rasa sakit ati, geram dan dendam kesumat yang terbuku di dalam hati kita akan terlerai... namun begitu untuk memberi kemaafan kepada orang lain bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi kesilapan yang dilakukan telah terkesan di hati kita.... Jadi di sini, untuk memberi kemaafan hendaklah disertakan dengan jiwa yang besar dan hati yang tulus supaya kepahitan yang kita alami akan bertukar menjadi memanisan dan kesegaran untuk diri kita...

FORGET
Alangkah bahagianya kita sekiranya kita mampu melupakan kesilapan orang lain... dengan cara ini, tidak tertinggal sedikit pun sisa2 kepahitan yang kita alami.... selain itu, masalah ungkit mengungkit perkara yang lepas tidak akan timbul lagi... dan apa yang baik di sini ikatan silaturrahim antara kita dengan orang lain tidak kan terputus begitu sahaja....

FORMAT
sama seperti kita memformat pendrive dan tentunya pendrive tersebut menjadi seperti asalnya..... kemaafan yang disertakan dengan format akan menjadikan kita ceria seperti sebelum kekecewaan datang kepada kita... dengan cara ini hubungan silaturrahim antara kita dengan orang lain akan berjalan seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku...  Senang bukan... Senang ke??? hahaha

FORGIVE hendahlah diteruskan dengan FORGET ataupun FORMAT.... kalau ketiga-tiganye diperaktikkan oleh setiap orang rasenyer dunia ni akan aman tanpa perang... hehehe... PEACE....




Thursday, April 30, 2009

PRODUK TERBARU KFC...

Satu kemalangan telah berlaku ke atas seorang pekerja KFC di Kota Damansara, di mana pekerja tersebut terjatuh ke dalam kuali panas.... Daripada kemalangan tersebut, ibu pejabat KFC telah menghasilkan produk baru seperti dalam gambar bagi mengenang jasa dan pengorbanan pekerja tersebut... Selain daripada rasanya yang sedap, produk ini juga mampu membuat pengunjung KFC ketawa sebelum makan... hehehe... apa yang korang ketawa...???

Apa Bikin?: PERINGATAN !!!!

Apa Bikin?: PERINGATAN !!!!