Pages

Wednesday, July 1, 2009

INILAH HAKIKAT DUNIA

Suatu hari, Abu Nawas mengenakan pakaian seperti orang biasa sewaktu bertandang ke pesta anjuran seorang bangsawan. Sebaik sampai disana, tiada seorang pun wakil tuan rumah yang datang melayannya. Paling malang, Abu Nawas diusir kerana penampilannya yang buruk itu dianggap cuba merosakkan majlis. Abu Nawas pulang semula ke rumah. Dia memakai pakaian serba baru lagi indah. Baju nya kali ini sangat cantik, layak dipakai golongan bangsawan.

Sesampainya di pesta berkenaan, dua pelayan terus menyambut Abu Nawas. Mereka menghidangkan makanan dan minuman yang lazat. Apabila melihat dia dilayan sebegitu rupa, Abu Nawas lantas melucutkan pakaian indah yang dipakainya sebentar tadi sambil mengeluh.

"Aduhai pakaian, makanlah makanan yang disediakan oleh tuan rumah, inilah hakikat dunia, kerana yang dihargainya disini hanyalah dirimu". Sindiran Abu Nawas lalu meninggalkan pesta berkenaan.

Tuan rumah dan para tetamu terkejut melihat tingkah laku mengejutkan oleh Abu Nawas. Secara diam-diam, mereka merasa terpukul dengan sindiran itu dan mengakui kebenaran kata-kata Abu Nawas.



Rujukan : Mastika Julai 2009 , m/s 45

13 comments:

nita said...

huhu!
sungguh terpukul laa dengan kata2 itu..

dkama said...

hahaha tu belum kena sebat ngan rotan lagik... hehehe PEACE sis..

Unknown said...

dalam maksud entry nih..
insaf aku..

Meooo Comicore Club said...

rindu ah ngan cite abu nawas. mase kecik dulu selalu layan cite abu nawas, mat jenin, lebai malang dan tok kaduk

The Island of NAMOYAKI, said...

itu firasatnya abu nawas,

bagaimana pula bakal katanya oleh tuan yang empunya diri pemilik unta di puncak genting melontarkan kata-kata?

mamai said...

teringat kat hikayat umar umaiyah..

dkama said...

sHaH:
n3 asal tulis jawi kat mastika... terharu aku baca... PEACE

meo188:
lamak sama la ngan aku bro... tapi tok kadok tuh aku tak tau pulak... sekolah pondok ker??

NAMOYAKI:
ini tuan unta dah mmg Rock_kapak... pakai apa2 pun tak kesah... orang nak kata apa pun tak kesah gak janji ROCK.... hahaha PEACE...

mamai:
bro share ar cita umar umaiyah... suka ar ngan skill dia temberang orang... hehehe

Meooo Comicore Club said...

tok kadok yg sambung ayam... menang sorak tp kampung tergadai

:: Wiween :: said...

besa laa tu bro..org berpakaian buruk slalu dipandang lekeh..zmn skang pun ada..padahal depa tatau yg berpakaian lekeh tuh laa kdg2 poketlebat! contoh cam apek2 kat pd nih. pakai baju besa jek padahal duit byk tuh. hhuhuh

SEEKOR UNTA DI PUNCAK GENTING said...

meo188:
uis bro aku pun pernah sabung ayam gak... hehehe tapi tu dulu2 zaman aku jahil...

:: Cikgu Wiween :::
hahaha cikgu Wiween berjaya keluar dari hutan tebal tapi terperangkap kat gurun sahara pulak... PEACE...

anak laut said...

salam...bro..

ya...ada dua, ambik dua2 la.hehehe..

tq singgah anaklaut

SRISUFI said...

P E A C E

Bro..best entry ni

a.b geldofg said...

abu nawas watak yg hebat