Thursday, April 23, 2009

TRAFIC LIGHT

Assalamualaikum semua dan terima kasih kerana sudi datang melawat aku dalam blog ni... Rasanya aku dah lama tak update blog ni... bukan aku sengaja tapi sebab aku tak dapat cerita2 yang menarik kat genting ni untuk dikongsikan bersama... so untuk ari ni aku nak cerita mengenai Trafic Light atau pun Lampu Isyarat.... sekali lagi aku minta maaf kerana tajuk yang aku nak keutarakan ni takde kena mengena ngan Genting...

Lampu Isyarat merupakan sesuatu yang dicipta oleh manusia, bertujuan untuk mengawal lalu lintas jalan raya sekali gus mengurangkan kemalangan jalan raya. kebiasaannya lampu isyarat diletakkan di simpang2, bulatan dan juga di tempat2 lintasan pejalan kaki... hanya menggunakan 3 warna iaitu hijau untuk jalan, kuning untuk bersedia berhenti dan merah untuk berhenti... Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna jalan raya yang rabun warna, maka warna hijau dicampurkan sedikit dengan warna biru dan warna merah dicampurkan sedikit dengan warna jingga.... 

Yang menariknya di sini adalah mengenai penggunaan lampu isyarat ini.... Ini kerana dengan adanya lampu isyarat yang merupakan sebatang tiang yang mempunyai lampu bewarna hijau kuning dan merah sahaja mampu memberi arahan kepada semua pengguna jalan raya... kebanyakan pengguna jalan raya patuh dan akur dengan arahan tersebut termasuk pencipta asal lampu isyarat itu atas tujuan keselamatan... Serata dunia mengakui bahawa bertapa besarnya kesalahan jika kita melanggar peraturan jalan raya yang diaturkan oleh sebatang tiang lampu di tepi jalan ini... hahaha (termasuk orang yang mencipta lampu isyarat).... Ini adalah kerana arahan dan larangannya bersifat Logik dan mudah difahami...   

Apa yang ingin aku ketengahkan di sini bukanlah bermaksud untuk memperlekehkan pengguna jalan raya yang mematuhi peraturan jalan raya apatah lagi undang2 yang dicipta oleh manusia... Yang menjadi persoalan di sini ialah mengapa manusia sanggup patuh dan akur dengan ciptaan manusia sendiri sedangkan lampu isyarat itu hanyalah sebatang tiang lampu yang tidak bernyawa dan tidak berkuasa memberi bencana kepada kita... Sementara itu manusia jarang sekali hendak patuh dengan Kehendak ALLAH yang maha berkuasa kepada alam ini... ALLAH menciptakan manusia untuk tunduk dan patuh kepadaNya namun manusia lebih patuh kepada ciptaan manusia sendiri dan sentiasa ingkar dengan perintah ALLAH...

Lampu isyarat hanya bersifat logik sedangkan isyarat yang ALLAH telah tunjukkan kepada sekalian manusia bukan hanya logik malah lebih besar daripada itu... ALLAH mengutuskan RasulNya untuk kesejahteraan manusia sedangkan lampu isyarat tidak pun mampu mengelakkan kemalangan jalan raya... ALLAH menurunkan Al Quran sebagai rujukan dan panduan yang bersesuaian dengan fitrah manusia... Adakan ini semua bukan isyarat2 dari ALLAH untuk keselamatan manusia di dunia dan di akhirat...??? Bukan lah aku menunding jari di sini... Aku sekadar memperingatkan diri aku sendiri dan semua sahabat aku di sini tentang bertapa besarnya isyarat ALLAH kepada kita melalui kaum2 yang telah dibinasakan dahulu....  sama2 lah kita mengambil iktibar bahawa isyarat ALLAH tentang bala Nya amat pedih dan mengerikan...

Aku sama dengan jugak!!!... jadi kita pikirlah sama2... Assalamualaikum....

(rujukan: MASTIKA tapi aku dah lupa keluaran abad bila)

5 comments:

T.u.Y.a said...

banyak maksud tersirat dan tersurat disebalik n3 tu..bayang kan la idup kita ni kalau x de peraturan,panduan..mau jadi kapal pecah agaknye..tonggang terbalik..syukur la kita diberi petunjuk dan arah yang betul..
tq dkama..good info

dkama said...

t.u.y.a : n3 tak best mana pun cekgu... sebenarnya cekgu yang lagi best sebab dapat menilai n3 ni yang mungkin tak terjangkau dek akal dkama... syukur gak.. Alhamdulillah... tq cekgu masuk kat sini...

eiza in the house.. said...

salam dkama,
za setuju ngan cikgu dia atas..tnpa undang2 dan peraturan, manusia dh tak ada beza ngan binatang..

renung2 kan lah..

cerpelai said...

Huhuii..
Bagus entri ni..
Hukum yang telah sedia digazetkan oleh Yang Maha Pencipta adalah yang tidak boleh dilanggar sama sekali..

Ada diantara kita yang rasa sudah berkuasa, mencipta undang-undang hanya untuk mengelakkan undang-undang.. Err.. Paham ke tak ni?..

Salam..

dkama said...

eiza : so eiza pun sama gak best ngan cekgu... hehehe tapi binatang zaman sekarang pun da ade yang ikut peraturan....

cerpelai : ko bun bagus gak... berani langgar berani tanggung... kite sama2 la ingat...
aku rase aku paham jugak... sapa tak paham aku pun tak nak pahamkan... hahaha