Pages

Monday, June 29, 2009

LAGU SEARCH LAGI...

MELINTASI BATAS WAKTU

Sampai waktunya ku melangkah
Melintasi batasan
Menerokai alam mistikal
Menafsiri cintaMu

Sepotong kalimah di fikiran
Berbunga kasih menghiasinya
Sebuah peta kehidupan
Petunjuk arah kedamaian

Berpegang pada janji asalnya
Untuk pulang bersama
Terikat pada tali cinta
Walau pun kusut tetap setia
Berliku liku jalan satu
Beribu isyarat di situ

Dilindung dan dibuka
Teka teki dunia
Sesat di bawah sinar
Langit kota

Namun ku redah jua
Segala rintangan Nya
Kerana aku tahu
Hanya keyakinan kita
Pasti bertemu...

...PEACE...

Tuesday, June 23, 2009

BAHAYA!!

:)
salam hormat,

HATI-HATI:
Ada sejenis minyak (bahan dari tumbuh-tumbuhan dan juga kimia) jika terkena di badan atau tangan kita,(memegang duit, menukar duit, di sembur-perfume etc etc) kita akan lupa dan mungkin pengsan,

MODUS OPERANDI:
1. Dia berpakaian seperti orang alim di ATM, minta tolong masukkan duit pak cik, pak cik tak pandai, (lepas itu, kita pula yang kena bedai)

2. Dia orang asing, mahu tukar wang RM50, duit kecil tak ada,
LOKASI: Diatas Hi-Way, Stesen Minyak, kedai, dll

3. Dia seorang jurujual, wanita dan ada juga lelaki, mahu jual perfume,
LOKASI: Di tempat parking kereta, stesen minyak, atas hi-way dll.

4. Dia seorang jurujual, lelaki dan wanita, "belilah barang ni encik/puan" "tak nak" "owh tak mengapa, ambillah 'call card' saya, jikalau nak beli barang ini nanti, 'call saya okey'
INFO: 'Call card' itu juga beracun, kalau pegang, boleh juga pengsan secara perlahan-lahan,

FORWARD this message, please,

seperti kata 'SEEKOR UNTA DI PUNCAK GENTING': Peace...

Nota:
Kes-kes sebegini, belum pernah lagi berlaku di pulau namoyaki, selamat datang :)

Saturday, June 20, 2009

Keamanan di ATM

Di sini aku nak kasi sedikit sebanyak tips ketika anda mengeluarkan duit di ATM... Tips ini amat berguna bagi korang terutama perempuan kerana pecemar keamanan mungkun ada di sekeliling anda... Jeng jeng jeng...

  • Pilih waktu yang sesuai untuk menggunakan ATM seperti waktu puncak... Risiko untuk anda dirompak pada waktu puncak adalah rendah berbanding waktu lain terutama malam...
  • Elakkan diri dari menggunakan ATM secara bersendirian... Ajak lah kawan... yang mana ade balak tuh soh la dia jadi bodyguard kejap... hehehe
  • Jangan sesekali mendedahkan sebarang nombor PIN kepada pihak ketiga... ini sangat penting...
  • Pastikan anda tidak mendedahkan wang yang anda keluarkan dari ATM kepada umum...
Sekiranya anda dirompak ketika berada di ATM, apa yang yang anda perlu buat ialah memikirkan keselamatan diri anda dahulu... Kemudian baru harta benda anda... Tips ini adalah untuk keadaan ketika di rompak:-
  • Bertenang dan jangan panik kerana anda akan mempunyai akal yang lebih panjang ketika dalam keadaan tenang...
  • Lengahkan masa dan cam wajah perempak tersebut
  • Cuba dedahkan perompak tersebut kekawasan yang mempunyai CCTV
  • Sekiranya mereka mengugut anda supaya mengeluarkan wang dari ATM, apa yang anda perlu buat ialah memasukkan nombor PIN anda secara terbalik... Kemungkinan kad anda akan ditelan dan sekali gus wang anda selamat...
Perompak musuh Rock_kapak... Jadi lapurkan pada pihak berkuasa sekiranya berlaku pada anda atau orang2 di sekeliling anda... Bersama saya Rock_kapak 999 tv Genting...



Thursday, June 18, 2009

UNTA PERLU BERAKSI LAGI...

SALAM KEDAMAIAN BUAT SEMUA...
MALAM NIH MALAM MINGGU YANG PENUH RAHMAT..
SO AKU NAK BAWAK UNTA AKU JALAN JALAN
KEJALAN YANG BENAR...HEHEHE
Pheeeeeeeeeeeweeeeeeeeett

Monday, June 15, 2009

Antara Rock dan Kehidupan



Aku sentiasa mencari kedamaian dan bagi ku kedamaian milik semua... Terlalu banyak yang aku nikmati ngan seketul perkataan iaitu PEACE... Masa aku kecik dulu aku selalu dengar Amy Search selalu sebut perkataan PEACE... Dan di kala itu aku tanya kat brader aku peace tuh ape? ngan selamber dia jawap AMAN... Aku mula tak caya kat dia pasal NAMA AKU Aman... mak abah n adik badik aku panggey aku Aman... Oleh yang demikian di lain waktu aku bertanya pula kat kakak aku PEACE tuh ape? Lalu dia jugak menjawap dengan selamber "Peace tu aman... apa ar nama je aman peace pon tak tau"... Aku mula rasa cam dipermainkan... Dalam masa yang sama walaupun aku tak tau apa itu PEACE, aku tetap suka sebut peace sambil menunjuk isyarat jari hantu dan jari telunjuk... Bila aku sekolah baru aku tau peace yang aku selalu laungkan ala-ala budak kecik ngaku ROCK tu adalah betul2 AMAN... Aku tak sangka Rockers cam kumpulan SEARCH tuh memperjuangkan keamanan... aku tengok cam samseng je... Bermula dari saat itu dan ketika itu aku mula meminati SEARCH dan aku jadi rocker sejati yang tak samseng... Oleh kerana aku adalah Aman maka secara outomatiknya aku menyokong keamanan... Dan aku berasa sungguh bangga kalau ade Rocker len sebut PEACE sebab aku adalah Aman... Bila aku meningkat remaja dan masuk sekolah menengah, aku di tempatkan di Tingkatan 1 Damai... aku memang betul damai kat sana... sampai tingkatan 3 aku masih setia lagi dengan KEDAMAIAN sebab aku tetap berada dalam tingkatan 3 Damai... Maka dengan itu satu perjuangan harmoni telah aku lalui iaitu PMR yang aku perjuangkan dengan kedamaian aku... Hari berganti hari masihkah aku di situ? Oh tidak rupanya Sebab bila aku masuk Tingkatan 4 aku ditukarkan ke klas yang paling cerdik iaitu Tingkatan 4 Aman... hahaha ramai kengkawan tanya aku masa tuh... Camana Aman boleh dok kat klas Aman... Dan jawapan yang selalu aku berikan adalah PEACE... hehehe... Di Tingkatan 4 Aman aku yang bernama Aman terus menikmati keamanan... Namun ketika itu cuma aku seorang yang rasa Aman tapi tidak bagi guru disiplin hatta pengetua sekolah sebab Kerockersan aku dianggap seperti kutu... Dan di waktu itu juga aku teringat akan sebuah lagu Rock iaitu "Aku Hanya Serangga-BPR" ... Maka dengan berbekalkan semangat yang ada pada lagu tuh aku terima diriku sebagai kutu Rock... Kutu pun kutu lah janji rock...


Masih teringat-ingat di fikiran aku ketika aku didenda berjemur di tengah panas dengan tangan kiri yang berikat ngan sapu tangan merah dan berseluar koyak di lutut kerana mengikut gaya awie yang agak popular ketika itu... hahaha padan ngan muka aku... Rock la sangat... sekolah pun tak abis lagik... dan apabila aku di Tingkatan 5 aku masih berada dalam kelas Aman... Dok klas A tapi perangai setan hahaha... Walaupun aku tidak mempunyai semangat belajar yang setinggi semangat Rock dalam jiwa, tapi aku dapat gak ar result SPM yang agak ok... Lepas habis jer SPM aku terus blah dari kampung dan kerja kat daerah Klang... Tempat kerja aku yang pertama ialah kilang kabel... Aku bertugas Di Dipartment yang melebur aluminium... dari situ aku kenal apa yang dikatakan METAL... Memang ganas sebab metal tuh panas sehingga sedikit terkena di badan lecurnya sampai 2 bulan... Aku cukup selesa bekerja di situ kerana aku bergaul dengan orang2 macam aku... Dan di situ jugak aku berjaya menyimpan rambut panjang separas pinggang... Rock abis wa cakap lu... Dan di situ jugaklah aku belajar bermain gitar... Pendek kata di situlah aku tapak aku mendalami apa yang di katakan Rock... Namun langit tak selalu cerah, kebahagiaan yang aku kecapi tak sampai ke mana... Kilang yang menjadi simbolik METAL bagi aku telah mengalami kerugian yang amat besar... Penghujung tahun 1997 dan awal tahun 1998 bersempena dengan kegawatan ekonomi negara yang teruk telah menggugat sekaligus meragut ekonomi poket aku... Aku menjadi penganggur terhormat buat seketika... Ramai antara Member2 aku telah tiada... Ada yang masuk lokap kerana dadah... Ada yang mati sebab HIV... dan ramai yang mati sebab berlumba haram... Mungkin umurku masih panjang maka teruskan jua kehidupan ku... Bersempena dengan Album Rock solo Amy magic aku juga membotakkan kepala seperti Amy dan meneruskan pengangguran aku di kampung... Di kampung halaman member2 telah memperkenalkan aku dengan satu lagi cabang Rock berentak TRASH METAL... Mereka memetik gitarku dengan sungguh dasyat dari lagu2 kumpulan CROMOK dan FTG... Lalu dalam diam aku meminati muzik Cromok... Dan apabila aku selidiki latar belakang anggota Cromok, Mereka dari golongan berpelajaran... Aku mula berfikir yang Rock juga perlu kepada ilmu pengetahuan, Rock juga boleh disertai dengan kerjaya yang bagus dan Rock juga boleh memiliki income yang tebal... Dari Cromok aku mula buka mata dan sedar bertapa sempitnya pemikiran aku sebelum tuh... Dengan semangat aku yang baru aku pergi ke sekolah lama aku untuk mengambil sijil SPM aku dan aku sambung pembelajaran ku di IPTS... Di kolej aku bergaul dengan bebudak PUNK dan SKINHEAD... Kerana aku Seorang Rock yang jauh berbeza dengan diorang, aku dipanggil Rock_kapak... Aku tak kesah dengan gelaran tuh kerana Rock memang dah sebati dengan jiwa aku... Dan di kolej jugak lah aku belajar mengubah diri aku sedikit demi sedikit... Aku seorang yang aktif dalam banyak aktiviti kolej dan belia melaka... Aku juga kerap terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Gabungan Belia Melaka(MGBM)... Dan aku juga ahli dalam Kesatuan Anak Melayu Melaka (KAMM)... Dan dari kesatuan ini lah aku belajar Silat dan sebagainya... hasilnya aku banyak berubah ke arah yang lebih baik... Jika di lihat dari segi fizikal aku jauh berbeza dengan aku yang dulu... Namun jauh di sudut hati aku tetap tertanam semangat Rock... setelah aku tamat belajar aku pulang semula kekampung halaman.... Aku mula Rindu dengan kehidupan Rock aku... Telah banyak jawatan kosong yang aku temuduga namun 1 pun tak sangkut... Maklumlah budak IT sapa nak pandang sangat... jadilah aku penganggur terhormat buat seketika... Dan akhirnya aku kembali ke negeri asal kelahiran aku Selangor.... Aku menetap di Klang sekali lagi dan bekerja di kedai makan... aku mula berubah sedikit demi sedikit kepada Rock.... Rambut pun da panjang balik... Aku dah mula tak mimikirkan soal kerjaya... Dengan berbekalkan lagu JERANGKUNG DALAM ALMARI-WINGS aku mula memakai baju2 bergambar tengkorak yang dah lama aku simpan dalam almari suatu ketika dulu... Aku mula hanyut dengan Band yang aku perjuangkan bersama kawan2... Hanya jeritan kedamaian yangkami lagukan untuk jamming... Aku kembali menjadi Rock sejati... Dan aku yakin inilah kehidupan aku... Namun setelah berapa lama aku mula bosan... band juga sudah terkubur kerana masing2 mendirikan rumah tangga... Sekali lagi aku pasrah dalam kehidupan... Aku memperjuangkan kedamaian namun benar2kah damai jiwaku...
Aku membuat keputusan untuk memotong rambut dan mencari pekerjaan tetap... Sehingga kini aku masih berada di Safeguard Securicor... Dan aku selesa dengan apa yang aku miliki sekarang ini... Dan ketika ini aku miliki kedamaian ku bersama isteri tercinta, kerjaya dan Rock yang menjadikan aku sebegini... Aku yakin walaupun tiada kelihatan dari segi penampilan, namun aku tetap Rock dan akan terus Rock sampai tua... hahaha PEACE...

psst:- Rock2 jugak!! banyak benda len kena pk selain Rock...

Friday, June 12, 2009

BUKAN KERANA MATAHARI

Bukan kerana alnino melanda
Lantas bahang membara
Membakar jiwa kita
Natijah yang tak terduga

Bukan kerana laut bergelora
Nelayan kebuluran
Atau kemarau panjang
Telaga ku kekeringan

Sebenarnya maksud ku
Hati ini yang hangus terbakar
Jiwa ini yang makin dahaga
Aku tidak rela lebur kerana sinaran mu

Apa salah dan dosa
Yang telah aku lakukan padamu
Semakin hari semakin parah
Kerana putus cinta

Berilah ku kesempatan menilik kesilapan
Agar diperbetulkan......

p/s :-Cuaca panas dan Jerebu mengganggu kedamaian kita

Thursday, June 11, 2009

Unta kesejukan...

Sudah beberapa hari UNTA ku kesejukan diselimuti kabus bayu di puncak Genting... hehehe takut pulak aku kalau minyak hitamnya membeku... Beku? Beku kah dikau wahai unta...?? Petang nih aku nak balik umah sekaligus memanaskan si UNTA yang kesejukan tapi tak reti nak menggigil tuh... aku pasti UNTA ku akan tersenyum di Seri Kembangan nanti... Wahai puncak tinggallah dikau seketika, moga esok bertemu semula... Mungkin petang ku kan tiba... sambutlah daku dengan mesra... kerana esok aku kan bekerja gara-gara cuti tiada...

Buat mat2 rempit yang da pro.. Jom layan laps kat Genting... Besh woo... tak caya datang ar genting... Doakan aku dengan UNTA ku tak terbaring... PEACE...

Wednesday, June 10, 2009

TEKA_TEKI

Seekor binatang yang memiliki Potongan badan seperti Seekor kambing tetapi bersaiz Agak kecil sedikit... Namun Begitu, wajah binatang tersebut seperti Labah-labah... Kalau terer teka ar...

Jawab jangan tak jawab.. hadiah misteri menanti anda

Jawapannya ialah... Jeng jeng jeng...
ANAK KAMBING PAKAI TOPENG SPIDERMAN
haha PEACE..

Saturday, June 6, 2009

DIARI ABIL & QABIL



Ku lihat api di ufuk sana
Ku dengar jeritan mengundang tangisan
Anak-anak tak berdosa..

Ku dengar manusia hina manusia 
Kerana kelainan adat dan bahasa
Buta mata! buta hati! semarakkan nafsu serakah 
Masing-masing tak nak mengaku bersalah 
Dan berdosa bagai tuhan bukan esa...

Ku lihat manusia bunuh manusia
Kerana perbezaan bangsa dan agama
Buta mata! buta hati! Menuruti bisikan syaitan
Masing-masing tak nak mengambil iktibar atau hikmah
Dari kisah.... ABIL QABIL...

Ya ALLAH sematkanlah KEDAMAIAN di hati setiap insan..
...PEACE...

Tuesday, June 2, 2009

BUAT PENYOKONG KEDAMAIAN

Kedamaian yang ku cari
Masih belum terbukti.. Jauh lagi perjalanan ini
Jiwa tak pernah tenteram... Kasih lama tenggelam
Di lubuk hati yang paling dalam... Terlubuklah ukiran di jiwa
Setelah berapa lama...

Award nih adalah untuk semua pengunjung2 Blog ni "Seekor Unta Di Puncak Genting"... Apa yang korang perlu buat ialah Copy dan lekatkan kat blog korang... Buat tuan punya blog ...SharHanah... Tq untuk award anda... Jangan lupa Award nih pun untuk anda jugak... Pn. Sharifah yang juga merupakan "Extra Ordinary Woman" adalah tuan punya bloh tersebut... dan Award yang beliau kasi aku dah tampal kat belah kanan blog aku... hehehe gambar Vespa lagi... ok beliau berusia 29 tahun<--kire sebaya ar ngan aku... mempunyai 2 orang cahaya EYE... beliau bertugas dalam bidang komunikasi atau media... Ok abis cite pasal pasal die... sekarang n Now aku nak cerita pasal aku pulak... Aku adalah seorang yang agak kasar tapi mudah mesra ngan orang leh... Maka dengan itu ramailah orang2 macam aku di sekeliling aku... Jadi buat orang2 macam aku dan lain macam daripada aku terimalah award nih daripada aku seadanya aku... jangan segan silu...

P/s: aku teringin sangat nak tengok award nih ada dalam blog Cekgu Tuya, Cekgu Wiween, Niza, Lina, Eiza, Afzan