Pages

Tuesday, May 19, 2009

RAJAH IMAN



Ini adalah rajah Iman sepertimana yang aku belajar ngan Abah suatu ketika dulu... Abah banyak mengajar aku Ilmu Tauhid tapi aku nih haprak sikit.... Bila aku nampak gambar Heart dengan kalimah ALLAH di tengah2 daripada blog " Damba KasihMu Tuhan " baru aku teringat tentang Rajah nih... Bila aku perhatikan betul2 Rajah ni macam melambangkan gambar HEART tu kan?? Ehm yang pasti hanya ALLAH yang maha Mengetahui.... So kat sini aku nak share ngan semua apa yang pernah Abah ajar kat aku suatu masa dulu... Kalau ada salah n silap aku harap u All tolong betulkan... Maklumlah aku nih Rockers Haprak.... Ok Check It Out...

MAKSUD IMAN
Sebut dengan lidah, terima dengan hati dan buktikan dengan perbuatan... Apa yang dimaksudkan di sini ialah mengenai Kalimah Iman iaitu LAILLAHAILLALLAH MUHAMADURRASULULLAH... Bagi setiap Muslim, kalimah Iman ini perlu disebut dengan lidah dan hati menerima kalimah ini dengan sekuat-kuatnya... Seterusnya hendahlah dibuktikan dengan perbuatan di mana setiap perbuatan atau apa yang kita lakukan hendaklah mengesakan ALLAH  S.W.T. tanpa menyekutukanNya dengan sifat baharu  dan sentiasa mengamalkan Sunnah dan ajaran Rasul kita iaitu Nabi Muhamad S.A.W....

AWAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH
Kita akan menjadi Islam hanya pada nama sekiranya kita tidak mengenal siapa ALLAH... Contohnya ibadah yang kita lakukan seperti solat, puasa, sedekah dan sebagainya hendaklah disertakan dengan niat LILLAHI TAALA... Tetapi semua ibadah ini akan menjadi sia-sia sekiranya kita tidak mengenal siapa ALLAH... Oleh yang demikian, kita diwajibkan mengetahui 20 sifat yang wajib bagi ALLAH.... daripada 20 sifat ini kita akan mengetahui pula 20 sifat yang mustahil bagiNya.... "man 'arafa nafsahu faqod 'arafa rabbahu" (siapa kenal dirinya maka sesungguhnya dia kenal Tuhannya)... Di sini kita dapat mengetahui bahawa dengan mengenali diri kita sebagai sifat baharu, kita dapat mengenal akan kebesaran ALLAH....

Sama-sama lah kita mencari kesempurnaan iman kita.... Dan kalau ada salah silap aku di sini aku mintak supaya ditegur dan diperbetulkan.... maklum lah aku nih bukan Ustaz yang arif dalam pengetahwan agama.... sesikit tu bole lah... 

Ok bersama saya Ahmad Nabil Bin Ahmad dalam rancangan Lu pikir lah sendiri.... hehehe Kita pikirlah sama-sama.... Assalamualaikum...


No comments: