Pages

Sunday, July 5, 2009

AKU MASIH HIDUP

Semalam lepas aku pulang dari kerja, aku n berapa lagi kawan serumah bantai main MONOPOLY... Besh pulak aku rasa... Macam dalam permainan aku rasa hidup aku sikit lebih kurang halal jer... Sebab yang nyata aku memang suka bersaing sesama kawan aku... Tapi persaingan yang aku buat adalah untuk kebaikan aku sendiri dan bukan untuk menghancurkan kengkawan... Tanpa diorang siapalah aku... heheheh... Namun apa yang menjadi kesan kepada aku ialah aku amat lokek untuk diri aku sendiri... Camner la tak lokek belanja overhead bulanan aku dah melebihi separuh dari gaji aku... perhh kire over estimate dah aku nih...

Tak sangka pulak aku monopoly membawa aku sampai jam 6.30AM hahaha... so apalagi aku laksanakan apa yang patut dan terus sleep... Berbekalkan lagu "Jerangkap Samar" dendangan Awie dan kumpulan sayap yang kedengaran sipi2 kat cuping telinga aku maka aku pun terlelap.... hahaha itu lah dia resmi seorang Rocker pencen cam aku sampai tidur pun kena rock jugak...

Tepat jam 12.30 aku pun tersedar dari mimpi indah yang ntah hapa hapa tanpa aku sedari... Itu lah istimewanya aku... aku hanya tidur selama 6 jam tanpa henti... dan apabila genap 6 jam aku akan tersedar sendiri tanpa paksaan... Walaupun sudah tengah hari tapi udara di Genting tetap nyaman macan subuh... Tanpa segan silu aku menggeliat dan menggosok-gosok mata aku... Namun telinga aku masih mendengar lagu kat pc yang masih memekek melolong tak kira waktu... Masih lagi lagu awie dengan kumpulannya iaitu "Peronda Jeket Biru"... amat sesuai sekali lagu tuh dengan time dan ketika... Jap lagi lepas aku mandi dan sarapan merangkap makan tengah hari baru lah aku sarungkan jeket biru ke tubuh aku yang sengal2 ubi nih...

Jam dah pukul 2.00PM dan aku dah selesai yang yang wajib aku lakukan setiap hari... Aku masih ada sisa waktu selama sejam sebelum bekerja.... Aku tengok astro dulu namun takde cerita yang best pada pandangan mata aku ketika itu... Dan aku bukak blog aku namun hati nurani aku menjerit kemalasan untuk mengupdate dan meneroka blog kengkawan maya... Apa yang aku mampu buat ialah membalas e-mail dari seorang kekasih pujaan kalbu...

2.45PM aku melangkah longlai menuruni anak tangga dan mendapatkan motorsikal aku untuk pergi bekerja... Walaupun kepenatan bekerja semalam masih terlekat di sanubari, Walaupun tidak banyak perkara2 yang berfaedah yang aku lakukan semalam dan hari ini, Dan walaupun jiwa dan raga aku kesepian tanpa kehadiran manik kayangan di sisi... Dan walaupun kekosongan yang terlakar di hati hanya ditemani lagu2 Rock-kapak yang berusia 20 tahun.... Namun aku tetap Keluar dari rumah dengan langkah kiri dan bersyukur kerana aku masih hidup........ PEACE...

8 comments:

Meooo Comicore Club said...

it's a nice day to be alive... :D

nita said...

beshnyerr kan kat puncak genting..
sejuk..
nyaman..

hmmm..

lama dah tak mendaki ke sana..

Mak Jemah said...

fuiyyo...dkama ni rupanya rockers pencen ye..hebat..hebat

Dkama said...

meo188:
ari nih pun aku masih idop lagi...syukur... setiap hari adalah hari yang baik...PEACE...

sis_nita:
a ah la sis! lama dah tak jumpa sis kat sini hahaha... tak payah daki drive je kete coz ade h/way sampai puncak... PEACE..

miss oren:
tu pasal la aku nak blaja mengorenkan diri... dulu aku serba serbi black tau...PEACE...

eiza in the house.. said...

ermm..ko nie nape..mcm kene sindrom windu jerk...sabar k :)

Rock_kapak said...

Aku tak bole dengar muzik Rock... tuh la pasal.... za ko tolong kapak pala miss oren sebelum dia sembelih aku... hahahah cuak miss oren...

mamai said...

masih ada udara yang mampu di sedut syukur
masih ada tanah yang boleh di pijak syukur
masih ada siang untuk ku lihat syukur
masih ada malam untuk ku beradu syukur

Dkama said...

mamai:
masih ada internet untuk berblog syukur... PEACE..